ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Hari Pertama Kimi Ke Sekolah

Hari Pertama Kimi Ke Sekolah

13Jan | 2015

13 January 2015 By ctfand 9 Comments

12 Januari…hari pertama sesi persekolahan. Aku terlupa yang setiap hari Isnin diadakan perhimpunan pagi sekolah. Kat rumah aku beriya-iya minta Kimi terus ke kelas dan jenguk dari koridor kalau dah jumpa kelas..rupa-rupanya kena berhimpun dulu di dataran.

Bila dah hari pertama ke sekolah..ramai ibu bapa yang datang.. Ibu bapa yang anak mereka ke darjah 1, macam kami, malah ibu bapa yang menghantar anak-anak naik darjah 2, 3 dan mungkin darjah 4 pun ada. Apa lagi..meriah sekolah pagi tu..

IMG_8576.JPG

Tengoklah tu..kami ibu bapa tumpang bersidai di tepi masa anak-anak tengah berhimpun… ๐Ÿ˜€

IMG_8578.JPG

Mujur cuaca pagi itu sangat memahami..tak hujan.. Redup je..

IMG_8577.JPG

Dalam keramaian tu, nampak juga kelibat Kimi.. ๐Ÿ™‚

Bila Kimi dan semua murid dah masuk ke kelas, aku dan suami ambil kesempatan untuk keluar bersarapan, sementara menunggu waktu rehat pada jam 9.30 pagi.

Selesai sarapan, aku dan suami ke dataran sekolah untuk menunggu Kimi keluar dari kelasnya.

Jam 9.30 pagi, kami nampak Kimi dan rakan-rakan beratur ke kantin di dahului oleh guru kelas mereka. Almaklumlah..hari pertama minggu pertama.

Kamipun menyusul Kimi ke kantin.

IMG_8579.JPG

Untuk kali ini..aku cuma bekalkan Kimi roti butter dan sekotak susu coklat Dutch Lady. Sebenarnya bekal seumpama ini dah biasa aku sediakan untuk Kimi semenjak dia di tadika lagi. Bekal setiap hari adalah satu kewajipan bagi aku walaupun di tadika dulu mereka sediakan makanan..

Selepas dari kantin, aku dan suami bawak Kimi ke sekitar kawasan sekolah dan mencari tempat sebagai “port” atau “mark” untuk Kimi menunggu kami pada setiap tengahari dan petang.

Bila waktu rehat tamat, kami biarkan Kimi kembali ke kelas..tapi, aku minta suami follow dari jauh untuk pastikan Kimi menghala ke tempat yang betul. Dan alhamdulillah.. Kimi dah ingat kelas dia kat mana..

Sesi persekolahan sebelah pagi tamat pada jam 1 tengahari. Kimi menunggu di tempat yang kami janjikan sebagai “mark” untuk dia menunggu kami..

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Harap-harap Kimi ok bila tanpa adanya kami di sekolah pada hari-hari seterusnya. Perlu diajar perkara basic seperti waktu ke kantin, tempat duduk, cara membeli makanan dan minuman dan waktu masuk ke kelas..

Mencabar jugak hari pertama tu. Sampai migraine aku datang sebab lambat makan..terutama pada waktu tengahari.. Sebabnya, selesai sesi pagi kena persiapkan Kimi untuk kelas KAFA pada sebelah petang.. Kemudian, ada perhimpunan Kafa pula dan urusan penyelarasan kelas. Jam 3 lebih baru dapat lunch.. Berangin perut.

Tak apa, hari pertama…lain hari ok lah..

Kisah Kimi ke kelas KAFA aku nak kongsi dientri lain pula.. Panjang sangat dah ni.. Ta ta

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: darjah 1, kembali ke sekolah, Putrajaya, tahun 1

Comments

  1. Anuar

    13 January 2015 at 7:03 pm

    Meriahnya hari pertama sesi persekolahan 2015… Anak-anak tentu exited nak ke sekolah sebab dah lama bercuti… ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • ctfand

      13 January 2015 at 10:13 pm

      Betul..anak2 sekarang kebanyakannya excited.. Jarang dah nampak budak nangis..he he

      Reply
  2. blogger lelaki

    13 January 2015 at 10:10 pm

    anak aku nanti dah nak masuk sekolah tak tahu la macam mana dia punya ragam..harap okey la nanti..hu3

    Reply
    • ctfand

      13 January 2015 at 10:14 pm

      Berminggu dah risau sbb Kimi nak naik darjah 1 ni..hihi.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan teratur.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. emalinmohd

    15 January 2015 at 5:33 am

    Saya pun sama buat bekal untuk
    Anak sekolah agama dan kebangsaan. Tapi sekolah agama pagi dan sekolah kebangsaan petang.

    Sekolah Kimi satu sesi je ye? Besar sekolah tu..

    Reply
    • ctfand

      15 January 2015 at 3:22 pm

      Kimi ada sekolah petang…tak sempat nak update lagi.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  4. Mummydearie

    21 January 2015 at 11:51 am

    Oh, Kimi bersekolah sesi pagi ya? So, semua murid sekolah ni di sesi pagi aje ke? Sure ramai betul ni!

    Saya yang anak dah masuk Tahun 3 pun masih ‘menyibuk’ kat sekolah! Bukan apa, tahun ni first year dia ke sesi pagi. Nak juga tengok-tengokkan apa yang patut. Melihat pada kepadatan tempat parking kereta di sekolah anak, boleh bayangkan betapa ramainya ibubapa murid-murid especially Tahun 1 yang berada di sekolah on first day tu. Tersenyum sendirian saya dok mengenang pengalaman sendiri semasa menghantar anak masuk sekolah tiga tahun sudah ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      21 January 2015 at 11:54 am

      Oh tak..ada sesi petang.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  5. Fara

    24 January 2015 at 11:56 am

    Wow meriah sekolah Kimi! colorful ngan pelbagai uniform jawatan kot.. ๐Ÿ™‚
    btw, my son pun tahun ni darjah 1.. tapi lom sempat update lagi pasal first day dia.. baru sempat update pasal adik dia yg juga first day ke tadika.. btw suka la ur blog setting ni… aman jek rasa… inshaAllah akan datang selalu.. ๐Ÿ™‚

    Salam kenal,
    Fara
    http://amfarra.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d