Hari ni hari lahir ayah aku, yang kami panggil “Babah”, yang ke-63 tahun. Alhamdulillah..panjang umur Babah.
Malam tadi, abang dan adik-adik aku di kampung dah sambut sederhana birthday Babah.. Aku pula, cuma sampaikan ucapan melalui telefon pagi tadi. Walaupun hanya ucapan, tapi ingatan tu pasti bermakna buat Babah..
Dan aku baru tahu juga rupanya Babah berkongsi tarikh kelahiran dengan Allahyarham Mokhtar Dahari atau SuperMokh pada hari ini.. Tau dari website Google dengan Doodle special tribute to SuperMokh. Semestinya Babah adalah peminat bola sepak walaupun dah kurang aktif macam dulu-dulu.
Walaupun dah berumur, Babah jarang sekali sakit. Setakat demam selsema biasa tu adalah. Pastinya disebabkan Babah yang sentiasa aktif dan suka buat kerja. Jarang boleh nampak Babah rehat-rehat di rumah pada waktu siang.
Babah ada kebun..jadi banyak masa dihabiskan di sana, lebih-lebih lagi setelah Babah bersara. Awal-awal pagi lagi Babah dah ke kebun, dan balik menjelang tengahari. Kadang-kadang, kalau banyak sangat benda nak dibuat di ladang, Babah balik petang. Kebun Babah ni macam2 ada..satu lot ditanam kelapa sawit , ada pisang, ubi kayu, mangga, sayuran dan macam-macam lagi. (Tiba-tiba aku rindu nak balik kampung) tsk..tsk..
Babah yang aku kenal memang seorang yang sangat bersungguh-sungguh dan sangat rajin, serta punya komitmen yang tinggi dalam apa juga yang dia lakukan.
Ayat paling aku ingat dari Babah, “kalau kamu buat hal, lucutkan bin dan binti nama aku di belakang nama kamu tu”. Dalamm…
Babah dulu masa aku kecik-kecik, sangat garang orangnya. Satu kampung tahu kegarangan Babah..he he. Aku rasa setiap orang di kampung aku tu ada kenangan pahit dengan Babah.. 😆 Sebilah rotan wajib tergantung di dinding rumah. Kebetulan Babah dulu adalah guru disiplin di sekolah..haa..siap. Dengan kami adik-beradik sekali kena jaga disiplin.. Salah sikit, birat le kaki..ha ha. Garang tak garang tu..
Tapi itu semua dulu. Sekarang Babah dah tak garang. Dah boleh diusik dan diajak bergurau. Kalau dulu, makcik-makcik pakcik-pakcik aku (adik beradik dan sepupu Babah) pun takut dengan Babah.
Babah sayang sangat pada Arwah Yanie. Babah ada pada hari Yanie pergi. Alhamdulillah, kekuatan Babah meresap dalam jiwa aku. Babah disisi menguatkan semangat aku. Aku tahu Babah pun sedih..tapi Babah tak tunjuk. Dan Babah bercakap penuh rasional.
Terima kasih kerana berada di sisi kami semasa Yanie pergi, Bah..
Sampai sekarang, Babah akan cuba mengelak untuk melihat gambar Yanie….boleh aku gambarkan kesedihan dalam hati Babah..
Itulah serba sedikit tentang orang tua ini yang aku panggil “Babah”. Banyak lagi cerita..tapi selebihnya biarlah aku simpan saja. Privacy satu hal, lagi satu kalau nak cerita semua memang takkan habis…
Aku doakan, dan mohon sama-sama doakan moga Babah ku ini dipanjangkan umur oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik… Semoga segala yang baik-baik juga dalam kehidupan Babah dan dipermudahkan setiap langkahnya oleh Allah..amiinnn…
Mummydearie
Happy belated birthday buat Babah Fand. Moga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Orang tua memang tak boleh duduk diam. Berbeza dengan kita ni. Kalau boleh rileks rasa nak rileks jek… Maybe tak cukup tua lagi kot ^_^
Untung masih ada ayah lagi, Fand. Ayah saya pergi ketika berusia 67 tahun. Oh, bila baca orang bercerita pasal ayah mereka, saya rasa sedih pulak. Kehilangan yang masih dirasai sampai kini walaupun dah lama berlalu….
ctfand
Saya takut juga menghadapi situadi spt itu..tp kena bersedia..sbb itulah ketentuan semua..
Terima kasih atas wish, MD..