Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah… Sampai juga hayat kita untuk menikmati rahmat bulan Ramadhan pada tahun ni…
Aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beramal ibadah di bulan mulia ini buat anda semua para pembaca blog ini..
Pahala, rahmat dan keberkatan di bulan Ramadhan adalah berganda dari bulan-bulan lainnya. Jadi, sama-sama kita meningkatkan amalan, dan usahakan untuk buat dengan konsisten..moga berterusan juga hingga ke bulan-bulan seterusnya..
***
Untuk Ramadhan kali ni, aku hanya menolak masa bangun setengah jam awal dari biasa. Pada hari-hari biasa, aku bangun pada 5.25 pagi..sebab nak sediakan sarapan pagi untuk suami dan Kimi yang nak ke sekolah.
Jadi, masuk Ramadhan ni, aku bangun pada 4.50 pagi untuk persiapan sahur. Agak lewat kan. Tapi aku pastikan yang aku dah sediakan lauk pauk sahur sebelum tidur. Bangun sahur nanti tinggal nak panaskan. Mudah dan tak kelam kabut. Cuma kena hadap penat dari balik kerja terus memasak.. Letih jugak sebenarnya.. Tapi, aku redha sebab aku nak buat macam tu..he he.
Kebanyakan masa di bulan Ramadhan memang aku akan masak samada untuk sahur atau berbuka. Puas hati masak sendiri. Tapi kadang kala, ada jugak membeli diluar..
Begitulah sedikit cerita Ramadhan aku.. Cerita Ramadhan korang macamana?
Sekali lagi.. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak…. ๐
Anuar
Selamat menyambut Bulan Ramadhan… Pagi tadi saya bangun pukul 4.00 pagi untuk menyediakan makanan bersahur…. Harap esok pun dapat bangun awal macam tu juga…
ctfand
Syok jugak bangun awal..bole makan lebih sikit ..he he Salam Ramadhan..
Pha Is
salam ramadhan…
ctfand
Salam Ramadhan.. ๐
Hero Borneo
selamat berpuasa dan salam Ramadhan..
ctfand
Terima kasih..
myrujukan
selamat berpuasa puan
ctfand
Terima kasih, tuan..
mselim3
Assalammualaikum…ctfand,
selamat menyambut ramadan al-mubarak.. dan selamat berpuasa..
mselim3
titan
alhamdulillahh..
setakat hari ini, masih maintain lagi berpuasa tanpa miss..
ctfand
Alhamdulillah.. Teruskan usaha! ๐