ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Hari Pendaftaran Tahun 1 Kimi

Hari Pendaftaran Tahun 1 Kimi

7Jan | 2015

7 January 2015 By ctfand 3 Comments

IMG_8905.JPG
Program pendaftaran tahun 1 Kimi dah berlangsung pada 2 Januari 2015, hari Jumaat lepas. Rasa sangat seronok! Maklumlah anak sulung…tumpang gembira sekali walaupun ada kerisauan. Kimi pula sangat excited sebab dapat jumpa kawan-kawan baru.

IMG_8906.JPG
Program bermula pada jam 8.30 pagi. Sebelum ke program pendaftaran Kimi, si budak kecik Hani kena hantar pergi Taska dulu..takut meragam pula kalau dibawa ke sekolah Kimi tu.

IMG_8907.JPG

Kami tiba di sekolah sekitar jam 8.10 pagi. Suasana di sekolah meriah dengan kehadiran murid-murid tahun 1. Tak ketinggalan ibu bapa, atok dan nenek yang menghantar anak cucunya.. 🙂

IMG_8908-0.JPG

Tengok je lah gambar di atas ni. Ramai dan dah mula sesak sebelum program mula. Mujur banyak kaunter pendaftaran dibuka. Mereka maklumkan yang satu kelas terdapat dalam 40 orang murid! Dan keadaan hampir serupa di seluruh sekolah-sekolah di Putrajaya.

IMG_8909.JPG

Selesai merekod kehadiran dikaunter, Kimi dan murid-murid tahun 1 yang lain diminta untuk berada di dataran sekolah untuk mendengar taklimat. Duduklah Kimi dan kawan-kawan barunya di situ.

Yang paling menarik, masa duduk ni Kimi ternampak beberapa orang rakannya dari tadika dulu yang turut bersekolah di sini. Mulalah mereka berborak.. Ok jugalah, sekurang-kurangnya rasa takut dan gemuruh mereka kurang bila tahu ada rakan yang pernah dikenali di tempat baru yang asing ni.

Bila program dah bermula sekitar jam 8.30 pagi, para ibu bapa diminta untuk mendengar taklimat di dewan Aras 1 sekolah. Sementara itu, murid-murid tahun 1 menunggu di dataran sebelum dibawa ke kelas oleh guru kelas masing-masing.

IMG_8910.JPG

Selepas hampir 2 jam mendengar taklimat, aku dan suami bergegas mencari kelas Kimi. Sampai-sampai, nampak Kimi tengah khusyuk mewarna.. Touchingnyeee tengok anak dah besar panjang dan dah masuk sekolah darjah 1..he he.

IMG_8911.JPG

Inilah hasil kerja sekolah pertama Kimi.. Mewarna, memang kegemaran budak-budak kan.

Program selesai dalam 11.30 pagi. Di rumah, Kimi bagitau yang dia ada kawan baru yang duduk sebelah dia. Namanya Haziq. Dia bagitau lagi yang ada rakan dari tadika yang sekelas dengan dia, tapi mereka tak duduk sama. Eloklah jugak..jumpa kawan-kawan baru pula. Kalau asyik orang yang sama, takut tak berkembang minda nanti..hihi..

Minggu depan sekolah akan bermula secara rasminya. Aku risau sangat-sangat dengan rutin dia ni… Nanti aku cerita.. Apapun, moga dipermudahkan semua urusan nanti..insyaAllah…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: masuk sekolah darjah 1, pendaftaran darjah 1, pendaftaran tahun 1, tahun 1 di Putrajaya

Comments

  1. anuar

    8 January 2015 at 6:14 am

    Dari reaksi muka Kimi nampak seronok dia dapat pergi ke sekolah. .. eloklah tu.. semoga Kimi menjadi seorang pelajar yang pandai, dan boleh dapat nombor 1 dalam kelas.

    Reply
    • ctfand

      8 January 2015 at 5:10 pm

      insyaAllah..
      macamanalah pula pengalaman anak sekolah ni kan.. he he

      Reply
  2. emalinmohd

    8 January 2015 at 10:17 pm

    Kalau kat sekolah anak saya, ibubapa tak boleh pergi kelas dah. Huhu
    Tak boleh dah tengok anak buat apa di hari orientasi sekolah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d