ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Nandos Alamanda Dah Bertukar Lokasi

Nandos Alamanda Dah Bertukar Lokasi

19Jan | 2015

19 January 2015 By ctfand 13 Comments

Baru aku tau yang Nandos Alamanda dah bertukar ke lokasi baru. Jangan risau, masih ada di Alamanda juga, cuma di aras yang berbeza.

Lokasi barunya adalah bertentangan dengan Pusat Bowling Alamanda, atau di tingkat bawah Food Court Rasa.

Aku pun baru tau pertukaran lokasi ini bila kami pergi ke Alamanda pada hari Jumaat lepas. Biasalah kan..hari Jumaat dah penghujung minggu kerja, jadi terasa nak memanjakan diri untuk tidak memasak pada malam tu. Jadi kami putuskan untuk pergi ke Alamanda dan dinner di Nandos..

nandos alamada

Mujur papan tanda lokasi baru ada diletakkan dihadapan pintu masuk lokasi parking. Jadi, tidaklah kami tercari-cari dilokasi sama.

IMG_8665.PNG

Perkara pertama yang anda boleh nampak adalah perubahan konsep restoran ni. Lain dari di tempat lama. Lagi satu pekerja-pekerjanya juga dah bertukar.. Tahun baru, lokasi baru, angin baru kot. Bagi aku, pekerja-pekerjanya dulupun ok, dan aku tak pernah berhadapan masalah dengan mereka.

IMG_8666.PNG

Sementara menunggu pesanan makanan, kami masing-masing sibuk..he he. Aku macam biasala..jadi camerawoman tak bertauliah.. Kimi sibuk assembling Legonya..

Hani pula…

IMG_8667.PNG

Hani sibuk dengan bisnes juta-juta nih…! hihi.. Pandai betul tiru gaya mama dan bapak dia.. ๐Ÿ˜€

IMG_8671.PNG

Bila minuman sampai, budak kecik tu pun nak minum juga.. Tengoklah gelagat dia masa minum fresh orange..masam!

IMG_8669.PNG

Ini adalah pilihan makanan untuk Kimi. Aku pula memilih quarter chicken dengan sideline grilled vegetable kegemaran aku dipasangkan dengan coleslaw… Sedap! Suami ambil
Sideline nasi untuk Hani dan jagung.

IMG_8668.PNG

Itu saja cerita kami di Nandos Alamanda Jumaat lepas..

Ingat ye..kalau anda nak makan di Nandos Alamanda, jangan lupa yang lokasinya dah bertukar…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Alamanda Putrajaya, Nandos, Nandos Alamanda

Comments

  1. blogger lelaki

    19 January 2015 at 8:29 pm

    lama dah tak makan dekat nandos

    Reply
    • ctfand

      19 January 2015 at 11:23 pm

      Bila lama tu yg kadang2 teringat2 nak makan..he he

      Reply
  2. akubiomed

    19 January 2015 at 11:17 pm

    Ada beberapa kali beli Ayam Nandos ini . Sedap.

    Reply
    • ctfand

      19 January 2015 at 11:24 pm

      Betul tuan..sedap dan cara masak yg sihat ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. emalinmohd

    19 January 2015 at 11:22 pm

    My kids pun suka bebenor dengan Nandos ni. Tapi kami nak ke Allamanda tu Kira jauhla.
    Nandos KLCC yang dekat..

    Reply
    • ctfand

      19 January 2015 at 11:25 pm

      Nandos ni kira selera saya..favourite Kimi adalah Macaroni cheese di Kenny Rogers… ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. Anuar

    20 January 2015 at 9:04 am

    Dah lama betul tak pergi ke Alamanda.. Kali terakhir pergi rasanya dua tahun lepas.. hehehe..
    Tengoklah bila ada masa free nanti, boleh juga bawa isteri dan anak-anak pergi ke Alamanda..

    Reply
  5. Mummydearie

    21 January 2015 at 11:42 am

    Saya kurang sikit Nandos ni. Pernah sekali pergi cawangannya di mana ya, lupa pulak, gelap gelita dalam restoran. Macam nak makan candle light dinner jerk. Lagi satu sos peri-peri Nandos yang diletak dalam hidangan dan yang sedia ada dalam botol tu, rasanya tak sama betul. Pelik pulak walaupun minta flavour yang sama macam dalam hidangan.

    Alamanda ni memang sangat ‘rare’ menjejakkan kaki ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      21 January 2015 at 11:57 am

      Nandos memang antara pilihan saya untuk menjamu selera.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  6. titan

    22 January 2015 at 8:11 pm

    lama jugak tak singgah ke alamanda rasanya nih.

    Reply
    • ctfand

      22 January 2015 at 10:56 pm

      Sayapun kebetulan dah ada sini..kalau memang duk KL macam dulu…sekali setahun kot jejak kaki..he he

      Reply
  7. aimi

    13 April 2015 at 3:30 pm

    baru nak cuba makan nandos nextweek ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      13 April 2015 at 3:49 pm

      Selamat menjamu selera.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d