ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Skrin Laptop Lenovo Pecah

Skrin Laptop Lenovo Pecah

20Oct | 2014

20 October 2014 By ctfand 29 Comments

Dah selesai pun.. 🙂

Kejadian berlaku pada petang Sabtu tu. Sedang aku sibuk buat persiapan makan malam di dapur, tiba-tiba terdengar suara Hani merengek, macam kesakitan. Cepat-cepat aku masuk dalam.

Rupanya, dia dah terduduk dan laptop jatuh dekat kaki dia. Laptop tu biasa aku letak kat sofa. Masa tu tengah charging. Hani mungkin dah tarikh wayar charger sampai laptop jatuh atas lantai. Aku agak ajelah, aku pun tak nampak dia buat apa dengan laptop tu masa tu.

Selepas aku tenangkan Hani dan beri dia kepada suami..aku dapatkan laptop atas lantai. Bila aku hidupkan, view skrin dah terbahagi dua, dengan line di tengah-tengahnya. Hanya sebelah kanan boleh nampak. Yang sebelah kiri hanya warna putih kelihatan. Mula-mula aku sangkakan kerosakan sementara. Bila suami suruh restart balik, skrin tetap macam tu…

Bila perhati betul-betul, rupanya skrin laptop Lenovo aku tu dah pecah! Ada retakan di bahagian bawah sebelah kiri skrin, dekat dengan start-up seperti di bawah ni. Kawasan retakan berwarna hitam. Tak tahulah Hani dah ketuk dengan apa laptop tu. Maaflah, yang kat bawah ni gambar selepas dah di baiki. Gambar semasa rosak aku tak sempat / lupa nak ambik. Terkejut sangat kot!

IMG_8170.JPG

Kos Membaiki Skrin Pecah

Petang tu jugak sekitar jam 6.00 petang, suami bergegas bawak laptop aku ke The Mines, Seri Kembangan. Suami tau betapa aku dan laptop tak dapat dipisahkan..dan tau betapa pentingnya laptop tu pada aku. Risau katanya tengok aku termenung sebab memikirkan laptop rosak..he he..

Di The Mines, kos baik pulih untuk tukar skrin laptop Lenovo dalam RM300 lebih! Dah tu, tak boleh buat terus katanya. Kena tunggu dapat stok yang baru nak order pada hari Isnin..erk

Mujur aku dah pesan kat suami, make sure bole dapat terus dan tak nak mereka simpan. Sebab laptop aku tu banyak sangat data. Data apa, rahsia. Tu tak termasuk gambar anak-anak especially arwah Yanie..

Akhirnya, pulanglah suami aku dengan sedikit frust sebab laptop belum dibaiki. Aku okkan aje lah. Tak apalah..esok nak bawak ke Low Yat kata suami.

Keesokan harinya, suami dan Kimi ke Plaza Low Yat naik tren. Naik Star LRT dari Stesen Sungai Besi ke Hang Tuah, kemudian ke Stesen Imbi dengan Monorail.

Di Low Yat, ada satu kedai tu boleh buat terus sebab memang ada part. Godek-godek, belek-belek, tak sampai 15 minit siap! Kos baik pulih? RM180 sahaja! Jauh beza harga dia.

Lega laptop dah pulih seperti sedia kala. Ke situlah belanja pertama tak terancang aku bulan ni. Nak buat macam mana. Kena baiki jugak sebab aku ada projek khas dengan laptop aku tu..projek keluarga.. 🙂

Laptop Lenovo S100 ni tak adalah high end sangat. Aku pakai pun untuk apa sangat…asalkan boleh pakai. Tapi bila dah rosak tu, menggelabah lah jugak.. he he.

Tak apa, ada pengalaman skrin laptop pecah. Kalau berlaku lagi benda seumpama, tahu dah nak pergi mana..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: kos membaiki skrin laptop, Lenovo S100, Plaza Low Yat, skrin laptop pecah, skrin Lenovo pecah

Comments

  1. Kisah si Dairy

    20 October 2014 at 4:38 pm

    sangat berbeza harganya..nasib baik tak terus hantar kat kedai tu kan..

    Reply
    • ctfand

      20 October 2014 at 4:49 pm

      betul Ida. lebih kurang separuh harga beza..

      Reply
      • kaknor

        7 January 2015 at 5:55 am

        Salam … Boleh tolong BG nama kedai kat lowyatt yg repair skrin laptop..urgent Sgt..dah tanya byk tempt semuat.more than rm300. Pls reply soon or call me 0173337154.

        Reply
        • ctfand

          7 January 2015 at 6:24 am

          Salam..maaf puan. Seperti komen saya di atas, suami saya tak ingat nama kedai. Apapun saya cadangkan puan datang terus ke sana, di aras 2 atau 3, dan tanya direct dengan mereka ttg kos baiki kerosakan komputer milik puan. Saya minta maaf kalau kurang membantu..

          Reply
  2. Sally Yatiey

    20 October 2014 at 9:18 pm

    Okay jugak harga baiki rm180 tu kan..

