Baru 24 jam kita berada di tahun 2015. InsyaAllah, bertambah setahun lagi umur kita pada tahun ni.
Aku doakan semoga tahun 2015 membawa sinar harapan dan kebahagiaan serta kebaikan buat semua berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2014 penuh cabaran, rintangan, pahit dan manis..baik bagi diri aku sendiri malah pada negara kita..
Aku pula…hakikatnya.. selepas tragedi pemergian Yanie pada tahun 2012, setiap kali menjelangnya tahun baru, hati aku sangat tersentuh… Kerana, perubahan tahun itu mengingatkan aku tentang berapa lama tempoh Yanie telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..
Tahun 2015 ini, dah 3 tahun Yanie pergi…
Begitulah halnya pada aku… Kenangan dengan Yanie seolah semakin jauh ditinggalkan bila tahun berganti….
Kadang-kadang..aku rasa aku tak nak tahun berubah… supaya aku sentiasa dekat dengan kenangan yang ditinggalkan Yanie…
Wallahu’alam..
Walau macamanapun, selamat datang 2015..selamat menempuh hari-hari yang mendatang untuk semua. Entah apa pula cabaran yang bakal kita hadapi pada tahun ini.
Aku doakan moga segala yang baik-baik saja untuk aku dan anda semua pada tahun 2015 ini..InsyaAllah…
Anuar
Al-Fatihah untuk Yanie.. Semoga roh yanie ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman… Semoga kita yang hidup ini terus tabah dalam menghadapi ujian Allah S.W.T…. Sabar ye kak..
Selamat Tahun Baru 2015… Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai pada tahun ini… In Shaa Allah…
ctfand
Amin..amin… InsyaAllah… Terima kasih Anuar..
emalinmohd
Semoga Yanie ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan tahun ini lebih cemerlang untuk ct..
ctfand
Terima kasih emalin…saya doakan yang baik-baik juga untuk emalin dan semua..
blogger lelaki
selamat tahun baru 2015
ctfand
Terima kasih…
Fyda Noh
Selamat tahun baru 2015. Semoga tahun ni menjadikan kita hamba yang lebih baik
ctfand
Amin..terima kasih..
Kakiblog
al fatihah..semoga terus tabah pada tahun mendatang dan selamat tahun baru 2015
ctfand
InsyaAllah..terima kasih..
Ayue idris
Alfatihah..moga akk saba tempoh tahun ni n tahun2 mendatang ye..amenn
ctfand
Terima kasih ayue..
Khir Khalid
Salam ceria 2015.. Semoga tahun 2015 ini membawa kejayaan dan keceriaan yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya… aamiin.. ๐
ctfand
Aminn… Terima kasih tuan.. Saya doakan yg sama utk tuan.. ๐
Aku Penghibur
selamat tahun baru kak..semoga di permudahkan urusan oleh ALLAH untuk tahun ini
ctfand
Aminn..insyaAllah.. Akak doakan yg baik2 juga untuk Acik.. ๐