Hari Khamis (18.12.2014) lepas adalah hari temujanji pemeriksaan Hani di klinik. Pemeriksaan atau follow up rutin untuk umur 1 tahun 3 bulan atau 15 bulan.
Masuk je kat bilik pemeriksaan, Hani menangis! Dia tahu yang dibilik tu lah dia kena injection selalu..hihi..
Hani tak nak aku duduk dikerusi pun. Duduk je dia mengamuk. Nasib baik pemeriksaan rutin biasa je. Jadi sepanjang sesi pemeriksaan tu aku berdiri pegang Hani.
Nurse-nurse semua usik-usik Hani. Tapi Hani tetap monyok. Tak respon. Marah la tu sebab kena bawak masuk ke bilik pemeriksaan tu.. 🙂
Masa sesi timbang berat badan, Hani dah tak ditimbang dengan penimbang berat untuk bayi yang memerlukan bayi baring.
Kali ini nurse minta aku letakkan Hani di atas alat penimbang biasa, jadi Hani kena berdiri. Masa kat sini pun Hani nangis kuat-kuat. Tapi, dia berdiri juga, tak bergerak..mulut dia je “uwaaaaaaa”..haha
Berat Hani dah 10kg. Tengoklah carta di atas ni…mencanak graf naik.. Hani memang kuat makan. Apa yang kita makan, dia pun nak makan sama. Sebab tu lah kot.
Untuk sesi pemeriksaan kali ini, tiada injection atau suntikan imunisasi. Hani hanya diberikan “ubat cacing” Albendazole seperti di atas.
Ubat Albendazole ini adalah untuk menyingkirkan cacing dalam perut, kalau ada. Hanya perlu diminum 5ml sekali sahaja. Lepas tu, tunggula berak Hani ada hasil ke tidak..he he
Itu saja cerita pemeriksaan rutin Hani kali ni..
Leave a Reply