    Reply
    • ctfand

      20 October 2014 at 11:45 pm

      Murah berbanding yg first tu.. Sebenarnya, akak pun tak tau kos baik pulih yg ideal berapa..pertama kali dpt pengalaman ni.. 🙂

      Reply
  3. Jari Manis

    21 October 2014 at 8:05 am

    Ct Fand..JM singgah sini…membalas kunjungan..Skrin Laptop mmg sensitif sikit itu sbb perlu care sgt barang elektronik like komputer, laptop dan gadget. Tapi Alhamdulillah si Hanis tu tak de apa2 kan

    Reply
    • ctfand

      21 October 2014 at 8:47 am

      Yup betul tu JM..terima kasih. Btw, sikecik tu namanya Hani.. 🙂

      Reply
  4. ema

    21 October 2014 at 8:43 am

    jauh bezanya harga tu….jauh sikit tempat baiki tapi kos murah sangat memadai kan.

    Reply
    • ctfand

      21 October 2014 at 7:08 pm

      A’ah..jauh..mujur ada connecting train..jadi dpt pendekkan masa 🙂

      Reply
  5. Zaza Abdul Latif

    21 October 2014 at 10:40 am

    Fuhhh nasib baik dapat repair.. kalau tak boleh repair mau kena beli full set yang baru.. hehehe..
    psstt.. Hani mama awak marah awak tak sebab jatuhkan laptop?? hehehehe

    Reply
    • ctfand

      21 October 2014 at 11:35 am

      Kann..baru plan nak ambik 14″ hehe.. psst: kak zaza hani kata mama tak marah sbb salah dia letak merata…hihihi

      Reply
  6. syarina

    21 October 2014 at 4:39 pm

    nasib baik lappy ok balik…n kos tu ok la kan…saya dlu pernah rosak jugak..lappy lama..acer…tp syg sgt….tulang belakang skrin patah…lps baiki, ok kejap..lps tu xleh selamat dh…kedai pun dh xde spare part coz lappy lama…solution, beli lappy baru…yg lama tu amk hard disk,jadikan portable hard disk…hehe =)

    Reply
    • ctfand

      21 October 2014 at 7:10 pm

      Kalau dah mmg lama sgt kena jugak tukar kot..sambil2 ambik aura gajet baru. Tp nampaknya next time..he he

      Reply
  7. reezluv

    21 October 2014 at 10:40 pm

    oho..tak pernah jadi lagi..laptop lama pun elok lagi nampaknya 😀

    Reply
    • ctfand

      24 October 2014 at 11:11 am

      tuan memang cermat.. 🙂

      Reply
  8. Mama Amir

    22 October 2014 at 4:15 pm

    Alhamdulillah, hani tak pape, lappy pon dah ok…ok gak cerita…sekurangnya saya pon bole choice law yat pada masa akan datang..in case…^_^

    Reply
    • ctfand

      24 October 2014 at 11:11 am

      terima kasih mama amir.. ada juga info berguna dalam cerita kan…he he

      Reply
  9. titan

    24 October 2014 at 8:30 pm

    haiya..

    macam mana bulih pecah ini laptop punya skirnn..

    Reply
    • ctfand

      26 October 2014 at 11:32 pm

      hihi..careless tuan.. tobat dah.. 😀

      Reply
  10. Mummydearie

    27 October 2014 at 9:35 am

    Jauh beza kos membaikinya. Nasib baik Fand bersabar dan sempat suami bawa laptop tu ke Low Yat untuk diperbaiki. Kalau tidak, terbang RM300 dari poket!

    Reply
    • ctfand

      27 October 2014 at 11:38 pm

      Betul MD..kalau tak menyabar memang rugi saya..

      Reply
  11. ayu

    29 October 2014 at 9:36 pm

    Ada anak cmtu la kan kak. Kawan ayu ada anak kecil..spec dia da 3x kena patah.hehe

    Reply
    • ctfand

      30 October 2014 at 4:38 pm

      Oo yg tu akak blm ade pengalaman lagi 😀

      Reply
  12. fakhrullah

    4 January 2015 at 6:29 pm

    Kak..bgtaw sy kedai ape kat low yatt..kdai tingkat berapa???

    Reply
    • ctfand

      4 January 2015 at 11:21 pm

      Suami tak ingat sangat di tingkat brp, 2 atau 3. Nama kedai pun tak ingat.. Kedudukan kedai sebelah dalam / belakang dia kata..

      Reply
  13. ahmadhuzaifieazman

    24 December 2016 at 3:56 pm

    Rasanya kedai tu ada lagi tak?

    Reply
    • ctfand

      24 December 2016 at 4:28 pm

      Tak pastilah pulak. Dah lama tak turun lowyat..

      Reply
  14. unknown

    2 March 2018 at 11:38 pm

    assalam. nak tnya. kalau baiki screen tu. brg yg ada dalam laptop takkan hilang ke ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d