ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Perjalanan Untuk Tugas Luar Di Johor Bahru

Perjalanan Untuk Tugas Luar Di Johor Bahru

29May | 2015

29 May 2015 By ctfand 7 Comments

Hari Isnin, pagi, aku dapat arahan dari big boss untuk hadir ke satu urusan kerja di JB sebagai wakil Jabatan.

Arahan mengejut, kelam kabut aku booking flight. Terpaksa bayar dulu pakai duit sendiri dan claim kemudian.

Aku ambil flight terakhir KUL-JHB. Sebab nak prepare apa-apa yang patut dari pejabat, dan juga siapkan apa-apa yang patut sebelum meninggalkan anak-anak dan suami semalaman, termasuk persiapan sekolah dan taska anak-anak untuk keesokan harinya.

Ini adalah pertama kali aku naik flight ke JB. Biasa pergi dengan kenderaan je. Elok jugaklah. Perjalanan 5 jam dapat disingkatkan. Penat pun kurang.

Mobile Check-In Dan Bag Drop

Untuk mengelakkan apa-apa hal berlaku, aku dah buat mobile check-in siap-siap masa di pejabat. Supaya tak terkejar-kejar ni. Kali ni aku hanya menggunakan digital boarding pass, iaitu paparan boarding pass pada iphone.

 

mobile check in

boarding pass pada iPhone

 
Masa pergi bag drop, kena tunjukkan boarding pass dan kad pengenalan sekali. Rupanya di sini kita boleh minta untuk petugas kaunter printkan boarding pass manual. Aku menolak bila di offer.

Jadual penerbangan adalah pada jam 9.50 malam. Gate A9..kat hujuungg sekali di wing sebelah kanan. Letih jugak berjalan. 

Alhamdulillah flight tak delay dan terbang mengikut jadualnya. 

*****

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Nak tidur pun tak best. Nak layan movie lagi tak best..sebab masa singkat. Layan perasaan je la dalam flight tu..hihi

Tiba di Airport Senai lebih kurang jam 10.45 malam. 

Destinasi seterusnya ke Puteri Pasific Hotel. Kebetulan urusan kerja aku tu bertempat di Menara Ansar. Memang berlenggang kangkung je dari Hotel Puteri Pasific ke bangunan tu nanti.

Perjalanan Dari Airport Senai ke Pusat Bandar Johor Bahru

Jarak perjalanan dari Airport Senai ke Hotel Puteri Pasific pula lebih kurang 31 kilometer, atau dalam tempoh 40 minit perjalanan. Harga tambang dari airport ke hotel adalah RM44.

Aku menggunakan perkhidmatan Airport teksi yang biasa terdapat di mana-mana lapangan terbang di Malaysia ni. 

 

Di Senai Airport, kedudukan kaunter tiket teksi betul-betul di hadapan kedai sukan al-Ikhsan, atau di belakang Information Counter.

Mujur teksi masih ada. Agaknya menunggu ketibaan penerbangan terakhir pada malam tu.

***

Tiba di hotel dah jam 11.30 malam. Suasana kat hotel pun dah sunyi. 

Masuk-masuk bilik je terus buat apa yang patut sebelum masuk tidur. Mandi, iron baju, makan dan solat. Lebih kurang jam 12.30 macam tu selamat beradu…

 

Keesokan harinya (Selasa), 8.30 pagi hingga 4.20 petang, gigih menghadap kerja di Menara Ansar. 

Selesai je urusan, dalam sekitar 4.30 petang, kelam kabut aku ke kaunter hotel untuk minta  mereka tempahkan teksi ke airport. 

Dalam 10 minit macam tu teksi dah sampai. Cuak jugak sedikit sebab flight aku jam 6.45 petang. Nak bag drop lagi. 

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah.. perancangan dan perjalanan berjalan lancar.. Tiba di airport ngam-ngam je..sempat jugak la pekena secawan kopi sebelum boarding.

Tambang Teksi Dari Johor Bahru ke Airport

Jangan terkejut. Tambang tak sama seperti mula-mula tadi. Kadar tambang adalah sebanyak RM61.20. Tambang ditambah RM12 mungkin sebab di luar kawasan. Rujuk resit di bawah ni:

 

Itulah serba sedikit pengalaman aku naik flight untuk outstation di Johor Bahru. Pengalaman pertama naik flight ke sana..

Nanti nak cerita pasal hotel Puteri Pasific dan Menara Ansar pula..tunggu tau ^^

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Personal Tagged With: klia ke jb, puteri pasific johor, tambang ke jb, tambang teksi dari senai airport ke johor bahru, tambang teksi ke senai airport

Comments

  1. Ikhwan Fahmi

    29 May 2015 at 1:37 am

    mesti rushing kerja dalam sehari ni.

    Reply
  2. ctfand

    29 May 2015 at 8:29 am

    bila kena naik flight tu yg jadi agak rushing sikit…takut terlepas…

    Reply
  3. muliani

    30 May 2015 at 6:51 pm

    gaduh jugak tu nak settlekan dalam masa 1 hari..

    Reply
  4. ema

    1 June 2015 at 8:36 pm

    walaupun singkat..mesti terasa penatnya..bilik hotel besar..tp sayang bermalam tak lama pula…hehehe.

    Reply
    • ctfand

      2 June 2015 at 9:20 am

      itulah..apakan daya hotel tu paling dekat dgn tempat urusan kerja.. :))

      Reply
  5. titan

    2 June 2015 at 2:58 pm

    urusan menda tu sampai ke johor bahru nih..hoho

    Reply
    • ctfand

      2 June 2015 at 4:20 pm

      Urusan “saya yg menurut perintah” tuan..hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,606 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d