ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Ke Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur

Ke Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur

13Oct | 2014

13 October 2014 By ctfand 10 Comments

IMG_8088.JPG

Kami ke Taman Rama-Rama, KL petang Hari Raya Korban hari tu..pada 5 Oktober 2014. Orang sibuk beraya rumah orang..kami beraya kat Taman Rama-Rama..hehe. Seronok datang ke sini. Tenang fikiran tengok suasana hijau dalam taman dan rama-rama yang berwarna warni.

IMG_8100.JPG

Kimi seronok kejar rama-rama. Hani pulak tersengih je..mungkin tak faham. Sekali-sekala hulur tangan nak tangkap rama-rama bila bapa dia dekatkan dia dengan rama-rama.

IMG_8089.JPG

Mujur kali ni, aku bawa kamera besar sikit. Last time ambil gambar pakai iphone je. Gambar not bad jugaklah..tapi guna kamera besar lagi puas hati..walaupun setting dia aku bantai auto je..he he..

Oh ye..ini dah masuk kali kedua kami datang sini. Kali pertama dulu masa Kimi umur 4 tahun. Ada aku cerita di dalam entri ini. Gambar dah tak berapa menarik sebab post tu aku buat masa di blogspot dulu. Setting entri jadi kelam kabut bila di bawa ke WordPress.. Nak tengok jugak..klik je link tu.. 🙂

IMG_8084.JPG

Aku dan Hani

Sambung cerita, bayaran masuk ke Taman Rama-Rama ini adalah sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dari 2 hingga 12 tahun. Waktu operasi adalah pada setiap hari termasuk Hari Raya, dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Sebelum ke situ, aku call juga samada Isnin (6 Oktober) tu taman akan ditutup atau tidak. Rupanya dia kata, Hari Raya pun kami buka! Wah..syok sangat.. Tu sebab masa kami pergi tak ramai sangat orang. Local boleh di bilang. Mostly adalah pelancong dari luar.

taman rama-rama

Suka gambar ni..Kimi tengah berlari ke arah Hani dan bapanya..

Di bawah ni adalah antara gambar rama-rama yang aku ambil. Ada baaanyak lagi gambar yang aku ambil. Mungkin next entri aku letak. Takut berat pulak entri ni nanti kalau banyak sangat gambar. Kat sini biar fokus gambar-gambar kami dulu..

IMG_8108.JPGIMG_8121.JPG

Apesal ada gambar ikan pulak ni.. Sebenarnya ditengah-tengah taman ada kolam ikan. Kebetulan masa kami lalu kat tepi kolam, ada satu pasangan foreigner ni bawak makanan ikan dan dorang tengah bagi makan. Tu yang nampak ikan-ikan semua ada di permukaan air tu. Siap boleh pegang lagi..

IMG_8099.JPGIMG_8098.JPG

Di bawah ni pula gambar di dalam dewan pameran. Dewan pameran ni kita akan lalu selepas keluar dari taman. Sejuk sikit kat sini..lega, sebab ada aircond. Kat luar masa kitorang pusing-pusing tu, matahari tak ada, mendung.. tapi panas sebab tak ada angin..

IMG_8086.JPG

Macam nak panjat dinding je Hani.

IMG_8083.JPG

Berehat selepas penat berjalan-jalan di sekitar taman

Selepas lalu dewan pameran tu, sebenarnya kita akan melalui ruang untuk membeli souvenir. Turut dijual makanan dan minuman ringan.

Taman rama-rama

Ke destinasi seterusnya..

Begitulah cerita kami ke Taman Rama-Rama, KL. Entri akan datang aku nak kongsi gambar rama-rama yang aku dapat ambil.. Siapa peminat rama-rama bolehlah tunggu next entri… 😉

Bagi anda yang berminat nak ke sini, hanya buat carian melalui Waze dengan menaip “taman rama-rama kuala lumpur”, dan pilih “taman rama-rama kuala lumpur, jalan cenderawasih”. Takut peta bawa korang ke Melaka pula nanti..sebab kat Melaka pun ada Taman Rama-Rama.

Untuk maklumat lanjut mengenai taman ini, hubungi 03-2693 4907 atau 03-2693 4799.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Kisah Keluarga Tagged With: bayaran masuk taman rama-rama, lokasi taman rama-rama, menarik di Kuala Lumpur, taman rama-rama, taman rama-rama kl, taman rama-rama kuala lumpur

Comments

  1. ayu

    15 October 2014 at 7:56 am

    Ayu last raya hji pi taman rerama melaka..hehe

    Reply
    • ctfand

      15 October 2014 at 2:54 pm

      turn akak pulak kali ni. macam sehati sejiwa je raya haji gi taman rama2… 🙂

      Reply
  2. Mummydearie

    15 October 2014 at 12:04 pm

    Belum masuk-masuk lagi taman rama-rama lagi. Nak pergi je, mesti ada hal menghalang. Seronok bagi makan ikan juga nih.

    Reply
    • ctfand

      15 October 2014 at 2:54 pm

      bolehlah plan awal2 MD.. 🙂

      Reply
  3. adha

    21 October 2014 at 9:09 pm

    hai sis..rama-rama tu boleh tangkap ke?

    Reply
    • ctfand

      21 October 2014 at 9:25 pm

      Boleh. Tapi susah je nak tangkap..

      Reply
      • adha

        1 November 2014 at 7:35 pm

        kat sana ada jual rama-rama hidup sis?

        Reply
  4. Akmledrs

    6 October 2017 at 8:55 pm

    Esk kolej sya ada buat lawatan ke taman rama-ii. Bila baca entri ni rasa tk sabar-ii plk nk pegi 😊

    Reply
    • ctfand

      7 October 2017 at 1:55 pm

      Enjoy..! 🙂

      Reply

Trackbacks

  1. Koleksi Gambar Rama-Rama | Inspired by Yanie says:
    15 October 2014 at 5:03 pm

    […] ini adalah kesinambungan entri Ke Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur. Kali ni aku nak berkongsi gambar rama-rama ni yang aku ambil semasa lawatan kami sekeluarga ke […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d