ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Menggunakan Simkad Altel Pertama Kali

Menggunakan Simkad Altel Pertama Kali

23Dec | 2014

23 December 2014 By ctfand 39 Comments

Sana sini orang berbicara tentang Altel. Antara yang aku baca, line nya mudah didapati di mana juga kita berada dan juga kelajuan internet yang mantap. Lebih-lebih lagi kalau kita menggunakan smartphone yang menyokong perkhidmatan 4G LTE dan berada di kawasan liputannya.

Aku nak juga mencuba simkad ini. Jadi, minggu lepas aku dah dapatkan nombor baru Altel untuk dicuba. Kalau performancenya bagus, mungkin aku gunakan simkad ini lebih lama.

Pening juga di peringkat permulaan nak mengaktifkan simkad. Mujur ada laman web Altel yang user friendly dan senang difahami.

Jadi berikut dikongsikan cara untuk mengaktifkan simkad Altel buat pertama kali, cara reload dan cara untuk melanggan internet Altel.

Mengaktifkankan Simkad Altel

1. Masukkan Simkad Altel ke dalam telefon

2. Dial apa juga nombor untuk mengaktifkan. Panggilan pertama ini akan terus mengaktifkan simkad Altel yang kita gunakan. Anda akan mendengar pemberitahuan baki kredit yang terdapat dapat sim dan tempoh tamat penggunaan.

3. Simkad telahpun berjaya diaktifkan.

Bagaimana Menambah Kredit Dalam Simkad Altel

Opsyen yang aku gunakan adalah topup secara online banking, iaitu melalui akaun CIMBClicks.

Pada akaun bank CIMBClicks anda, pilih Prepaid Topup dan topup seperti biasa.

Setelah topup secara online selesai, anda akan menerima sms seperti berikut:

topup altel
Terdapat 3 nombor tertera, nombor yang ketiga iaitu PIN# adalah nombor pin untuk topup atau reload.

Aku mula-mula confuse kat sini, tak tahu apa kegunaan nombor-nombor ni. Sebab pada kebiasaannya, contohnya seperti reload Digi Prepaid, amaun yang kita reload akan terus dimasukkan ke dalam simkad.

Tapi lain pula dengan Altel ini, di mana kita perlu reload secara manual kerana kita hanya akan menerima nombor pin reload seperti di atas setelah reload secara online banking dibuat.

Seperti dinyatakan tadi, kenal pasti nombor untuk reload iaitu PIN#. Seterusnya, dial nombor yang tertera iaitu 0193000910 dan ikut arahan suara untuk topup.

Setelah pin berjaya dimasukkan, anda akan menerima sms seperti di bawah ini.

reload altel

Dalam kes aku, aku dapat bonus RM3.00 untuk reload pertama kali ini. Terima kasih Altel!

Anda dahpun berjaya menambah nilai kredit.

Satu lagi cara mudah untuk reload prepaid Altel adalah dengan mendial *122*nombor-pin-16-digit-anda#

**UPDATE 17 Februari 2015

Reload melalui CIMB Bank akan terus dikreditkan ke simkad tanpa perlu membuat tindakan reload manual seperti gambar yang ditunjukkan di atas tadi.

Bagaimana Melanggan Pakej Internet Altel

internet Altel

Buat masa ini terdapat 5 plan internet Altel iaitu seperti gambar di atas.

Untuk melanggan plan internet Altel, hanya taipkan plan yang kita inginkan dan hantar ke 25835. Contohnya, taip MB 2gb seperti gambar di bawah ini.

prepaid internet altel

Anda akan menerima mesej pengesahan seperti di atas. Reply semula MB YES ke nombor yang sama.

Anda akan menerima pula mesej seperti ini.

internet prepaid altel

Anda dah pun berjaya melanggan pakej internet Altel!

Jika kuota internet Altel anda habis, anda hanya perlu menggunakan kaedah yang sama untuk melanggan pembaharuan kuota internet.

Kalau anda ada pertanyaan atau ingin bertukar pendapat tentang Altel, kongsikan saja di dalam ruangan komen di bawah.. 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: aktifkan simkad Altel, Altel, cara reload Altel, cara topup Altel, internet prepaid Altel, langgan internet Altel, pelan internet altel, prepaid altel

Comments

  1. anuar

    24 December 2014 at 8:05 am

    Wah.. ada keluar Sim kad baru lagi.. baru first time dengar pasal sim kad ni.. terima kasih di atas perkongsian info. .

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 10:13 am

      Sama-sama..org kata Altel best.. Tu yg nak cuba tu.. 🙂

      Reply
  2. suri

    24 December 2014 at 11:43 am

    setakat ini cahayacinta pakai yang lama hee..itu satu pengalaman yang baru ya sis

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 1:02 pm

      betul2.. kita cuba2 je dulu.. he he.

