ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / Tragedi Banjir..Jom Bantu Yang Termampu

Tragedi Banjir..Jom Bantu Yang Termampu

26Dec | 2014

26 December 2014 By ctfand 14 Comments

Bencana banjir semakin meruncing dari hari ke hari. Setakat jam 7 malam ini sebanyak 7 buah negeri telah terjejas akibat banjir iaitu Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Perlis, Johor Dan Terengganu. Manakala seramai lebih kurang 120,000 (120 ribu) mangsa banjir yang terlibat.

Sedih bila tengok berita dan perkongsian di media sosial. Membaca kisah mereka yang berada di kawasan terjejas pun rasa nak mengalir air mata ni…. Lebih-lebih lagi berita yang melibatkan kehilangan nyawa..

Aku yang berada jauh ini hanya mampu berdoa kepada Allah SWT dan menghulurkan sumbangan buat mereka..moga sampai juga untuk mereka dan dapat meringankan beban yang mereka tanggung..

IMG_8785-0.PNG

Banyak pusat pengumpulan yang sedang beroperasi sekarang. Antaranya bagi kawasan di Putrajaya adalah ibu pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Putrajaya, seperti yang anda boleh lihat di dalam gambar di atas. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman rasmi Facebook Page Bomba tersebut.

mindef

Selain itu, baru diberitakan bahawa Pangkalan Udara Subang juga telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Operasi Pertahanan ditalian 0326985144 atau 0326945434 . Untuk sebarang maklumat anda boleh melayari Facebook Page Kementerian Pertahanan.

Sekarang ini pula, suami tengah berada di pusat pengumpulan bantuan di Kompleks E, Putrajaya. Suami keluar sejak jam 7.30 malam tadi, selepas selesai menunaikan solat Maghrib. Suami hanya datang secara sukarela selepas mendapat makluman dari rakannya. Tugas utama mereka adalah menyusun dan mengangkut barang-barang bantuan untuk dimuatkan di dalam trak.

Aku pula dalam proses untuk mengumpulkan baju-baju terpakai yang masih elok untuk disedekahkan…terutamanya baju dan barangan bayi.. Sedihlah bila memikirkan anak-anak kecil atau bayi yang turut menjadi mangsa banjir…

IMG_8783.PNG

Lagi satu saluran bantuan yang paling mudah yang boleh anda laksanakan adalah seperti di dalam gambar di atas iaitu hanya menaip sms Banjir[jarak]Amaun derma dan hantarkan ke 13999. Contohnya: Banjir 20 .

Sama-sama kita bantu apa yang termampu..

Sama-sama kita berdoa moga bencana banjir ini cepat reda. Dan sama-sama juga kita berdoa moga mangsa-mangsa banjir dan semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini..

Tidak dilupakan juga, doakan kekuatan semangat anggota pasukan keselamatan dan perubatan..

Ingatan dan hati kami bersama kalian semua….

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum Tagged With: banjir, banjir 2014, bantuan banjir, derma banjir, kutipan derma banjir, pray for Pantai Timur, pusat pengumpulan derma banjir, tragedi banjir 2014

Comments

  1. emalinmohd

    27 December 2014 at 4:31 pm

    Yup. Betul tu. Kita di kejauhan ini selain menitipkan doa boleh memberi bantuan yang termampu.

    Reply
    • ctfand

      28 December 2014 at 11:10 pm

      Moga dapat meringankan bebanan mereka..

      Reply
  2. blogger lelaki

    27 December 2014 at 8:53 pm

    semoga dengan sedikit bantuan itu akan membantu mangsa banjir yang terjejas

    Reply
    • ctfand

      28 December 2014 at 11:11 pm

      Begitulah yg kita harap-harapkan..

      Reply
  3. anuar

    28 December 2014 at 3:02 pm

    Jom hulurkan bantuan untuk meringankan beban yang sedang dipikul oleh mangsa2 banjir. .

    Reply
    • ctfand

      28 December 2014 at 11:13 pm

      Betul…moga Allah bukakan jalan seluasnya agar niat kita dan bantuan yg diberikan walau dalam bentuk apapun sampai kepada mereka… 🙁

      Reply
  4. Sya Isya

    29 December 2014 at 7:45 am

    Kalau kat johor ni macam mana nak salurkan baju-baju untuk mangsa banjir ni.

    Reply
    • ctfand

      29 December 2014 at 8:40 am

      Boleh hubungi pihak Mindef dinombor yg tertera.

      Reply
  5. Aiz

    29 December 2014 at 3:23 pm

    hurm.. moga banjir semakin pulih..
    jemput singgah blog saya..

    Reply
    • ctfand

      31 December 2014 at 11:31 am

      begitulah yang diharapkan..

      Reply
  6. ema

    29 December 2014 at 3:37 pm

    sama-samalah kita membantu mana yang termampu..

    Reply
    • ctfand

      31 December 2014 at 11:32 am

      betul kak…

      Reply
  7. Ikhwan Fahmi

    30 December 2014 at 2:39 pm

    kita doakan mereka selamat, sambil memberikan sumbangan dana dan bekalan makanan yang termampu 🙂

    Reply
    • ctfand

      31 December 2014 at 11:32 am

      amin..amiinn… insyaAllah..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d