ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Tentang Hani

Tentang Hani

12Jul | 2015

12 July 2015 By ctfand 5 Comments

Salam Ramadhan ke-26..

Lama tak bercerita tentang Hani..

Dalam 2 minggu lepas, Hani diserang demam panas. Dah lama juga Hani tak demam. Kali terakhir pada Oktober 2014, tahun lepas. Lama kan? Lebih kurang 9 bulan..

Demam Hani kali ni sangat-sangat menakutkan. Bacaan suhu tertinggi Hani adalah 39.5 pada waktu tengah malam. Menggigil Hani.. Selepas bagi ubat dan basah-basahkan badan Hani pun, suhu paling rendah 38.5..kemudian naik balik.

Takut betul aku masa tu. Memang semalaman tak tido sebab jaga Hani. Hanya selepas jam 2.00 pagi barulah suhu badan turun ke 37.8 macam tu. Dah tido lewat, bangun pulak jam 4.30 untuk bersahur..waktu pagi memang pening lalat di pejabat.

Esok harinya tu pula, pada sebelah petang masa hampir nak berbuka puasa..demam Hani melonjak ke 38.8.

Mujur masa tu aku dah siapkan hidangan berbuka puasa. Buka puasa di tepi Hani je. Masa tu tangan dan kaki Hani dah sejuk..dia menggigil lagi. Takut sangat aku nak tinggalkan. Kalau dibiar, nanti kejang pula..nauzubillah..

Alhamdulillah, walaupun demam Hani tinggi, tapi tak berlarutan dan tak memerlukan ujian darah.

IMG_1803.JPG

Hani dan cousinnya

Doktor siap bagi antibiotik. Masa tu hanya tekak Hani kemerahan doktor kata..dan tak ada simptom lain.

Doktor kata lagi, kalau lepas bagi antibiotik Hani masih demam, kena bawak ke hospital..takut Hani terkena influenza..

Alhamdulillah tak apa-apa. Minta dijauhkanlah penyakit-penyakit pelik ni.

 

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: anak demam, demam kuat, Demam Panas, Hani

Comments

  1. Uncle Zuan

    19 July 2015 at 8:57 am

    moga hani dijauhi dari penyakit2 yang merbahaya

    Reply
    • ctfand

      19 July 2015 at 10:45 am

      Aminn..terima kasih uncle zuan.. Selamat Hari Raya.. 🙂

      Reply
  2. myliferia

    19 July 2015 at 7:23 pm

    Semoga Hani sihat sentiasa dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak elok.

    Reply
  3. emalinmohd

    20 July 2015 at 12:35 am

    anak kalau demam mmg emaknya pun tak tidur..
    Semoga anak-anak kita dijauhkan dari penyakit berbahaya

    Reply
  4. ema

    27 July 2015 at 4:09 pm

    moga hani berasa dalam keadaan yang sihat sentiasa.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d