      Reply
  3. emalinmohd

    24 December 2014 at 12:19 pm

    Saya Ada satu sim kad altel. Ada orang bagi. Kalau ok bolehlah Pakai 🙂

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 1:02 pm

      wahh..syoklah dapat free… so far ok jugak Altel ni saya pakai…

      Reply
  4. JMR

    24 December 2014 at 2:37 pm

    makin ramai yang guna altel skang ni..mungkin lebih berbaloi kot kan

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 5:07 pm

      boleh tahan.. tapi performance sebenar belum teruji sebab smartphone saya tidak menyokong 4G LTE buat masa ni..

      Reply
  5. Mummydearie

    24 December 2014 at 3:14 pm

    Inilah puncanya saya tukar nombor telefon. Dengar kata memang laju berdesup internetnya. Masa tu nak mencari simcard Altel ni pun siksa. Pergi ke LowYat berpusing-pusing turun naik tangga tak jumpa. Akhirnya tengah berjalan di Wangsa Walk ternampak kedai menjual simcard Altel. Teruslah pergi. Kedai pertama menjual dengan harga RM40. Nasib baik tak terus beli. Jalan-jalan lagi nampak kedai yang jual dengan harga RM8 je. Teruslah beli 2 nombor. Mula-mula pakai memang berdesup laju. Lepas tu, mulalah semput linenya. Tak tahu kenapa. Sekarang dah tukar ke Celcom semula.

    Reply
    • ctfand

      24 December 2014 at 5:08 pm

      kadang-kadang..ada juga semputnya Altel ni.. ada pros n cons dengan Maxis dan Digi yang pernah saya guna.. kita tengok lagi nanti macamana.

      Reply
  6. aidamia

    9 March 2015 at 12:48 pm

    Assalamualaikum sis, saya pengguna no altel. Saya nak tanya macam mana saya nak aktifkan semula no altel saya? No altel saya sekarang sudah tidak aktif kerana lambat topup (maklumlah masa tu susah untuk saya mencari topup altel)

    Reply
    • ctfand

      9 March 2015 at 5:27 pm

      Salam..saya tiada maklumat tentang pengaktifan semula nombor Altel. Tapi, banyak perkara perlu diambil kira samada nombor boleh activate kembali atau tidak. Antaranya tempoh berapa lama tidak aktif. Setakat pengetahuan saya, rata-rata telco mengehadkan tempoh paling lama tidak aktif sebelum boleh reactivate semula adalah dalam tempoh 3 bulan. Lebih daripada itu biasanya dah tak boleh reactivate. Walau bagaimanapun, saya akan kongsikan jika ada maklumat tepat tentang hal ini.

      Sementara itu, saya cadangkan aina menghubungi Altel sendiri di talian 13388 atau menulis di ruangan Contact Altel di link ini http://www.altel.my/en/contact

      Reply
      • syaqer johari

        11 April 2015 at 9:09 am

        Salam puan . Saya nak bertanya pada puan satu soalan . Topup altel nii boleh share ke..?

        Reply
        • ctfand

          11 April 2015 at 9:31 am

          Salam.. Boleh! 🙂 Dial *102# kemudian pilih 6. Boleh share atau request..

          Reply
  7. d0d0l.com

    19 May 2015 at 1:55 pm

    baru tukar network dari celcom ke altel. agak laju kalau gajet support 4G. tapi agak mengecewakan apabila dikenakan caj PPU bila kuota internet habis even tempoh langganan masih ada lagi. 2×5 sama dengan celcom. contohnya langgan pelan internet sebulan, tapi habis quota dalam tempoh seminggu. baki 3 minggu kena caj PPU kalau tak topup internet. ini sangat berbeza dengan Maxis & Digi dimana kita masih boleh guna internet untuk baki 3 minggu tapi dengan kadar perlahan sampai tamat tempoh langganan. so, memang jimat internet kalau guna Maxis/Digi. sekarang nie rasa macam nak tukar dari Altel ke Digi.

    Reply
    • ctfand

      22 May 2015 at 10:02 pm

      Oo..baru tau. Saya tak perasan ttg hal tu tu..sebab biasanya baki 200mb pun saya dah gelabah dan cepat2 topup..sbb tak nak kena PPU yg mahal tu..

      Reply
  8. titan

    21 May 2015 at 9:20 am

    masih kekal dengan celcom dan digi.

    cover antara satu sama lain.

    Reply
    • ctfand

      22 May 2015 at 9:59 pm

      Saya pulak yg altel ni backup kepada main line Maxis forever..he he

      Reply
  9. stark.onexox.im

    10 June 2015 at 7:15 am

    Bertukar je ke onexox. Internet laju tiada caj ppu. Panggilan pon murah. Lbh jimat dgn onexox… ???

