ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Negeri 2015

Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Negeri 2015

9Oct | 2014

9 October 2014 By ctfand 6 Comments

Pemberitahuan penetapan tarikh Hari Kelepasan Am atau cuti umum dan cuti negeri 2015 telahpun dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaaan, Jabatan Perdana Menteri.

Berikut adalah ringkasan tarikh-tarikh cuti umum dan cuti negeri  bagi tahun 2015 mengikut bulan:

Sebelum itu, mohon ambil maklum bahawa:

* Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) bagi tahun 2015 akan disambut 2 kali iaitu pada 3 Januari 2015 dan 24 Disember 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); dan

* Hari Wesak bagi tahun 2015 telah ditetapkan pada 3 Mei 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Persatuan Buddhist Malaysia.

Januari

1 Januari (Khamis) – Cuti Tahun Baru 2015 *Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu

3 Januari (Sabtu) – Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

14 Januari (Rabu) – Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan *Untuk Negeri Sembilan sahaja

18 Januari (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah *Untuk Kedah sahaja

Februari

1 Februari (Ahad) – Hari Wilayah Persekutuan *Untuk Kuala Lumpur (KL), Putrajaya dan Labuan sahaja

3 Februari (Selasa) – Hari Thaipusam *Untuk KL, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pualu Pinang dan Selangor sahaja.

19 dan 20 Februari (Khamis dan Jumaat) – Hari Tahun Baru Cina (2 hari) *Untuk semua Negeri. Bagaimanapun mohon pencerahan bagi mereka yang berada di Negeri Kelantan dan Terengganu untuk cuti hari kedua.

Mac

4 Mac (Rabu) – Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu *Untuk Terengganu sahaja.

April

3 April (Jumaat) – Good Friday *Untuk Sabah dan Sarawak sahaja

15 April (Rabu) – Hari Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah *Untuk Melaka sahaja

26 April (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu *Untuk Terengganu sahaja

Mei

1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja

3 Mei (Ahad) – Hari Wesak

7 Mei (Khamis) – Hari Hol *Untuk Pahang sahaja

16 Mei (Sabtu) – Israk dan Mikraj *Untuk Kedah, Negeri Sembilan, Perlis sahaja

17 Mei (Ahad) – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis *Untuk Perlis sahaja

30 dan 31 Mei (Sabtu dan Ahad) – Pesta Keamatan (Pesta Menuai) *Untuk Sabah dan Labuan sahaja

Jun

1 dan 2 Jun (Isnin dan Selasa) – Hari Gawai Dayak *Untuk Sarawak sahaja

6 Jun (Sabtu) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

18 Jun (Khamis) – Awal Ramadan *Untuk Johor, Kedah, Melaka sahaja

Julai

4 Julai (Sabtu) – Hari Nuzul Quran *Kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak

7 Julai (Selasa) – Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia *Untuk Pulau Pinang sahaja

11 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang *Untuk Pulau Pinang sahaja

17 dan 18 Julai (Jumaat dan Sabtu) – Hari Raya Puasa (Hari pertama dan kedua) ##Tertakluk kepada perubahan

Ogos

31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan

September

12 September (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak *Untuk Sarawak sahaja

16 September (Rabu) – Hari Malaysia

24 September (Khamis) – Hari Raya Qurban ##Tertakluk kepada perubahan

25 September (Jumaat) – Hari Raya Qurban (Hari kedua) *Untuk Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja ##Tertakluk kepada perubahan

Oktober

3 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah *Untuk Sabah sahaja

9 Oktober (Jumaat) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka *Untuk Melaka sahaja

14 Oktober (Rabu) – Awal Muharram (Maal Hijrah)

24 Oktober (Sabtu) – Hari Keputeraan Sultan Pahang *Untuk Pahang sahaja

November

10 November (Selasa) – Hari Deepavali ##Tertakluk kepada perubahan

11 dan 12 November (Rabu dan Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan *Kelantan sahaja

18 November (Rabu) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar *Untuk Johor sahaja

22 November (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Johor *Untuk Johor sahaja

27 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak *Untuk Perak sahaja

Disember

11 Disember (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Selangor *Untuk Selangor sahaja

24 Disember (Khamis) – Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

25 Disember (Jumaat) – Hari Krismas

 

Tarikh yang dinyatakan adalah sah pada tarikh entri ini. Untuk memuat turun dokumen jadual cuti umum ataupun Hari Kelepasan 2015 anda hanya perlu klik link ini : Jadual Cuti Umum / Hari Kelepasan Am 2015

Sumber maklumat adalah dari Laman Web Bahagian Kabinet.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: cuti am, cuti am 2015, cuti negeri, cuti negeri 2015, cuti umum, cuti umum 2015, tarikh cuti 2015, tarikh cuti am 2015, tarikh cuti negeri 2015, tarikh cuti umum 2015

Comments

  1. Kisah si Dairy

    9 October 2014 at 12:59 pm

    boleh la buat planner untuk tahun depan nie

    Reply
    • ctfand

      10 October 2014 at 8:21 am

      Betul2..

      Reply
  2. ayu

    10 October 2014 at 8:19 am

    hobi betul nengok cuti ni.ehhehe

    Reply
    • ctfand

      10 October 2014 at 8:20 am

      Kaann..he he

      Reply
  3. Mummydearie

    10 October 2014 at 10:35 am

    Banyak betul cuti bersambung. Bolehlah plan dari awal. Di section saya, cuti serentak tak boleh diambil lebih dari 2 staff. So senang sikitlah nak plan macam ni. Yang jatuh bersambung dengan hujung minggu tu, dah jimat cuti tak payah nak ambil banyak2.

    Reply
  4. Hairul Azni

    13 October 2014 at 1:14 pm

    Terima kasih..info berguna ni..kalau bab2 cuti memang sangat penting.. 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d