Antara kekecohan yang berlaku pada tarikh 5 Jun 2015. Gempa bumi di Ranau, Sabah.
Jam 7.18 pagi, aku terima mesej dari group Whatsapp family tentang adanya gegaran dahsyat dirasakan di KK. Masa tu tak tahu lagi pusat gempa di mana. Semua pun tertanya-tanya.
Paling sedih, aku masa tu cepat-cepat buka website Malaysia Meteorologi (MET) atau Jabatan Kaji Cuaca. Kecewa. News terakhir yang MET update adalah pada 10 jam lepas.
Jam 7.45, rakan-rakan dan saudara mara dari group Whatsapp mula berkongsi maklumat gempa, gambar-gambar dan video.
Ini antara gambar terawal yang aku terima. Gambar-gambar ni mungkin anda dahpun lihat di kebanyakan media hari ni..
Paling menakutkan, bila terima video runtuhan batu menghala Laban Rata. Yang ada Chief Cook lari tu.. Bergegar-gegar tangan aku tengok video tu. Video tu dah jadi viral dah, sampai CNN pun terbitkan dalam news dia.
Maklumat awal yang aku dapat masa tu adalah gempa pada kekuatan 6.1 skala richter, berpusat di Ranau, Sabah. Tapi yang rasminya adalah 5.9. Kira dahsyat jugak. Banyak kerosakan berlaku.
Setakat aku baca jam 11 malam ini pula, dua orang disahkan meninggal dunia.
Robbi Sapinggi yang merupakan Malim Gunung Kinabalu atau Mt. Guide..iaitu salah seorang petugas di sana.
Ada seorang lagi,pendaki wanita warga Singapore, menurut kata Utusan Malaysia.
Di Gunung pula, lebih 100 pendaki masih terkandas. Setakat petang tadi, Kementerian Pertahanan telah mengumpul bekalan ration untuk dihantar ke puncak gunung sebagai bekalan makanan sementara menunggu operasi menyelamat dan menurunkan pendaki yang terkandas dapat dilakukan. Rujuk FB Mindef.
Selain itu, salah satu icon puncak Gunung Kinabalu yang digelar Donkey’s Ear telah musnah.
Boleh dikatakan, ini adalah antara gempa teruk yang pernah melanda Ranau selepas yang berlaku pada tahun 1991..mengikut kata orang Ranau.
Peristiwa ni membuat aku terkesan sedikit. Ranau sebenarnya dekat dihati aku sebab aku pernah bersekolah selama 7 tahun di sana. Dalam tempoh itu, ada sekali gegaran yang aku pernah rasai. Peristiwa dalam pertengahan 90-an.
Gegaran tu dalam 5 saat, dan taklah kuat sangat. Kami semua cuma merasa seperti pening kepala. Tapi, tak adalah sampai lari meninggalkan bangunan.
****
Buat masa ini penduduk di sekitar Ranau sana masih dinasihatkan berjaga-jaga kerana diramal ada gegaran susulan dalam tempoh 24 jam. Pasukan keselamatan dan Majlis Keselamatan Negara pun dah dikerah untuk membantu dan sebagai langkah berjaga-jaga..
Di bawah ini adalah earthquake table selepas kejadian jam 7.15 pagi tadi sehingga jam 5.00 petang:
Gegaran kecil yang agak dominan berlaku lagi pada sebelah malam iaitu sekitar jam 9.13 malam dan yang ketiga pada kekuatan 4.3 skala richter pada jam 11.13 malam, menurut News Straits Times.
Moga-moga tiada lagi gegaran teruk berlaku.. Dan sama-sama kita moga doakan rakyat Sabah, terutama mereka yang berada di Ranau dilindungi dari malapetaka itu…aminn..
* gambar-gambar diperolehi dari perkongsian / sebaran di media sosial.
MDHAFiZ.NET
semoga baik2 sahaja keluarga sy di sabah..tuhan sedang menguji kita
ctfand
Bimbang jugak, masuk hati ketiga gegaran masih dirasa..
musadun
amat menyedihkan kisah gempa bumi ni. saya yang duduk lebih kurang jarak 4 jam perjalanan dari Gunung Kinabalu pun turut merasa gegarannya pada awal pagi tu.
ctfand
Di kampung saya di Pitas pun gegaran boleh dirasai, menurut adik saya..
Norhanita
tumpang simpati pada kawan-kawan di sana. tak lena tidur. Semoga Allah lindungi mereka dan kita semua…
ctfand
Amiin.. Risau bila diingat..gegaran susulan masih ada..