ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

18Feb | 2015

18 February 2015 By ctfand 46 Comments

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 kini sedang berlangsung. Contest ini yang telahpun bermula pada 15 Januari 2014 dan penyertaan akan ditutup pada hari ini. Jom kita lihat blog manakah pilihan aku sebagai Malaysia Best Blog 2015.

Malaysia Best Blog 2015

1) Kujie2.com

Beliau adalah inspirasi blogging aku. Mula-mula berblog, banyak kali terserempak dengan entri-entri Kak Jie di Google search semasa mencari panduan, terutamanya bila bertukar ke platform wordpress. Yang paling best, Kak Jie ramah dan sabar melayan pertanyaan yang aku masukkan di dalam borang hubungi. Apa antara kandungan pertanyaan tu? Salah satunya adalah tentang cara nak handle comment spam di blog.

Lagi satu, kata-kata dari salah satu entri kak Jie yang aku simpan (yup..simpan dalam Note App di handphone) buat pembakar semangat dan sebagai peringatan buat aku dalam dunia blogging dari semasa ke semasa adalah:

saya seorang yang suka membaca data dan statistik, berkali-kali saya pesan, kenali blog sendiri, baca statistik dan buat kajian tentang data yang didapati, jangan sibuk-sibuk buang masa nak jaga tepi kain blogger lain

Dalam maksudnya. Bacalah dan fahamkan sendiri.

Terbaik kak Jie.

2) AhmadFaizal.com

Blog tuan Ahmad Faizal atau lebih popular dengan nama timangannya Encik Titan banyak berkisar tentang dunia affiliate dan SEO. Aku pun tak khatam lagi blog beliau. Makin digali, makin terserlah ke”blank”an aku tentang dunia affiliate… TT

Beliau sangat best kerana sudi berkongsi ilmu-ilmu affiliate di dalam entri-entri diblognya. Salah satunya adalah didalam entri bertajuk Baru, Biru, Buru.

Selain itu, beliau juga ada berkongsi mengenai tips-tips SEO melalui penerbitan Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Jika anda memiliki blog dan ingin mendalami ilmu SEO, buku ini memang sangat wajar untuk anda dapatkan.

3) Denaihati.com

Pada aku, blog ni dah berada pada league nya yang tersendiri. Memang sangat sangat terbaik (maafkan tatabahasa itu ye). 1 juta++ unique visitors dan viewer sebulan..perghhh. Anda nilailah sendiri. Macamana? Dengan berkunjung sendiri di blog Denaihati.com.

Terdapat pelbagai maklumat dan info juga perbincangan yang terdapat di dalam blog Tuan Denaihati. Bahasanya mungkin agak sedikit formal, tapi masih boleh diikuti dan tidaklah membosankan. Paling menarik adalah entri-entri mengenai pengembaraan beliau yang diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik pada kualiti yang terbaik.

4) Amanz.my

Blog amanz.my adalah blog mengenai gadget, gizmo dan infotech dalam Bahasa Malaysia. Susah nak cari blog-blog besar berbahasa Malaysia dalam niche ini. Mungkin ada, tapi tak menyerlah dan mungkin kupasan tak “sebest” entri yang mereka terbitkan.

5) YanmieOnline.com

Blog kak Yanmie banyak berkisar tentang parenting. Aku percaya perkongsian beliau adalah berdasarkan pengalaman sendiri tetapi boleh dijadikan panduan dan rujukan.

Blogger supermak ini baru saja melahirkan anak beliau yang ke-4 pada 14 Januari 2015 lepas. Tahniah Kak Yanmie!

Kalau anda adalah ibubapa yang bakal menimang cahayamata, especially yang pertama, jadikan blog ini sebagai rujukan. Bookmark! Kalau ada apa-apa kemusykilan, rujuk di blog ini. InsyaAllah, anda akan bertemu jawapan. Kaedah penulisan Kak Yanmie pun senang dan mudah difahami. Straight to the point.

6) RedMummy.com

Seorang wanita penggemar warna merah. Mesra dengan panggilan Kak Red. Rasanya semua tahu yang Kak Red dah berjaya mengutip sehingga RM20k sebulan melalui blog beliau. Terbaik kan?

