ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / Ke IOI City Mall, Putrajaya

Ke IOI City Mall, Putrajaya

6Dec | 2014

6 December 2014 By ctfand 4 Comments

Penat. Kami baru balik dari IOI City Mall. Tujuan utama, meninjau apa yang ada dan “ambik feel” terutama lokasi parking..he he.
IMG_8531.JPG

Tengok lah Hani. Dia pun excited. Asyik tunjuk sana sini. Ada je yang menarik perhatian dia.

IMG_8524.JPG

ioi city mall

Kebetulan dah tengahari..kami terus cari tempat makan. Banyak kedai makan ada, fast food seperti biasa, mesti ada. KFC, McDonald, PizzaHut. Yang lain-lain, restoran Teh Tarik, Pak Hailam Kopitiam, Black Canyon Coffee, Chicken Rice Shop dan banyak lagi yang aku tak ingat. Kami decide makan di Black Canyon..favourite kot..

IMG_8525.JPG

Ni makanan Hani yang aku bawa dari rumah. Mashed baby carrot with cheese.

Selesai makan, kami menjelajah ke seluruh IOI City Mall..sampai ke tingkat 2. Ramai manusia walaupun baru 2 minggu buka.

Mula-mula, kami masuk ke Home Pro yang menyediakan kelengkapan rumah. Lengkap. Semua ada. Barangan dari luar sampai lah dalam rumah. Bagus. Next time kalau perlu apa-apa kelengkapan rumah boleh datang sini. Home Pro ni di aras LG..satu aras dengan kedai-kedai makan.

IMG_8529.JPG

Lepas tu kami singgah di kedai Machines..nak ambik feel iPhone 6 dan 6 Plus katanya..hihi. Machines ni authorize dealer Apple. Belek-belek iPhone 6 plus, macam besar sangat aku rasa. Iphone 6 tu just nice.. Tau dah keputusannya di situ.

IMG_8527-1.JPG

Kami terus ronda lagi. Nampak pula Toys R Us. Masuk lah ke dalam.. Aku biarkan suami carikan apa yang Kimi nak. Aku dan Hani menunggu ditepi. Tidur dah Hani masa tu.

IMG_8528-1.JPG

Masa naik setiap tingkat, kami menggunakan escalator..sebab nak ronda betul-betul kan. Agak-agak dah habis ronda semua, kami turun dengan lif. Lagipun susah nak turun escalator dengan stroller.

Kesimpulannya, dengan adanya IOI City Mall di Putrajaya ni, kami dah tak perlu pergi ke Mid Valley atau Viva Home lagi. Bagus sangat. Dekat.

Lagi satu, akhirnya penduduk Putrajaya dan sekitarnya dah ada tempat lain nak pergi selain Alamanda. Dah ada pilihan..

Anda dah pergi belum? Kalau belum dan lokasi dekat, bolehlah pergi nanti..

Untuk maklumat lanjut tentang IOI City Mall, masuk ke laman web mall ini di www.ioicitymall.com.my

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum Tagged With: Apple Machine, Black Canyon, Home Pro, IOI City Mall Putrajaya, restoran di IOI City Mall, Toys R US

Comments

  1. Mummydearie

    9 December 2014 at 12:32 pm

    Dah sampai juga ke IOI CityMall ni, Fand. Pada saya not much to see kecuali ice skating. Kalau outlets tu kat KL pun melambak boleh cari. Maybe pada warga Putrajaya untunglah. Tak perlu turun KL lagi. Ada pilihan selain Alamanda.

    Nasib baik masa saya pergi tak crowded sangat sebab lepas kerja hari Jumaat terus zoom ke sana. Itupun dah pening kepala nak start kat mana dulu ^_^

    Reply
    • ctfand

      9 December 2014 at 12:46 pm

      Kat hujung tu ada macam theme park kan MD..? Ramai org hari tu.. Ingat nak pergi situ nanti dgn anak2.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. Tasya

    16 December 2014 at 1:08 pm

    Salam perkenalan fand.

    Tasya belum sampai lagi ke IOI City MAll ni
    tapi kawan-kawan yg dah berkesempatan ke sana kata tempatnya luas
    sampai lenguh kaki nak berjalan hehe

    Yup lepas ni ade option lainla org putrajaya.tadela semua tertumpu ke alamanda. Tq for this sharing. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      16 December 2014 at 5:20 pm

      sama-sama..bolehlah tasya berkunjung bila ada masa dan kesempatan nanti.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d