ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Menjawab Borang Soal Selidik

Menjawab Borang Soal Selidik

14Oct | 2014

14 October 2014 By ctfand 5 Comments

Dapat permintaan dari admin pejabat aku untuk mengisi satu borang soal selidik. Soal selidik adalah berkaitan wanita berkerja, pengurusan kerja dan pengurusan keluarga dan rumah tangga.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah kerja bawa ke rumah, masalah rumah ke tempat kerja, kadar stress, kadar kepuasan bekerja dan kadar kualiti kehidupan di rumah.

Aku tertarik dengan satu soalan berkaitan samada minat berkurangan untuk melakukan perkara-perkara yang digemari kerana kerja. Bagi aku, kesibukan atau apa pun masalah di pejabat tidak menghalang aku melakukan perkara-perkara yang aku minati. Juga tak menjejaskan keadaan aku di rumah dengan keluarga.

Kita ni kaum ibu, berjumpa dengan anak-anak adalah perkara yang paling ditunggu pada setiap hari.. Mereka lah penawar setelah seharian berhadapan pening di pejabat. At least pada aku lah..

Lagipun, pengalaman berhadapan dengan kehilangan, membuat aku lebih dan sangat-sangat menghargai setiap masa dengan anak-anak..

IMG_8071-0.JPG

Sebagai tanda penghargaan, bakal pemegang Ph.D ini telah menghadiahkan kerongsang bunga ini. Tak pernah pula dapat cenderahati macam ni bila menjawab soal selidik. Lain kali korang kalau nak buat soal selidik, letak sekali saguhati macam ni, baru semangat nak mengisi borang tu..hihi

Didoakan moga saudari Atiqah berjaya dengan cemerlang nanti.. amiinn..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: kerongsang bunga, saguhati soal selidik, soal selidik, soal selidik phd

Comments

  1. Zaza Abdul Latif

    14 October 2014 at 4:14 pm

    betul kata Fand tu..
    quality time bersama keluarga adalah pentig.. dan kita perlu seimbang dgn kerja & keluarga.. apa2 pun family must come 1st

    Reply
    • ctfand

      14 October 2014 at 5:34 pm

      Tu lah dia kak..sama2 lah kita mengutamakan keluarga.

      Reply
  2. Mummydearie

    15 October 2014 at 11:48 am

    Betul tu, Fand. Mak-mak macam kita ni yang penting hari-hari dapat balik rumah tengok muka anak. Kerja penting tapi keluarga lagi penting. Saya tak pernah bawa balik kerja ke rumah dan rasanya tak pernah juga hal kerja mengganggu kosentrasi di rumah. Walaupun suka kerja, melayan anak-anak di rumah rasanya lagi best!

    Reply
    • ctfand

      15 October 2014 at 2:52 pm

      buat masa ni Alhamdulillah boleh dikira berapa kali saya bawa kerja ke rumah. seboleh2nya, biar kerja tinggal dipejabat saja..taknak campur aduk. lagipun tak terbuat kerja kalau dah asyik melayan tuan puteri hani dan hero saya tu..hihi

      Reply
  3. Jari Manis

    21 October 2014 at 8:09 am

    kalau jawab soal selidik di bergi ole2 camtu JM pun nak aahahaah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d