Aku sebenarnya kagum bagaimana beliau membahagikan masa dengan keluarga dalam masa yang sama masih mampu maintain menerbitkan entri dari hari ke hari. Aku ni kalau cuti 4 hari pun, belum tentu dapat terbitkan satu entri.

Terbaik Kak Red!

Semangat macam ini lah yang patut dicontohi. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menjana pendapatan dari berblog.

7) UmiKasum.blogspot.com

Blog milik Yumida. Beliau ini pun antara yang lama dan sering aku perhatikan dalam diam. Beliau telahpun menuai hasil dari blogging.

Di blog Yumida, beliau selalu berkongsi tips-tips menjana wang dari blog dengan huraian yang santai dan tidak terlalu serius. Senang kepala nak hadam. Masih tidak melupakan Nuffnang, blog beliau dahpun layak berdaftar dengan Geniee dan Innity! Hebat tak hebat?

Yang terbaik tentang Yumida dan blognya, beliau tak lokek ilmu. Sedia menjawab pertanyaan yang diajukan terutama tentang maklumat blog dan tips blogging beliau.

8) Mialiana.com

Siapa tak kenal  blog ini? Kalau ada anugerah blogger peramah memang wajar bagi kat pemilik blog satu ni. Kak Mia sangat rajin support GA atau segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. Tak kira samada blog kecil atau besar. Memang pada aku sangat supportive.

Kalau anda blogger yang baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia blogging, wajar follow kak Mia ni. InsyaAllah anda tak akan rugi.
Blog Kak Mia juga santai dan lebih berkisar tentang kehidupan seharian beliau. Sesekali kak Mia berkongsi tips-tips blogging, masalah coding atau isu berkaitan blog beliau. Aku suka baca, kerana setiap masalah itu disertakan dengan cara beliau menangani dan menyelesaikannya. Kan dapat ilmu di situ.. Keep it up, Kak Mia..!

9) HasrulHassan.com

Sifu blogspot. Banyak ilmu mengenai blogspot dan blogging boleh dicedok dari blog beliau. Anda cari sajalah apa juga maklumat mengenai blogspot..insyaAllah ada di blog tuan Hasrul Hassan. Kalau tak ada..tanya diruangan komen…insyaAllah anda akan mendapat jawapan atau untung-untung, tuan Hasrul buatkan satu post untuk menjawab pertanyaan anda itu. Salute sikit!

10) OhDuit.com

Blog ini adalah penganjur kepada segmen ini. Mengapa blog beliau terbaik? Sebab pada aku bukan calang-calang orang atau blog boleh menganjur dan organise contest besar seperti ini. Walaupun sebenarnya memang beliau mensyaratkan agar semua peserta memasukkan blog penganjur dalam senarai sebagai salah satu syarat..he he. Blog tuan memang terbaik!

Pemilik blog dah lama berkecimpung dalam dunia blogging iaitu sejak tahun 2009. Kalau anda nak tips-tips dapatkan duit secara online dan offline, blog ini adalah blog yang paling tepat untuk anda buat rujukan.

***

Demikianlah senarai 10 blog terbaik yang wajar disenaraikan sebagai Malaysia Best Blog 2015 pada pandangan aku. Sebenarnya ada banyak lagi blog yang terbaik, tapi kali ini hanya ini yang aku senaraikan. Ada contest lain lagi aku senaraikan yang lain pula..boleh gitu?

***

Jom sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi wang tunai iaitu:
• Tempat Pertama: RM1500
• Tempat Kedua hingga ke Sepuluh : RM50

Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com berlangsung dari 15 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Walau bagaimanapun, penyertaan akan ditutup pada 18 Februari 2015.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: best blog malaysia, blog 2015, blog best malaysia, blog best malaysia 2015, blog malaysia 2015, malaysia best blog, malaysia best blog 2015

Comments

  1. yumida

    18 February 2015 at 1:10 pm

    kuikuikui..malu sy kak. yg lain semua hebat2. sy je blogger biasa. apa pun moga perkongsian kat blog memberi manfaat buat semua pembaca. makasih byk2 kak mencalonkan blog sy yg best sederhana je. hihi

    moga akak jugak sukses dlm berblog. menuai hasil berblogging. all the best utk kontes ni kak. moga akak ade rezeki nanti.

