Gambar menceritakan segalanya…
Minggu ni baru minggu kedua persekolahan.. Warna Kimi dah jadi pendek macam ni.. ๐
Pensil warna yang paling pendek adalah warna biru… Ini sebab banyak sangat mewarna “langit” dalam lukisan di sekolah. Biasanya, ruangan “langit” yang perlu diwarna luas dan kadang-kadang sampai setengah page kertas A4.
Warna kedua yang dah jadi pendek sebab banyak sangat dipakai adalah hijau. Hijau semestinya untuk mewarna pokok, rumput dan gunung-ganang.
Atau..mungkin juga aku boleh simpulkan yang dua warna ini adalah warna kegemaran Kimi sebab banyak sangat pakai sampai dan pendek macam tu…hihi
Dua tu je yang dah jadi pendek sangat..yang lain masih ok lagi.
Kalau dah pendek sampai tak boleh pakai..macamana nak buat ye? Hmm. Aku ingat nak selongkar balik pensil-pensil warna Kimi yang lama yang ada warna hijau dan biru untuk replace.
Susah jugak kalau warna dua tu tak ada.. sebab ia warna basic terutama untuk anak-anak. Kalau beli baru hanya semata-mata nak dapatkan 2 warna ni macam tak logiklah pula. Membazir nanti.
Oh ya..pensil warna Kimi di atas ni adalah Faber Castell Colour Grip plus Brush Watercolour Pencils. Kimi suka pensil warna ni..grip katanya. Lagi satu, ada ruangan untuk menulis nama pada atas pensil jadi kurang risiko hilang akibat tertukar di dalam kelas.
Untuk maklumat lanjut mengenai pensil warna ini anda boleh mengunjungi laman web Faber Castell Malaysia yang penuh warna warni ni.. ๐
hahaha…budak2 memang suka mewarna…kena beli lebih warna biru dan hijau tue
Kalau ada jual asing2 memang saya beli 2 warna tu je dulu..hihi
Wah.. rajon betul Kimi mewarna ye.. baru 2 minggu warna dah jadi pendek.. nampaknya kena sediakan stok pensil warna tambahan dah ni..
Nasi baik ada pensil warna lama boleh backup..walaupun yg itu pun dah pendek.. Bolehlah tahan sementara menunggu yang lain pendek sekali ๐
Anak saya kalau beli pensel warna, terus keluarkan dari bekasnya. Selepas beberapa minggu sekolah, bekas pensel warna ni yang koyak rabak dikerjakannya. Aktif mewarnalah tu…
Selalunya saya kumpul semua pensel warna yang ada di rumah buat stock. Pensel warna yang dah kontot sangat, saya buang dan ganti dengan yang baru, yang ada dalam simpanan. Takdalah kena beli baru setiap kali satu warna tu hilang atau kontot dikerjakannya.
Hari-hari kena cek warna kimi ni.. Mana yg pendek tolong asah…takdelah kat sekolah baru dia nak asah.. ๐
faber castell mmg antara pilihan pensel/pensel warna terbaik n berkualiti…
siap boleh jd water color lagi kan….
kanak2 seumur kimi mmg begitu… anak2 sy pun sama… kadang2 habis satu kotak hilang…
maaf ummihanie..akismet tersalah spam komen ini..baru perasan hari ni.. ๐
betul tu, lagi satu faber castell ni tahan lasak kan..warna pun terang..
kena belikan pensil warna air, boleh campur-campur ๐
Takut kena baju putih kimi pula nanti..he he
Samalah Ct. Pensel warna anak saya pun dah kontot. Banyak mewarna kat sekolah.
Part asah pensel warna tu saya beli pengasah yang pusing-pusing tu biar anak asah sendiri pensel. ๐
budak2 ni kalau free je, cikgu suruh melukis dan mewarna..mana tak habis.. ๐
oo, sharpener yang sama saya gunakan untuk Kimi. masalahnya kalau kimi buat sendiri patah je..dan tersangkut dalam sharpener tu.. itulah sebabnya saya pantau semua pensil dan pensil warna dia setiap hari..
itulah itu.
selalu tiga warna ni cepat kontot.
biru, hitam dengan merah.
tak tahu pasai apa.
Ooo…itula dia.. Warna tu menarik pda budak2 kot..