Sambungan kepada entri wordless wednesday Pokok Bunga Kimi hari tu. Tajuk kena tulis penuh pulak kali ni sebab takut ada yang salah faham akibat baca tajuk saja tanpa baca isi..hihi
Awal pagi semalam (Sabtu) pokok bunga yang Kimi tanam tu dah berkembang sepenuhnya. Apa lagi..tuan punya pokok bunga paling happy.
Kaedah Penanaman Yang Mudah
Tak sangka agak mudah jugak kaedah penanaman pokok bunga Common Sunflower ni dan penjagaan dia yang tak rumit.
Biji benih pokok ni kami beli kat Home Pro, IOI City Mall. Rasanya benih pokok bunga ni senang di dapati di supermartket yang ada gardening section, takpun di pasar pagi atau petang.
Tanam je pada pasu dengan tanah hitam..letak baja untuk suburkan. Pastikan pokok bunga menerima cahaya matahari pagi yang tak terik. Kemudian siram pagi dan petang.
Dalam tempoh 2 bulan..pokok dah pun mengeluarkan bunga!
Aku cadang nanti nak beli lagi banyak benih Common Sunflower ni dan tanam pada pasu panjang. Mesti cantik bila dah berkembang serentak.
Seronok juga merenung bunga..hilang rasa penat tambah lagi bila balik kerja.
Kerja kami anak beranak pada setiap petang bila sampai di rumah adalah tengok pokok bunga dan sayuran yang kami tanam di belakang rumah..sebelum masuk ke dalam rumah..syok!! ๐
InsyaAllah ada gambar menarik akan aku abadikan di sini, tak pun di Instagram @ctfand aku tu..
Di bawah ini aku kongsikan gambar Hani sentuh bunga.
myrujukan
saya x pernah tgk depan depan pokok bunga nih
blogger lelaki
snetuh2 xpe jangan dipetik sudah la adik oi..hu3
ctfand
Mau mogok abang dia kalau kena petik..hihi
aku penghibur
bungga nie tak pernah acik tengokk… wahhh mesti abg sayang betul pokok nie
Jom Vote blog acik bagi msmw
yana
cantek bunga ni. tapi die wangi ker???
ctfand
Takde bau.. ๐
reezluv
mcam best plak kan tanam bunga Sunflower ni..eehhee..