ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / 20 November, Hari Ulangtahun Kelahiran Yanie

20 November, Hari Ulangtahun Kelahiran Yanie

20Nov | 2014

20 November 2014 By ctfand 10 Comments

Hari ni, hari ulangtahun kelahiran Yanie yang ke-4… Ibu mana yang tak tersentuh dengan tarikh kelahiran anak..tambah lagi bila anak itu dah pergi dijemput Ilahi..

Macam ni lah keadaan aku setiap kali dua tarikh penting ni menjelang..tarikh kelahiran Yanie dan tarikh pemergiannya..

Aku masih ingat lagi saat-saat hendak melahirkan Yanie 4 tahun lepas. Masih segar diingatan.

Hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang semasa kami hendak ke HKL. Masa tu dalam jam 12 malam.

Kelam kabut ke HKL. Mujur tengah malam, jadi jalan lengang..cepat sampai ke hospital.

Keesokan paginya, jam 8.14 pagi 20 November 2010, Yanie selamat dilahirkan.. Normal, sihat, cantik dan tiada cacat cela anak itu..

IMG_8339.JPGSiapa tahu rupanya perjalanan bidadari ku itu pendek…hanya sekali kami dapat menyambut hari lahirnya, iaitu pada 20 November 2011. 5 bulan selepas itu, Yanie pergi meninggalkan kami selama-lamanya…

Tak mengapalah, nak…ada hikmah di atas semua yang berlaku… Moga diizinkan Allah pertemuan kita di sana nanti..wallahu’alam…

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-4 tahun, anakku..Yanie..

Ini antara gambar semasa awal kelahiran Yanie

IMG_8340.JPG

IMG_8342.JPG

IMG_8341.JPG

IMG_8344.JPG

Yanie

Yanie semasa berumur 5 bulan

ulangtahun kelahiran

Tapak tangan Yanie semasa berumur setahun..

Video tribute ulangtahun kelahiran Yanie..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: yanie

Comments

  1. Mummydearie

    21 November 2014 at 11:19 am

    Fand, rasa sangat terharu membaca entri ni apalagi bila melihat tribute yang ibu tersayang buat untuk Yanie. Sebagai seorang ibu juga, saya boleh memahami keadaan yang harus Fand lalui; kehilangan seorang puteri yang comel. Walaupun saya tak pernah merasai, serius saya sangat terharu sehingga tak sedar menitis air mata nih.

    Saya ni baru kenal blog Fand tapi teringin sangat nak mengetahui perjalanan hidup Yanie yang singkat itu dan punca Fand kehilangannya. Tapi saya pun faham dan tak mahu Fand tersentuh hati mengingati saat-saat sedih itu berulangkali sekadar kerana pembaca blog yang ingin mengetahui kisah arwah Yanie.

    Selamat Ulangtahun Yanie! … kalaulah masih panjang umurnya tentu comel anak dara Fand ni.

    Semoga Yanie tenang di sana ….

    Reply
    • ctfand

      21 November 2014 at 11:24 am

      Terima kasih kerana memahami MD.. Mmg sy belum kongsikan di sini secara terperinci ttg peristiwa pemergian Yanie.. Yanie sebenarnya menghidap brain tumor…

      Reply
  2. Eellee Nana

    21 November 2014 at 8:57 pm

    Al-Fatihah untuk yanie. Sebak rasa baca kisah sis. Harapnya sis tabah hadapinya

    Reply
    • ctfand

      21 November 2014 at 8:58 pm

      Terima kasih, Eellee..

      Reply
  3. sazalea

    27 November 2014 at 1:16 pm

    Assalamualaikum. .takziah..sedih membaca entri ini..walaupun x merasai kehilangan sebegitummtp sbg seorg ibu dah terbayang betapa sedihnye kehilangan anak tersayang yg belum puas dibelai..diberi kasih sayang..apapun tahniah kerana sekurang kurangnya puan dah ada yg dapat membantu di alam akhirat nanti..kerana puan dah memiliki wildan yg setia menanti puan suami isteri..

    Reply
    • ctfand

      27 November 2014 at 2:15 pm

      Waalaikumussalam…terima kasih puan sazalea.. begitulah keadaannya.. sedih, tapi kena kuatkan hati dan semat dijiwa yang Yanie menunggu saya di sana….

      Reply
  4. otie

    27 November 2014 at 7:18 pm

    Sedihnya baca entri ne..Takziah kak..kuatkan semangat dan doa byk2 k..ada hikmah disebalik semua yg terjadi kak

    Reply
    • ctfand

      28 November 2014 at 3:46 pm

      Terima kasih, otie..

      Reply
  5. Emma

    27 December 2016 at 9:02 pm

    Sayu, syahdu, membaca kisah2 arwah. Tersentuh hati saya kak. Even saya cuma terbaca blog akak menenai preskripsi ubat, lepastu terbaca seakan akak ada hilang seorang anak. Baca punya baca, mengalir airmata. Kalau buat novel, mesti ramai pembaca menangis. Tabahlah akak, yanie tunggu akak disyurga. 🙂 Salam kenal 🙂

    Reply
    • ctfand

      11 January 2017 at 11:44 pm

      terima kasih kerana memahami. entri mengenai pemergian arwah ada tersimpan dalam draf..belum ada kekuatan untuk bercerita semula..

      salam kenal juga..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d