    Reply
    • ctfand

      18 February 2015 at 1:24 pm

      Amin insyaAllah…terima kasih Yumida.. teruskan memberi inspirasi.. 🙂

      Reply
    • sensasi2020

      18 February 2015 at 11:16 pm

      wei la… tak sangka blog Yumida tersenarai sebagai Malaysia Best Blog 2015 kat blog ctfand. Moga berjaya…

      Reply
      • ctfand

        21 February 2015 at 1:15 pm

        Kagum dgn yumida sebenarnya 😀

        Reply
  2. emalinmohd

    18 February 2015 at 1:47 pm

    Wajib singgah blog yang Ct bagitau ni. Boleh tambah kenalan blogger…

    Reply
    • ctfand

      18 February 2015 at 1:49 pm

      Jemput singgah…otai2 semua..

      Reply
  3. titan

    18 February 2015 at 4:00 pm

    sila beli kitab pink itu ye.

    haha..

    Reply
    • ctfand

      18 February 2015 at 4:01 pm

      Baiklah tuann…tsktsk

      Reply
  4. OhDuit

    18 February 2015 at 9:09 pm

    Saya terima penyertaan dari anda 🙂

    Reply
    • ctfand

      21 February 2015 at 1:15 pm

      Terima kasih, tuan… 🙂

      Reply
  5. ikhwan

    18 February 2015 at 9:09 pm

    encik titan & denai hati memang glamer.

    Reply
    • ctfand

      18 February 2015 at 9:17 pm

      Mereka terlajak hangat 😀

      Reply
  6. nikkhazami

    18 February 2015 at 9:58 pm

    blog ni pun cantik dan kemas. entry pun bagus.

    all the best!

    Reply
    • ctfand

      21 February 2015 at 1:16 pm

      Terima kasih… 🙂

      Reply
  7. sensasi2020

    18 February 2015 at 11:18 pm

    Sslam buat ctfand…. teruja lihat rakan-rakan semua sertai contest Malaysia Best Blog 2015. Semoga berjaya utk blog ctfand.

    Reply
    • ctfand

      21 February 2015 at 1:17 pm

      Terima kasih tuan…support sambil memeriahkan…he he

      Reply
  8. tokjogho

    19 February 2015 at 8:27 pm

    Tahniah kerana menjadi sebhg drp peserta contest ni!! Berani mencuba macam saya sendiri yang memang dah tahu x mahir sangat dengan this SEO thing. Good Luck!!

    Reply
    • ctfand

      21 February 2015 at 1:17 pm

      Terima kasih tuan..sekadar memeriahkan… 🙂

      Reply
  9. Adam Roslan

    19 February 2015 at 11:19 pm

    Tahniah untuk mereka yang tersenarai 🙂

    Reply
    • ctfand

      21 February 2015 at 1:18 pm

      Saya kagum dengan mereka 😀

      Reply
  10. aLiXaL

    21 February 2015 at 5:22 pm

    Dah baca Puan…. memang best lah….

    Reply
    • ctfand

      21 February 2015 at 11:36 pm

      Terima kasih tuan Alizal.. Tak ada apa ni… 🙂

      Reply
  11. islam di dadaku

    22 February 2015 at 4:35 am

    tarif penilaian masih lama masih boleh berusaha agar artikel jadi page 1 di google

    Reply
  12. Dulu Lain Sekarang Lain

    23 February 2015 at 10:34 am

    Pilihan yang hebat-hebat belaka. Sure selalu baca semua blog ni, All the best dan selamat berjaya.

    Reply
  13. Kujie

    23 February 2015 at 11:03 pm

    Terharunya kerana senaraikan blog Kak Jie walaupun sekarang Kak Jie bukanlah blogger yang aktif.

    Reply
    • ctfand

      24 February 2015 at 5:25 pm

      tak aktif tapi banyak ilmu dan nasihat berguna dalam blog Kak Jie..

      saya lagi terharu Kak Jie sudi berkunjung dan tinggalkan komen pula di sini… terima kasih Kak Jie..

