ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Tentang Mak

Tentang Mak

6May | 2015

6 May 2015 By ctfand 15 Comments

 

Mak usap kepala Hani yang sedap tidur


Alhamdulillah..niat untuk melawat dan berjumpa mak tercapai..

Mak tak sihat..

Mak aku sebenarnya menghidap breast cancer. Kanser mak dah dikesan pada tahun 2011, pada tahap 4. Kanser pada asalnya dah dibuang pada tahun yang sama. Sekarang, selepas 4 tahun, kanser mak “muncul” balik, dan menjejaskan sedikit keadaan mata mak dan tangan kanan kiri mak.

Sekarang ni mak sedang menjalani cycle kimoterapi yang baru. Cycle kali ni baru dua  kali dibuat , dan yang terbaru adalah pada 29 April.
 
kimoterapi

Cycle pertama kimoterapi

 

Menurut nurse yang jaga mak, cycle kimo mak sekarang ni masih di peringkat pemantauan dan pemerhatian. 

Doktor perlu tengok sama ada mak boleh “bawa” tak kimo yang ini, dan juga perlu pantau keberkesanan kimo dalam mengawal sel-sel kanser dari terus merebak. Keadaan ini boleh dilihat selepas cycle yang ke-4, nurse kata.

Sebenarnya dalam 3 minggu lepas..mak sakit tekak sampai suara mak dah hampir hilang. Disebabkan tekak yang sakit, mak tak boleh makan makanan pejal. Mak hanya boleh menelan nasi yang dah di blend dengan ayam, ikan dan sayur.  

Boleh dikatakan keadaan mak dah semakin teruk.

Kesannya, berat badan mak susut.. Mak dah kurus sangat.

Aku teringat kata-kata nurse yang bagitau bahawa kanser mak dah mula merebak ke kawasan leher dan muka. Ya Allah…

Adik aku pulak berkongsi cerita, ada seorang kawan dia yang punya saudara yang menghidapi sakit yang sama. Selepas sakit merebak ke tekak, keadaan saudara dia semakin teruk..

Hanya Allah tahu perasaan kami masa tu.
Aku pesan kat adik-adik, bacakan surah al-Fatihah untuk mak sebelum dan selepas bangun tidur. Baca juga doa untuk mak sembuh dan moga Allah ringankan sakit yang mak alami, pada waktu bila-bila teringatkan mak. Moga doa-doa anak-anak mak semua di terima Allah..

Aku juga cuba sedaya upaya untuk selalu kirimkan doa dan bacaan tertentu untuk mak. 

Semasa kami balik ke kampung hari tu, mak dah boleh makan nasi seperti biasa! Alhamdulillah.. 

Dan mak dah boleh berjalan sendiri ke meja makan, yang mana sebelum ni, adik-adik hidang makanan mak berdekatan dengan katil mak. 

Ada perkembangan positif.. Alhamdulillah…. Hanya tangan kiri mak yang kadangkala bengkak dan sakit, hingga terpaksa menggunakan anduh.

Moga-moga mak terus sembuh…

Dalam masa yang aku rasa agak merunsingkan ini..hanya doa yang mampu kami buat. Segala ubatan mak dah cuba dan masih diteruskan. Siapa tahu ada keajaiban dari Allah untuk mak sembuh seperti biasa.

Aku juga pesan pada adik-adik untuk bersedia dengan apa juga yang bakal kami hadapi.. Bukan bersangka buruk, tapi menyediakan mental untuk perkara terburuk kalau berlaku..Wallahu a’lam..

Risau teringatkan mak…
  

Tak tahu nak kata apa..

Hanya mampu untuk berdoa dan berfikiran positif bila mengenangkan mak..
 
 

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: breast cancer, kanser payudara, mak

Comments

  1. Kisah si Dairy

    6 May 2015 at 1:38 pm

    moga awk terus kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan ni..teruskan berdoa untuk kesihatan mak ye..Moga Allah swt permudahkan urusan awk sekeluarga…

    Reply
    • ctfand

      6 May 2015 at 1:39 pm

      Amiin…terima kasih ida..

      Reply
  2. Blogger Babyface

    7 May 2015 at 7:19 am

    berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

    semoga Allah balas segala sabar,dugaan dan cabaran ini dgn syurgaNya di akhirat nanti.

    Reply
    • ctfand

      7 May 2015 at 7:57 am

      Amiinn..terima kasih tuan..

      Reply
  3. titan

    7 May 2015 at 7:40 am

    sedih plak baca artikel nih..

    woo..

    Reply
    • ctfand

      7 May 2015 at 7:57 am

      Terpaksa telan..tuan.. Doa je yg mampu sekarang ni..

      Reply
  4. Anuar

    7 May 2015 at 10:17 am

    Kesian dekat mak Sis… Semoga tabah menghadapi dugaan ini..

    Reply
    • ctfand

      7 May 2015 at 2:14 pm

      Terima kasih tuan..

      Reply
  5. ayu zan

    7 May 2015 at 8:24 pm

    haritu akak balik tgok mak ya?
    🙁
    sedih kan kak tgok parents sakit. teringat dulu arwah abah pergi sakit kanser usus. lambat kesan..
    🙁

    moga mak akak kuat dan cepat recover..

    Reply
    • ctfand

      7 May 2015 at 8:34 pm

      A’ah ayu…kira lambat kesan gak ni…wallahu a’lam…

      Terima kasih ayu..

      Reply
  6. nurinsaniah

    7 May 2015 at 9:25 pm

    semoga tabah menghadapi setiap ujian dari NYA….

    Reply
  7. Panduan Exam

    11 May 2015 at 12:39 pm

    Semoga mak cepat sembuh..aminnn ya rabb…tabah dan kuatkan hati selalu..

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:15 pm

      Terima kasih..

      Reply
  8. muliani

    30 May 2015 at 6:59 pm

    smoga mak awk cepat sembuhh..aaminnn

    Reply
    • ctfand

      30 May 2015 at 7:24 pm

      Terima kasih awakk

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d