ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Boleh Atau Tak Web Check-in Dengan Bayi?

Boleh Atau Tak Web Check-in Dengan Bayi?

30Apr | 2015

30 April 2015 By ctfand 9 Comments

InsyaAllah pada hari ni, kami akan balik ke Sabah. Tujuan utama adalah nak berjumpa mak aku yang tak berapa sihat. InsyaAllah aku cerita di entri lain. Mak pun dah lama tak tengok cucunya dua orang tu.

Dalam entri Memori Raya: KLIA2 ke Kota Kinabalu, aku ada kongsikan bahawa penumpang bersama infant atau bayi tidak dibenarkan untuk web check-in atu daftar masuk melalui web, menurut Air Asia. Anda boleh refer di dalam print screen peraturan web check-in oleh Air Asia ini.

*Untuk makluman, takrifan infant di sini adalah bayi yang berumur 9 hari sehingga 24 bulan.

Perkara inilah yang buat aku risau pada mulanya. Kalau dapat web check-in awal, selesai satu masalah. Tak payah nak terkejar-kejar sangat ke KLIA2.

Lagi satu, kalau kita check-in over the counter, ada service charge dikenakan dalam RM10.60 macam tu. Rujuk gambar di bawah ni.

 

Aku terus membelek-belek website AirAsia. Kemudian aku teringat untuk mencuba masuk ke ruangan ahli. Manalah tahu boleh buat melalui ruangan ini. 

Akupun login ke akaun ahli yang dah aku daftar dengan Air Asia. Kat sini boleh view maklumat peribadi dan dapat melihat tempahan yang telah di buat.

Paparan hadapan selepas log in, keluar reminder ni. Siap dengan opsyen untuk web check-in.

  
Aku pun klik opsyen Web check-in konon nak cuba-cuba check-in. Manalah tahu lepas. Tapi dalam masa yang sama, bersedia jugak lah untuk menerima penolakan.

Cuba-cuba step 1 hingga 4 step check-in, eh…lepas!! Selamat pun print boarding pass kami semua termasuk Hani!

Lega dan gembira tak terkata aku. Boleh pulak check-in bila kita masuk melalui registered member area ni.

Jadi, aku tak pasti mana satu yang betul. Sebab secara rasminya Air Asia memaklumkan bahawa penumpang bersama bayi tidak dibenarkan untuk web check-in. Apa sebabnya, aku sendiri tiada maklumat.

Walau macamanapun, mungkin..Mungkinlah ye, perkara tu boleh lepas seandainya kita dah berdaftar sebagai ahli dan log in ke dalam akaun ahli Air Asia, macam kes aku ni.. Tetapi tiada pengesahan rasmi tentang perkara ini, hanya berdasarkan pengalaman aku saja..

Untuk kemudahan dan pelbagai benefit serta mendapat maklumat terkini mengenai Air Asia, anda boleh daftar melalui link Pendaftaran Ahli Air Asia ini.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: air asia, daftar masuk bayi, web check in bersama bayi, web checkin bayi

Comments

  1. titan

    7 May 2015 at 7:44 am

    tak pernah try lagi.

    so, tak dapat nak bagi jawapan.

    Reply
    • ctfand

      7 May 2015 at 7:58 am

      Officially tak boleh..tapi bila buat masa login member area..lepas.. Hmm

      Reply
  2. muliani

    30 May 2015 at 7:00 pm

    oohh mmg lepas eh??

    Reply
  3. nur hazdlia

    26 April 2017 at 4:26 pm

    sy pun bwk infant dan lepas check in di web melalui air asia member login.

    Reply
    • ctfand

      26 April 2017 at 4:29 pm

      Terima kasih atas feedback puan.. 🙂

      Reply
    • NURHAFIZZA ROSLI

      21 June 2017 at 10:20 am

      HI,sy nk fling esok..td try wat web check in lepas..sampi last untuk confirmation,nama infant yg nk travel dgn sy tak keluar pun….sy cancel lh web check in…ke,confirm je..mase print boarding pass baru kuar name infant ?cer share ckt info..

      Reply
      • ctfand

        22 June 2017 at 3:48 pm

        kalau tak boleh thru web checkin, ada baiknya terus ke airport.

        Reply
      • siti

        9 July 2017 at 10:56 am

        sama lh kes sy pun puan..ke yg fly ikut klia je yg lps web check in..puan fly dari mana

        Reply
      • siti

        9 July 2017 at 10:58 am

        puan dh fly mcm mane..kena check in kt kaunter jgk ke..sy dh try web check in tp x kuar nama baby..cuma nama sy dan suami je keluar

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d