Entri ni lanjutan entri semalam. Tak sangka pulak kami sampai di Putrajaya lebih awal dari yang dijangkakan. Mula-mula semua ingat akan sampai selepas Maghrib sebab dah 4.30 baru gerak dari Kluang. Sekali sampai di pejabat jam 6.50 petang… Lega jugaklah sebab masih terang, dan macam masa balik kerja di hari-hari biasa.. Speed kott..he he. Macamanapun, Alhamdulillah selamat sampai..
Sebelum perjalanan balik semalam kami sempat singgah di Ayer Hitam..beli kerepek dan apa-apa yang patut untuk dibawa pulang.. Kalau tak nanti aku kena sound bila sampai rumah tak ada beli apa-apa..hi hi..
Untuk Kimi pula, aku belikan set bekal sekolah Upin Ipin ni kat Petronas. Sukanya dia. Terus pakai hari ni ke sekolah.. Harga set ni RM19.90..
Di bawah ni adalah gambar-gambar lain semasa di Bandar Kluang yang sempat aku ambil semalam…silalah cuci mata 🙂
Leave a Reply