Salam Ramadhan ke-12..
Kimi alergik lagi…
Dalam entri Kimi alergik ubat demam dulu, aku ada ceritakan macamana Kimi, anak sulung aku tu alergik kepada ubat demam paracetemol jenama A***l dan ibuprofen dari N*****n. Sampaikan doktor yang merawat Kimi masa tu prescribe kan Kimi ubat demam jenama lain, Paracil yang juga paracetamol, seperti gambar di atas tu.
Kali ni, reaksi alahan Kimi timbul lagi dengan ubat Paracil ni..pulakk..
Ceritanya bermula macam ni.
Hari Jumaat tu, Kimi aku bawak ke pejabat dan tak masuk ke kelas KAFA. Di pejabat, aku nampak dia letih sangat. Sampai tertidur atas lantai. Mujurlah lantai pejabat ni ada carpet.
Masa nak kejutkan untuk balik ke rumah, susah sangat dia nak bangun. “Kimi penat..” dia kata.
Balik rumah petang tu, Kimi sempat lagi main basikal dengan anak jiran.
Malam tu pula, selepas mandi, Kimi mengadu badan dia panas, dan kepala dia sakit.
Aku ambil sukatan suhu badannya..masa tu dah 37.3 darjah. Memang nak demam. Dalam setengah jam macam tu, panas makin naik.
Akupun potong setengah ubat Paracil tu, cairkan dan campur dengan air gula, kemudian bagi Kimi minum. Kimi ni tak boleh telan ubat pil, lagilah kalau pahit. Dia akan termuntah.
Malam tu, reaksi alahan belum timbul.
Keesokan harinya, hari Sabtu, sekali lagi aku bagi Kimi ubat demam sebab panas badan masih ada, dan dia mengadu sakit kepala. Sekali pada jam 10 pagi, dan dos seterusnya iaitu ketiga pada jam 5 petang.
Alergik Timbul
Petang tu, selepas bagi Kimi ubat dos yang ketiga, kami pergi ke bazaar Ramadhan di presint 3.
Sedang elok je habis membeli juadah untuk berbuka, Kimi mengadu tangan dia gatal-gatal. Aku tanya Kimi, dia terpegang apa-apa tak tadi. Dia kata tak de apa-apa. Masa ni gatal-gatal tu tak teruk lagi.
Habis membeli juadah berbuka, kami singgah pula ke jualan murah di Dewan Sri Cempaka, Perbadanan Putrajaya Presint 3 tu.
Kat sini Kimi bagitau dia dah tak tahan sangat dengan gatal tu. Dia mula menangis..sakit, gatal, campur tak selesa..
Dalam hati aku, takkan alergik jugak dengan Paracil tu..
Masa tu dah jam 6 lebih. Kami cepat-cepat balik. Dalam perjalanan tu, Kimi masih mengadu tidak selesa. Berkerut-kerut muka dia tahan gatal.. Aku kata, jangan garu..nanti bertambah gatalnya.
Sebelum sampai ke rumah, aku minta suami singgah di farmasi di Presint 15.
Ubat Alergik
Difarmasi, aku ceritakan keadaan Kimi kepada pharmasist. Pharmasist berpendapat yang Kimi alergik dengan NSAID atau semua jenis ubat tahan sakit. NSAID ni stand for non-steroidal anti-inflammatory drugs.
Jadi, kalau Kimi demam atau sakit, Kimi tak boleh makan ubat tahan sakit. Kena handle sakit Kimi dengan cara yang berbeza.
Boleh juga beri ubat tu, pharmasist kata. Tapi, bila timbul je alergik, kena cepat-cepat bagi ubat anti alergik.
Pharmasist pun beri ubat alergik dari jenama Adezio di atas ni.
Sampai di rumah, aku terus berikan satu dos ubat ni kepada Kimi. Alhamdulillah, alergik nya beransur-ansur hilang.
Dan syukur juga sebab selepas tu, Kimi tak demam atau sakit kepala lagi.
Hikmah Di Sebalik Kejadian
Kimi sebenarnya jarang sekali sakit atau demam.. Rupanya, itulah hikmahnya. Kimi alergik pada ubat demam dan ubat tahan sakit..
Moga Kimi sihat-sihat selalu..
*****
Anak anda ada tak berhadapan dengan apa-apa alergik? Kongsilah di ruangan komen..boleh kita bertukar-tukar cerita..
Bagi yang belum mempunyai anak..moga anda dapat jadikan perkongsian ini sebagai panduan..
InsyaAllah akan datang aku nak kongsikan satu artikel tentang alergik atau alahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan..
Anuar
Syukur Alhamdulillah.. Sekarang dah tahu dah Kimi Alergik pada ubat apa… Semoga lepas ni Kimi sentiasa sihat dan ceria selalu..
ctfand
Betul alhamdulillah.. Harap2 Kimi tak kena sakit teruk.. Kalau tak mmg kena admit hospital terus.. Terima kasih, Tuan.
azlina hamdan
anak saya yang G6PD ..
tak semua jenis ubat tahan sakit dia boleh ambik.
certain food pun jadi allergic.
kita pulak yang kesian bila dia sendiri decide tak nak makan sea food..
alahai!!
ctfand
memang kena hati-hati bila anak ada G6PD..saya ada seorang anak saudara yang juga G6PD. memang kena jaga betul2..
apa pun semoga yang baik2 je untuk anak2 kita dan moga sihat2 selalu..
Puan Riena
Ank sy msuk umur 4 thn…smlm start dmam…gilir dgn abgnya 7 thn…lps bg ubt dmam yg oren tu…slang 2 jam cam tu…naik cam bintat..gatal..mngaru…ingt cuaca pnas sgt ke..kna gegata ke..bbuh bedak je bg kurang gtal..kjap dlm 1 jam..da hilang…sblm tido bg lg ubt dmam…lps 6 jam…tngok lps tu mngaru lg…agak ank sy alahan ubt kot…blum cek klnik..sbb gatal nya kjap je…
ctfand
Macam dah ada tanda2 alergik.. Untuk pengesahan, elok bawak ke klinik, boleh elak kejadian yg tak diingini dr berlaku.. semoga dipermudahkan urusan puan dan anak2..
Mazliama
Tq ibu kimi.. entry yg sgt2 membantu.. tp bkn ank2 yg alergik.. ibu nya sndiri yg alergik.. esok nk pegi farmasi cari ubat yg atas tu sbb nya dh mkn loratadine (ubat gatal) masih terasa merenyam lg.. aduhai.. demam masih x kebah.. tu yg kene telan gak paracil even panadol pon still alahan gak.. 😌