ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Cerita Plastisin Kimi

Cerita Plastisin Kimi

22Jan | 2015

22 January 2015 By ctfand 8 Comments

IMG_8767.PNG

Cerita semalam (21 Januari).

Sebelum tu, malam sebelumnya, Kimi ada bercerita tentang aktiviti kelas dia. Kimi sebenarnya selalu bercerita tentang aktiviti harian dia. Dan aku suka melayan dia bercerita. Jadi, malam tu Kimi cerita yang siang tadi mereka diminta membuat huruf menggunakan plastisin oleh cikgu kelas dia. Sayangnya Kimi kata..

“Kimi sorang tak de plastisin. Kawan Kimi semua ada” kata Kimi. Sedih aku dengar..sobsob.

Aku hairan sebab, sebelum sekolah dibuka, memang ibu bapa perlu membeli peralatan sekolah dari kedai sekolah. Peralatan tersebut semua dah disenaraikan di dalam satu kertas dan aku dah beli semua yang tersenarai di dalam kertas tu, termasuk yang diberi pilihan untuk beli ataupun tidak. Tapi, plastisin memang tak ada.

Aku tak pasti bila dah Kimi tak ada plastisin tu, apa Kimi buat..agaknya pinjam plastisin kawan-kawan la kot.

Jadi, malam semalam Kimi minta duit lebih untuk beli plastisin di kedai sekolah yang berharga RM2. Aku bagi Kimi belanja di kantin RM2 (2 keping duit RM1) dan sekeping RM5.. Jadi, jumlah duit Kimi semalam RM7.

Aku tanya Kimi, “Kimi pandai beli tak?”. Kimi jawab, “pandai”. Walaupun dah sedikit yakin, aku ajar Kimi juga macamana nak beli plastisin, siap dengan dialognya dan balance yang dia akan dapat.

Pagi tu, memang gamble je bagi Kimi membeli sendiri.

Jumpa sebelah tengahari tu, aku tanya Kimi, Kimi dapat tak beli plastisin? Kimi jawab, “Dapat, lepas tu Kimi dapat change RM3”.

“oo..Kimi dah pandai beli la kan?” Aku tanya..Kimi angguk je.

Tapi, yang paling bestnya, RM2 dari balance tu Kimi kata dia bagi kat Raief (kawan sekelas dia) sebab Raief pun tak de plastisin. Tapi, Raief pulangkan RM1 kat Kimi dan ambil RM1 je. Aku dan suami gelak.. anggap je la sedekah.. 😀

Sebelah petang tu pula, Kimi tunjuk yang plastisin dia dah tinggal sedikit, sebab dia kata, kawan-kawan perempuan dia ambil…ish ish ish budak-budak ni..

Itulah cerita plastisin Kimi.. ^^

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: bermain plastisin di sekolah, Kimi, plastisin

Comments

  1. blogger lelaki

    22 January 2015 at 11:57 pm

    bagus la tu kecil-kecil dah pandai tolong kawan

    Reply
    • ctfand

      23 January 2015 at 8:39 am

      ok jugakkan..tapi elok kikmi share je plastisin dengan kawan dia drp bagi duit kan.. nak kena nasihat lagi kimi ni…. 😀

      Reply
  2. titan

    23 January 2015 at 8:10 am

    memang lama jugak tak main plastisin nih.

    haha..

    Reply
    • ctfand

      23 January 2015 at 8:40 am

      plastisin untuk budak2 je tuan.. mak budak ni pun tak main dah…ha ha

      Reply
  3. Aku Penghibur

    23 January 2015 at 4:57 pm

    baik hati kimi.. pemurah orangnya ^_^

    Reply
    • ctfand

      23 January 2015 at 5:41 pm

      aminn.. dia lembut hati..kesian kat kawan katanya.. 🙂

      Reply
  4. diana

    24 January 2015 at 12:38 am

    hehe saya selalu juga anak kata takde barang. Sebab tak tahu jadi macam mana nak sediakan ye tak.
    Pandai Kimi tolong kawan. Kadang-kadang kita risau, tapi dorang cepat membesar kan 😉

    Reply
  5. emalinmohd

    30 January 2015 at 5:05 pm

    Tak oe ct..hr ni Kimi yang tolong kawang. InsyaAllah esok lusa kawan-kawan pulak tolong Kimi..
    Baik hati Kimi ni 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d