ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Perkembangan Gigi Susu Hani

Perkembangan Gigi Susu Hani

26Jan | 2015

26 January 2015 By ctfand 5 Comments

Lama tak bercerita tentang Hani..asyik cerita abang dia je.. Nampak sangat mama dia ni excited dengan abang dia yang baru naik darjah 1..he he

Nak berkongsi perkembangan gigi Hani kali ni. Pelik pertumbuhan gigi dia.

Hani sekarang baru ada 6 batang gigi, iaitu 4 di atas dan 2 di bawah. Lama jugak dalam keadaan macam ni.

Tunggu punya tunggu punya tunggu..rupa-rupanya gigi geraham pertama yang tumbuh dulu!

Cuba rujuk gambar di bawah ni (maaflah..gambar sebenar gigi Hani tak dapat nak ambil..berap kali dah jari aku ni jadi mangsa gigitan ๐Ÿ˜€ )

IMG_8699-0.JPG

Gambar di ambil dari buku Rekod Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak (0 hingga 6 bulan).

Gigi Hani tumbuh dari gigi di label A dan B, kemudian terus “melompat” ke gigi D, iaitu geraham pertama seperti anak panah pada gambar di atas.

Sama jugak halnya dengan gigi bawah…

Pada aku, pelik jugak perkembangan gigi Hani ni. Sebab, masa abang dan arwah kakak dia dulu tak adalah pula macam ni. Elok je gigi dorg tumbuh mengikut giliran…hihi

Lagi satu, seingat aku, arwah Yanie pada umur Hani sekarang ni (1 tahun 4 bulan), gigi Yanie dah full set gigi susu..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: gigi bayi, gigi susu, perkembangan gigi bayi

Comments

  1. Anuar

    27 January 2015 at 8:08 am

    Gigi Susu anak bongsu saya pun belum tumbuh semua lagi, walaupun sekarang ni dah berumur 1 tahun 3 bulan lebih… Mungkin proses pertumbuhan gigi tak sama untuk semua kanak-kanak…

    Reply
    • ctfand

      27 January 2015 at 8:14 am

      Betul…lain2 perkembangan mereka. Hatta dgn adik beradik pun dah berbeza… ๐Ÿ˜€

      Reply
  2. blogger lelaki

    29 January 2015 at 1:04 pm

    eh lupa tak gi check lahi perkembangan gigi susu anak saya nie

    Reply
    • ctfand

      29 January 2015 at 1:05 pm

      Check jangan tak check ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. emalinmohd

    30 January 2015 at 5:10 pm

    Kalau risau boleh je tanya doktor tapi saya rasa takda apa-apa sebab perkembangan anak ni berbeza setiap orang. Tapi ye lah sebagai mak tu memang ada rasa sangsi kan..jadinya jumpa je doktor untuk tanya…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d