ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Ke Aquaria KLCC

Ke Aquaria KLCC

25Sep | 2014

25 September 2014 By ctfand 6 Comments

aquaria klcc

Piranha..siap ada “rangka” kat situ..

Kami sekeluarga dan adik ipar ke Aquaria KLCC ni pada 14 September hari tu. Sebenarnya, perancangan asal kami cadang nak ke Taman Rama-Rama. Tapi disebabkan hujan daripada pagi hingga ke tengahari, kami terpaksa tukar perancangan untuk aktiviti indoor je. 3 tempat yang kami nak divert destinasi pada mulanya iaitu Planetarium Negara, Petrosains dan Aquaria KLCC. Akhirnya kami pilih Aquaria KLCC sebab Petrosains ramai sangat orang, queue panjang! Planetarium pulak nak pergi lain kali sebab jauh dari tempat kami berkumpul.

IMG_7719.JPG

Hani nak tangkap ikan!

Masa kat Aquaria ni pun, pintu masuk boleh tahan sesak dengan orang. Maklumlah masa tu dah masuk cuti sekolah.

Harga tiket masuk adalah RM120 untuk 4 orang. Dapat diskaun kot, sebab kami pakai pas kerja adik ipar aku yg keje Petronas..

Taknak cakap banyak, jom layan gambar.

IMG_7721.JPG

Kimi dan Arapaima..nampak kecil di gambar tapi ikan ni besarrr..dan panjanggg.. skeri je tengok

Hampir 2 jam jugak kami kat situ.

IMG_7720.JPG

Gambar kat atas ni menarik. Ikan-ikan yang di sebelah atas tu “tawaf” je sekeliling pokok mati tu. Yang ikan warna hitam tu pulak statik tak bergerak-gerak, menahan diri dorang dengan melawan arus.. unik 😀

IMG_7723.JPG

Kelihatan 3 crocodile fish kat atas.

IMG_7725.JPG

Asyik Hani tengok ikan-ikan ini meliuk lintuk.. hairan le tu.. 😀

IMG_7722.JPG

Tak ingat ikan apa. Aku nak ambil gambar sisik dia yang berkilau macam emas tu sebenarnya

Part paling menarik adalah masa masuk terowong. Excited Kimi dan Hani tengok ikan-ikan yang ada di sekeliling..

IMG_7726.JPG

Hani konon-konon nak touch ikan pari

IMG_7727.JPG

Shark lalu atas kepala

IMG_7728.JPG

Bapak besarr pari nih..

Tengok kat bawah ni, muka scary Hani lepas nampak pari kat atas… 😀

IMG_7729.JPG

Muka Hani nampak pari = priceless..hihi

IMG_7730-0.JPG

Tengok pekerja Aquaria tengah bagi makan ikan

Kat bawah ni gambar kami sekeluarga berempat, dalam cubaan ambil gambar dicermin besar. Bergegar sebab kelam kabut nak elak orang lalu lalang…IMG_7733-0.JPG

Kat bawah ni pula adalah gambar masa dah nak keluar. “Peramah” gile penyu ni sebab dia asyik berulang-alik ke kiri dan ke kanan. Tak lari dari dekat dengan cermin akuarium. Lepas tu siap tengok sapa yang ambil gambar dekat-dekat. Aku ambil gambar sipi je..bileh dapat gambar badan penuh..

IMG_7732-0.JPG

Nampak tak mata penyu tengok aku ambik gambar dia..? hihi

Itu aje… 😀

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Aquaria, Aquaria KLCC, cuti-cuti Kuala Lumpur, diskaun ke Aquaria, harga tiket ke Aquaria, KLCC, menarik di Kuala Lumpur

Comments

  1. Zaza Abdul Latif

    25 September 2014 at 2:42 pm

    mmg ramai lah org ke tempat2 mcm ni dimusim cuti sekolah kan Fand..
    comelnya abg kimi & Hani tengok ikan yer.. hehhee
    last masuk masuk ke aquaria ni masa 2010 bawak khairine & Danish.. sini better lagi dari aquaria yg kat menara KL tu..

    Reply
    • ctfand

      25 September 2014 at 2:47 pm

      a’ah..ramai kak zaza. huhu. tetiba ter’pergi time cuti sekolah pulak..

      wah..dah lama jugak tu kak zaza dah pergi.. fand pulak baru berkesempatan pergi kali ni.. btw, tak tau kat menara kl pun ada aquaria..he he

      Reply
  2. akuppenghibur

    25 September 2014 at 9:43 pm

    pernah datang ke sini.. tapi ya ALLAH mahalnya nak masuk…

    Reply
    • ctfand

      29 September 2014 at 5:04 pm

      akak dapat murah tu pun sebab ada adik ipar..kalau tak dalam RM50 jugak kot sorang..

      Reply
  3. Mummydearie

    29 September 2014 at 3:22 pm

    Pernah masuk ke sini tak silap dua kali kot tapi harga tiket quite mahal sebab my husband bukan warganegara. Kalau setakat RM20 seorang, memang hari-hari kami nak masuk berposing je kerjanya.

    Sesekali tengok ikan kat atas, kiri, kanan, depan belakang, memang rasa seronok juga. Bukan budak-budak je, makpak budak pun teruja sama…

    Reply
    • ctfand

      29 September 2014 at 5:04 pm

      memang seronok..kan. bolehla dijadikan untuk outing keluarga.. anak2 suka sangat.. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d