Jadual checkup 1 tahun Hani asalnya adalah pada 11 September 2014. Tapi aku terpaksa mohon kepada klinik supaya tarikh tu dijadualkan semula. Sebabnya, 11 September tu adalah hari perjalanan aku ke Johor untuk urusan kerja luar. Tarikhpun ditetapkan semula pada 30 September 2014, hari Selasa minggu lepas.
Alhamdulillah, pemeriksaan Hani hari tu semuanya normal. Perkembangan badannya dan kesihatannya seperti biasa. Berat badan Hani dah 8.3kg, seperti carta yang korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni. Nampak cantik jugalah sebab graf menaik, kan..
Gambar di bawah ni pula adalah carta panjang /tinggi Hani. So tinggi Hani dalam 78 / 79cm. Dan menaik jugak grafnya..
Selepas pemeriksaan badan Hani dibuat, tibalah masa yang ditunggu-tunggu..suntikan MMR untuk bayi berumur 1 tahun.
MMR tu stand for “measles, mump and rubella” atau dalam bahasa Malaysianya, campak, beguk dan rubella.
Tau-tau je Hani nak kena suntik. Kami baru ambil tempat kat tempat duduk khas untuk dapatkan suntikan, dia dah merengek..apa lagi masa kena jarum. Menangis sedih anak tu sekejap..
Mengikut kata jururawat yang bertugas, suntikan MMR ni biasanya akan membuatkan bayi demam dalam tempoh seminggu selepas suntikan diambil. Tapi, ada juga bayi yang tak demam selepas menerima suntikan ini.
Hari ni dah masuk hari yang ke 9 Hani menerima suntikan MMR dan alhamdulillah, Hani tak demam..cuma ada bintik-bintik merah kecil timbul di belakang badannya hari tu. Tapi, selang 2/3 hari selepas tu, bintik-bintik merah tu hilang dengan sendirinya. Ini juga sebenarnya adalah kesan kecil selepas suntikan MMR diambil.
Begitulah cerita checkup 1 tahun Hani. Temujanji checkup seterusnya adalah pada bulan Disember nanti..
Leave a Reply