ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Hobi Baru Kimi: Membuat Kapal Terbang Kertas

Hobi Baru Kimi: Membuat Kapal Terbang Kertas

24Oct | 2014

24 October 2014 By ctfand 10 Comments

Inilah hobi baru Kimi, membuat kapal terbang kertas..dan menghabiskan kertas A4 yang ada di rumah.. 😀

IMG_8141.JPG

Bukan main tekun lagi dia. Sebenarnya, baru beberapa hari ni Kimi dah boleh mula membuat kapat terbang kertas ini sendiri hanya dengan berpandukan YouTube. Sebelum-sebelum ni, dia akan mulakan first 2 steps, lepas tu aku atau suamilah yang kena habis kan.

kapal terbang kertas

Aku selalu terkial-kial juga buat kapal ni. Tangan tak seni gitu. Kena fokus betul-betul, sampai pening kepala dibuatnya. Sekejap-sekejap tekan pause, rewind, play, pause, rewind, play..sebab tertinggal step.. 😆

Banyak rupanya jenis-jenis kapal terbang kertas ni. Yang aku tau cuma kapal terbang biasa yang kita selalu buat kat sekolah rendah dulu tu (late 80’s)..tsktsk. Sekarang ni, macam-macam ada.. Ada ikan pari, jet fighter, yang boleh patah balik macam boomerang dan macam-macam lagi.

Di bawah entri ini ada beberapa kapal terbang kertas hasil tangan Kimi. Ada lagi yang aku tak sempat nak ambil gambar. Banyak sangat. Sampai bersepah sana-sini. Dah bersepah, adik dia si budak kecik Hani tu apa lagi, dicarik-cariknya sampai koyak. Kimi pula, buat lagi dan lagi..

Tapi anda jangan tak tau, ada sekali tu Hani baling kapal terbang kertas tu, konon nak tiru gaya abang dia. Tergelakk aku tengok dia..hihi. Tak sempat nak ambil video sebab cepat sangat. Sekali tu je lah dia buat..

Pengajaran

Kalau anda ada anak-anak yang asyik melekat dengan tab dan seumpamanya, masa ni lah nak bawa dia belajar benda-benda seperti ini..buat kapal terbang kertas atau origami. Buat saja carian keyword “paper plane” di YouTube tu. Tinggal pilih jenis / design mana kita nak buat. Semua ada.

Sedikit sebanyak, aktiviti ini boleh melatih kreativiti anak-anak disamping mengisi masa lapang mereka. Kalau buat sama-sama lagi elok..dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Betul tak? Betul la tu..

Jom layan kreativiti (hasil rujukan YouTube) Kimi. 🙂

IMG_8146.JPG

IMG_8145.JPG

IMG_8144-0.JPG

IMG_8149.JPG

paper plane

kapal terbang kertas

Aku suka yang ni

IMG_8150-0.JPG

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: buat kapal terbang kertas guna youtube, hobi, kapal terbang kertas, Kimi, kreativiti dari YouTube, paper plane

Comments

  1. NURUL AQIDAH AZAHAR

    24 October 2014 at 1:43 pm

    pndainya…

    Reply
    • ctfand

      27 October 2014 at 12:39 pm

      pandai tengok video..he he

      Reply
  2. Pahan

    24 October 2014 at 3:35 pm

    pandainya 🙂 mesti rajin layan anak2. hehe

    Reply
    • ctfand

      27 October 2014 at 12:40 pm

      alhamdulillah…begitulah tuan.. 🙂

      Reply
  3. titan

    24 October 2014 at 8:15 pm

    sampai tengok vide lagi tu nak buat roket. hehe..

    Reply
    • ctfand

      27 October 2014 at 12:41 pm

      itulah pasal..budak2 punya kapal terbang kertas sekarang ni macam-macam pesen ada..susah pulak tu nak buat..hihi

      Reply
  4. m

    27 October 2014 at 9:31 am

    Yang paling mudah yang selalu dibuat masa kecil-kecil dulu pun sekarang ni terkial-kial saya nak buat. Anak lagi pandai daripada kita. Hihihi.

    Reply
    • ctfand

      27 October 2014 at 12:42 pm

      advance budak2 sekarang kan…kemain lagi terror dia.. 😀

      Reply
  5. aRz MoHa

    27 October 2014 at 3:09 pm

    boleh perkenalkan dengan movie Disney Planes
    dan serba skit mengenai aerospace mana tahu suatu hari nanti menjadi juruterbang atau engineer.

    Reply
    • ctfand

      27 October 2014 at 3:45 pm

      Ohh..itu favorite movie Kimi tu..koleksi pun ada..lain entri saya share 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d