      Reply
  14. zul

    25 February 2015 at 8:04 am

    Good luck di Malaysia Best Blog 2015. Mencabar contest kali ini. Semuanya power-power

    Reply
    • ctfand

      25 February 2015 at 8:02 pm

      Dahsyat url tu

      Reply
  15. blogger lelaki

    26 February 2015 at 11:04 pm

    semua blog yang bagus2 tersenarai nie..semoga berjaya

    Reply
    • ctfand

      27 February 2015 at 11:08 pm

      Salute semua… 🙂

      Reply
  16. akubiomed

    28 February 2015 at 10:59 pm

    Mereka yang tersenarai memang hebat-hebat belaka.

    Reply
  17. Wan Syafiq

    6 March 2015 at 3:48 pm

    Good job.. 🙂

    Reply
  18. hanif

    10 March 2015 at 9:17 pm

    Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    Reply
  19. Hasrul Hassan

    12 March 2015 at 12:59 pm

    Ohh duit .. ehhh .. errkkk .. terima kasih daun keladi masukkan blog saya dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 .. harapnya akan terus best la blog saya tu nanti.

    Reply
  20. Khairul Zamri

    12 March 2015 at 10:00 pm

    Saya doakan akak semoga berjaya ya. Salam perkenalan dari saya blogger baru dan mentah

    Reply
    • ctfand

      12 March 2015 at 10:49 pm

      Wahh..otai merendah diri..he he.. Salam kenal jugak dr akak dan terima kasih.. 🙂

      Reply
  21. BloggInspired

    18 March 2015 at 2:46 pm

    Memang hebat belaka semuanya. Semoga berjaya kak. Salam blogwalking dari saya.

    Reply
  22. Miezan muyat

    25 March 2015 at 11:40 pm

    Assalam..blog yang disenaraikan memang wajar dijadikan panduan..dulu sy excited sgt nk jdi blogger..tapi fail berkali2..sbb terlalu kejar view, dan terikut2 stail blogger yg hebat2 tu..lama2 sy sedar..sy x boleh la mcm tu..diorg hebat sbb diorg ad originality, dan da ad pengalaman..saya pulak zero..jdi skarg sy bermula lgi..dan gunakan originality sy..dan skrg bru sy faham..benda yg sepenuhnya menampilkan kita lebih baik..saya graduan bisnes yg meminati bidang lukisan, blog sy juga basically mengenai lukisan..maaf pnjg sgt :)..sy pun baru blog walking 😀

    Reply
    • ctfand

      27 March 2015 at 10:14 am

      keep it up miezan! wah..jarang saya jumpa blog yang menggunakan platform weebly..

      memang saya pernah terbaca yang kalau nak berjaya dlm blogging, jangan terikut2 orang sangat, lebih2 lagi blogger2 lama yang lebih berpengalaman. mereka pun membina nama dalam tempoh yang lama. kita buat je cara kita. blog kita, cerita kita..gitu. Boleh juga tapi jangan keterlaluan.. dan jangan tekan sangat diri untuk cepat2 capai sesuatu.. biar kita mula bertatih..lama-lama boleh berlari.. 🙂 pesanan untuk diri saya sendiri juga..
      all the best miezan.. 🙂

      Reply
      • Miezan muyat

        30 March 2015 at 3:45 am

        hehehhehe..skarang da jumpe org pakai weebly..sy x pandai guna wordpress,blogspot pun x sangat..last2.pakai weebly..xtau la mcm mna boleh sangkut :D..moral of the story..mesti jadi dri sendiri x gitu kan akak :D..sya da terima pengajarannya

        Reply
  23. kakipromo

    31 March 2015 at 10:22 pm

    blog2 tu semua best2 🙂

    Reply
  24. ProfHariz

    5 April 2015 at 11:38 pm

    Keputusan sudah pun diumum ternyata hebat semuanya kan

    Reply
  25. ProfHariz

    5 April 2015 at 11:39 pm

    Saya fikir ini adalah cabaran seo yang paling besar pernah saya lihat.

    Reply
  26. ProfHariz

    5 April 2015 at 11:39 pm

    Dimana-mana pasti ada Encik Titan. Hebat beliau. Hebat !

    Reply
    • ctfand

      6 April 2015 at 8:06 am

      Terlajak fofular..hihi

      Reply

Trackbacks

  1. Senarai Peserta Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 says:
    18 February 2015 at 9:10 pm

    […] Malaysia Best Blog 2015 – ctfand.com […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d