    Reply
  10. Khairil Mazri

    10 June 2015 at 9:15 pm

    pernah mencuba talian Altel, cuma komitmen (nombor) terlampau banyak sampai nombor Altel terus mati saja.

    Line bagus, melayari internet pun laju macam Superman, jangka hayatnya sangat panjang.

    kelemahannya, kalau tak topap sebulan lepas tu terus deactivate.

    Reply
    • ctfand

      13 June 2015 at 4:55 pm

      Buat masa ni saya tengok performance Altel mantap. Dah 6 bulan pakai sebagai backup..

      Reply
  11. Shahrul Mizan

    13 June 2015 at 4:26 pm

    Sy punya sim altel dh tk active..mcm mna nk aktifkn blik?

    Reply
    • ctfand

      13 June 2015 at 4:57 pm

      Banyak nak kena tengok tu. antaranya dah berapa lama tak active. Kalau lebih 3 bulan biasanya tak boleh buat apa2, dan nombor burn begitu saja. Utk lebih jelas, hubungi terus helpline Altel. Masuk ke Altel.my utk keterangan / info lanjut.

      Reply
  12. Amir

    15 June 2015 at 9:36 am

    Salam.. saya tgk altel mcm bgus je. Tapi skrg nie pakai magic sim dari xpax. Internet kalau 3g blh sampai 2MB lebih. Kalau 4g 10MB keatas. Tapi magic sim nie tak banyak bonus. Internet murah call pon murah 12sen/min, tapi sms 12sen/min dan tak de friends and family pon. Tapi tak kene PPU. Tgk mcm mahal je altel nie. Rse nak tkr ke umobile tp umobile tak banyak coverage. Mintak pendapat rse2 ptt x sy tkr pd altel.

    Reply
    • ctfand

      15 June 2015 at 10:47 am

      Salam.. Saya tak aware sangat dengan rate panggilan Altel, sebab Altel hanya sebagai backup saya. biasanya saya buat panggilan dgn talian utama saya iaitu Maxis Postpaid.

      Tapi bagi connection internet, saya sgt puas hati. Saya skg menggunakan internet 3gb rm58 sebulan. Disebabkan dia juga menggunakan Celcom, capaian talian terutamanya internet sentiasa ada termasuk di kampung saya yg mana Maxis atau Digi susah nak dapat 3G.

      Boleh cuba dulu sebulan.. 🙂

      Reply
  13. Amir

    15 June 2015 at 9:41 am

    yg 2MB untuk 3g tu kelajuan/speed download ye
    yg 10MB tu pon sme kelajuan/speed download

    Reply
  14. azlina

    16 June 2015 at 6:51 pm

    try la guna toneexcel lagi cepat…..rm95 je.

    Reply
  15. Haris

    20 September 2015 at 8:11 pm

    Nk tny sikit, kalau beli internet 1 gb tapi pakai 500 mb jer dh expired….boleh sambung lagi ker yg 500 mb yg lebih tu….ke terbuang mcm tu jer

    Reply
    • ctfand

      20 September 2015 at 8:22 pm

      Akan tamat bila expired dan tak boleh carry forward.

      Reply
  16. Haris

    20 September 2015 at 8:47 pm

    Kalau bukak jer data connections tanpa beli mobile broadband…boleh ker?
    Ade kene caj ape2 ker?

    Reply
    • ctfand

      20 September 2015 at 9:40 pm

      Akan jadi pay per use..lagi mahal. Nanti dia akan potong dari baki kredit (call/sms) yang ada. Lebih baik beli plan data/internet siap2.

      Reply
  17. epong

    18 December 2015 at 3:32 pm

    altel 365, cuma rm28 saja untuk 365hari. untuk siapa yg tak banyak call/internet cuma tunggu call masuk saja bole la pakai pakej ni.

    Reply
    • ctfand

      18 December 2015 at 7:01 pm

      Oo..ni macam Super Long Live yang Digi buat dulu..setahun. Terima kasih kerana berkongsi..

      Reply
  18. nad

    20 October 2016 at 1:49 pm

    Bestnye… Kalau nk tukar simkad altel boleh ke kekalkn no lame tapi no tu dh tarikh luput?

    Reply
    • ctfand

      20 October 2016 at 10:23 pm

      Kalau dah luput, iaitu lebih 3 bulan tak aktif..nombor tak boleh pakai dah biasanya. Utk kepastian, try call customer service altel.

      Reply
  19. Pengguna kesal

    27 November 2016 at 11:55 pm

    Altel tak bagus

    Reply
    • ctfand

      15 December 2016 at 8:51 pm

      Ada pasang surutnya.. 😀

      Reply
  20. Ain

    30 November 2016 at 3:03 pm

    Ada basic tak???

    Reply
    • ctfand

      30 November 2016 at 4:35 pm

      Maaf sy kurang jelas..basic apa ya..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d