Aku ada di sini sekarang. Sampai jam 12.30 tadi. Program di Batu Pahat ni berjalan jugak akhirnya selepas tertangguh 2 kali hari tu. Ikut je lah arahan..ye dok. Program yang aku terlibat ni akan berlangsung pada jam 3 petang esok. Tak payah lah aku detailkan program apa..sebab tak penting pun..hehe
Buat pertama kalinya aku berjauhan dengan Hani dan tinggalkan Hani semalaman. Tak pernah lagi aku berpisah malam dengan Hani. Kesian kat suami..tapi kena lah terima sebab wife kerja kan. Suami aku pun bukan tak biasa..dulu selalu je aku tinggalkan dengan Kimi dan arwah Yanie bila aku terpaksa outstation..
Perancangan asal aku sebenarnya nak bawak satu family datang Batu Pahat ni. Sebab nak terus ke Legoland lepas habis program kononnya. Nak bawak tuan Kimi tu ha.. Tapi perancangan tak jadi sebab esok Kimi ada gradding taekwando. Kimi kena pergi, sebab dulu dah tangguh sekali. Kalau tangguh lagi tak tahulah bila nak pergi gradding lagi. Takut dia bosan dengan step yang sama atau takut dia lupa. Belum rezeki Kimi nak ke Legoland gamaknye.
Rindunya dengan birthday girl aku tu. Genap setahun dia hari ni. 11 September.. Aku call suami tadi dan suami bagi Hani dengar suara aku kat dia..dia senyaaapp je. Hairan le tu. Suara ada orang tak ada..hihi. Tak pe la nak, malam esok kita jumpa ye..
Hairul Azni
Memang kena kuat kalau berjauhan dengan keluarga ni..terutamanya anak yang dah biasa kita ada dengan dia..tapi mujur la sekejap je..
ctfand
Betul tuan..kerana kerja saya turutkan… 🙂
Zaza Abdul Latif
sabar yer Fand.. kerja tu ibadah.. tak salah kalau berjauhan sekejap kann..
apa2 pun take care ye 🙂
aku penghibur
kerja itu ibadah yang perlu kita lakukan..sabar ye ^_^
Maria Firdz
Huhu.. Mmg rasa x sggup nk pisah lama..
kak yatiadam
kesiannyr.. x pe.. sekali-sekala berjauhan best juga.. rasa rindu lain macam.. sabar yr..
salam blogworking..
jemput ke blog akak..
ayuzan
syukur hani ok tak meragam..
Norhayati Suaib
selamat hari lahir kepada anak comel.
zahidahnur
Salam.Singgah blogwalking sini.
Btw, sy pun kalau kena outstation mesti fikir nak bawak 1 family. Susah nak tinggal lagi-lagi anak yang breastfeed.
Excited tgk batu pahat. Sebab hubs keje kat b.pahat.=)