ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Rumah Pakcik Di Kampung Terbakar..

Rumah Pakcik Di Kampung Terbakar..

11Feb | 2015

11 February 2015 By ctfand 13 Comments

(null)

Dalam kejadian jam 3.00 pagi tadi, rumah pakcik aku di Kampung Rosob, Pitas, Sabah telah musnah dalam satu kebakaran..

Hangus.. Mereka tinggal sehelai sepinggang…

Menurut adik aku, kejadian bermula dari tingkat bawah rumah..jadi api sangat cepat merebak ke tingkat atas kerana bahagian tingkat atas rumah itu diperbuat daripada kayu.

(null)

Gambar di atas ni adik aku ambil dari rumah. Dari sini pun boleh terasa haba panas kebakaran tu. Bangunan yang anda lihat di sebelah kanan tu adalah dewan serbaguna kampung.

Mak aku kata..mujur malam tadi angin bertiup tak kuat. Kalau tak, mungkin ada rumah lain yang turut terlibat. Oh ya, kampung aku ni terletak di tepi pantai. Keadaan cuaca di sana sekarang ni tak menentu dan kerap hujan serta berangin..

Mujur tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini..

Buat masa ini, pakcik aku anak beranak menumpang di rumah adik-beradiknya yang lain.

Aku sedih juga dengan kejadian ni. Rumah tu sebenarnya rumah pusaka..biasa jadi port kami bermain masa kecik-kecik dulu. Selain tu, banyak pula menyimpan kenangan mereka dengan arwah makcik aku (ibu mereka) yang meninggal 2 tahun lepas..

Kini, hanya ini yang tinggal..

(null)

(null)

(null)

Mereka terpaksa memulakan kehidupan yang baru yang semestinya bukan senang..

Apapun, sama-sama kita doakan moga keluarga ini tabah menerima ujian..

Kalau ada antara rakan blogger atau pembaca yang bermurah hati nak menderma untuk keluarga ini, boleh gunakan borang Hubungi di atas blog ini atau hantar email melalui fandology[at]hotmail.com dengan subjek Derma Kebakaran..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: kebakaran, rumah terbakar

Comments

  1. Dr Fattah

    12 February 2015 at 7:26 am

    3 pagi memang belum sedar dari tidur.

    Reply
  2. blogger lelaki

    12 February 2015 at 10:39 pm

    semoga seluruh ahli keluarga bersabar dalam menempuhi dugaan besar ini

    Reply
  3. sheyla

    13 February 2015 at 7:43 am

    Allah…sedihnye rumah pusaka..semoga semua tabah mghadapi ujian Allah 🙁

    Reply
  4. Aretikz

    13 February 2015 at 10:05 am

    Allahurabbi.. semoga tabah hendaknya.. akak orang pitas rupanya.. baru tahu..

    Reply
  5. Anuar

    14 February 2015 at 12:49 am

    Saya tumpang bersimpati dengan musibah yang menimpa Pakcik awak.. Ucapan Takziah buat pakcik sis dan keluarga.. Semoga beliau dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian ini…

    Reply
  6. Sani Sini Sana

    15 February 2015 at 4:50 pm

    Moga Allah swt permudahkan urusan Pakcik awak sekeluarga. ..

    Reply
  7. ayu

    16 February 2015 at 8:48 am

    Allahu robbi.. Takziah buat pakcik akak..

    Reply
  8. emalinmohd

    16 February 2015 at 5:01 pm

    Takziah kepada keluarga pakcik Ct. NAsib baik tiada kemalangan jiwa. Pukul 3.00 pagi tu memang masa tengah nyenyak tidur tu.

    Reply
  9. zool

    18 February 2015 at 2:17 pm

    sedihnya semoga anda semua bertabah menghadapi dugaan besar ni

    Reply
  10. ctfand

    21 February 2015 at 1:14 pm

    terima kasih atas doa dan ucapan tuan puan semua…

    Reply
  11. titan

    24 February 2015 at 4:44 pm

    fuhh..

    macam mana la boleh terbakar tuh..

    Reply
    • ctfand

      24 February 2015 at 4:52 pm

      Tak tahulah tuan… Litar pintas agaknya..

      Reply
  12. ema

    25 February 2015 at 4:01 pm

    Allahuakbar…moga famili pakcik ct tabah menghadapi situasi ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d