ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Lembaran Baru ctfand.com Di Tahun 2015

Lembaran Baru ctfand.com Di Tahun 2015

28Feb | 2015

28 February 2015 By ctfand 12 Comments

Beberapa perkara penting berlaku pada blog ini beberapa hari lepas.

Jemputan Menghadiri Sidang Media

Buat pertama kalinya, ctfand.com (aku la tu) dijemput untuk menghadiri satu sidang media. Ia adalah rentetan satu artikel aku mengenai event anjuran syarikat tersebut yang “meletup-letup” di page pertama carian Google..gitu..

Anda lihat gambar di atas pun anda dah boleh agak.. ๐Ÿ™‚

Peristiwa penting untuk blog aku ni berlaku beberapa hari lepas.

Seronok menghadiri sidang media. Pengalaman pertama. Bagi yang tertanya-tanya, tidak, kehadiran aku tidak berbayar. Tak kisahlah kerana pengalaman dan ilmu adalah yang paling berharga. 

Tambah pula, perkara di dalam sidang media itu merupakan minat aku sekeluarga. Banyak benda yang tak tahu jadi tahu.

Sebetulnya, aku belum sempat buat artikel mengenai sidang media yang aku hadiri tu. Masa sangat terhad. Mengimbangi kerja rumah dan pejabat..dan macam-macam lagi.

InsyaAllah, dalam masa terdekat.

Terima Tawaran Iklan

Selain itu, blog ini juga ada menerima permintaan untuk beriklan. Sayangnya terpaksa aku tolak kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. 

Kalau boleh biar wujud win-win situation untuk owner produk, pembaca blog ini dan aku sendiri sebagai pemilik blog.

Jangan salah sangka yang aku tolak kerana tawaran harga yang kecil. Tidak. Kami masih diperingkat persetujuan sebelum harga dibincangkan. 

InsyaAllah kalau tiada aral, moga dapat bekerjasama dengan pengiklan tadi atau juga pihak lain yang ingin beriklan.

Cerita Nuffnang

Alhamdulillah, buat masa ini belum putus-putus menerima CPUV/BE. 

Sebenarnya, aku ada rasa ingin beralih dalam awal tahun ini. Tapi nak ditinggalkan CPUV yang masih aktif rasa tak patut pula. Rasa tak adil kerana seolah-olah mengenepikan kepercayaan agensi yang memilih untuk beriklan diblog ini melalui Nuffnang.

Memanglah, aku tak tahu kaedah pemilihan mereka bagaimana. Tapi aku masih rasa tak patut dihentikan begitu saja.

Aku ingat nak berhenti bila tiada iklan aktif, tapi buat masa ini belum habis satu, masuk satu lagi…begitulah seterusnya.. Alhamdulillah..

Jadi buat masa ini, Mr. N tidak akan aku keluarkan dari blog ini.

**

Begitulah cerita terbaru blog ini. Memang betul-betul tentang blog ini saja.

Harap entri ini tidak disalah sangka. Aku hanya ingin berkongsi kejayaan kecil blog ini dengan pembaca.. Moga juga dapat menyuntik semangat rakan blogger yang lain..

Hingga ke cerita selanjutnya ๐Ÿ™‚

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: iklan, Nuffnang, rezeki blog, sidang media

Comments

  1. nil

    28 February 2015 at 3:31 pm

    wah hebat tahniah sis . amin rezeki allah

    Reply
    • ctfand

      28 February 2015 at 3:32 pm

      tak hebat..rezeki Allah.. Terima kasih.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. myrujukan

    28 February 2015 at 5:41 pm

    blog saya pun cpuv nuffnang aktif, hehee

    Reply
    • ctfand

      28 February 2015 at 5:42 pm

      Eh..bukan tuan pasang adsense ke? anyway tahniah.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. akubiomed

    28 February 2015 at 10:58 pm

    Nuffnang ini kalau ada UV trafik kencang dan paid advertorial memang kencang.

    Reply
  4. blogger lelaki

    1 March 2015 at 12:34 am

    semoga teru berjaya dalam duani blogging

    Reply
  5. anuar

    1 March 2015 at 8:39 am

    Tahniah. . Semakin murah rezeki yang berjaya diperolehi melalui blog.. bab nuffnang ni, memang pandai dia pujuk kita.. saya sendiri pun mengalami situasi yang sama. .

    Reply
  6. emalinmohd

    4 March 2015 at 7:40 am

    Tahniah ct. Keep it up!

    Reply
  7. ema

    6 March 2015 at 10:58 am

    tahniah CT…

    Reply
  8. MamaBard

    7 March 2015 at 6:50 am

    pergi event apa tu? saya pun masih lagi menggunakan nuffnang di blog..

    Reply
  9. ikhwan

    7 March 2015 at 4:20 pm

    tahniah, jadi inspirasi untuk diri sendiri.

    Reply
  10. zara

    16 March 2015 at 11:56 am

    Tahniah atas rezeki Nuffnang yang tak putus2..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d