Raya tahun ni, turn balik ke kampung aku di Pitas, Sabah untuk raya pertama. Kami berangkat pulang pada 25 Julai 2014, hari Jumaat. Flight sekitar jam 3 petang. Kami bawak bersama 3 buah beg, iaitu 1 beg besar dan 2 beg kecil. Kena panic attack aku sekejap sebab dah lama tak travel dengan budak kecik..he he. Dah la packing pun last minit. Rabu, Khamis baru ye ye nak packing. Nasib lah. Tapi, Alhamdulillah, urusan packing berjalan lancar..walaupun ada kemalangan kecil di bawah ni. Nasib baik tak terpacking sekali masuk dalam beg..hihi..ciannn Hani..
Kami bergerak dari rumah sekitar jam 11, ke KLIA2.. Bagi yang tak tau, AirAsia sekarang dah boleh guna waran Kerajaan. Oops, kenapa kami pakai waran Kerajaan? Sebab kami pakai elaun tambang balik ke wilayah asal setahun sekali tu. Aku memang akan pakai untuk balik Hari Raya je..
Setibanya kami di KLIA2, ya ampun.. ramainya manusia. Nasib baik memang plan datang awal. Dah lah kami belum check in. Kebiasaannya, check in dilakukan secara online je untuk mengelakkan kelam kabut..jadi dah sampai airport, hanya perlu drop bag di kaunter yang berkenaan. Tapi, semasa kami cuba untuk online checkin sehari sebelumnya (hari Khamis), online checkin tak berjaya sebab kami fly bersama infant! Perkara baru ni. Sebab sebelum-sebelum ni biasa je online checkin bila fly dengan Kimi dan Arwah Yanie . Jadi, anda yang biasa travel dengan Air Asia tu, kena take note perkara ni.
Barisan nak checkin dari kaunter pulak punyalah panjang. Untuk flight kami, kami dikehendaki beratur di barisan kaunter T. Masa tu memang kesabaran yang tinggi adalah sangat-sangat perlu.
Ada dalam 20 minit kami berdiri menunggu, tiba-tiba kami didatangi petugas airport yang memberitahu, kami boleh juga checkin melalui barisan kaunter S disebelah. Mungkin sebab kami travel dengan infant kot… Aku pun terintai-intai kaunter S kat sebelah tu. Tak ramai orang! Lepas mengucapkan terima kasih…cepat-cepat kami bergerak ke kaunter S. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, kami dah selesai checkin.. Lega teramat sangat. Tiada risiko seat kena ambil macam yang pernah kami alami dulu..tapi yang tu masa naik dengan MAS..

Suasana checkin di barisan kaunter S. Kaunter ni ok sikit berbanding kaunter T yang super sesak.
Selesai checkin tu, jam menunjukkan baru sekitar jam 1 petang. Lambat lagi ke waktu berlepas. Kami pun duduk di dalam Restoran Kenny Rogers di tingkat bawah sebab nak bagi Kimi makan Macaroni Cheese kegemarannya tu. Dah lunch our pula..bagi lah dia makan.. Sambil-sambil menunggu masuk waktu solat Zuhur.
Sekitar jam 2.00, kami masuk untuk pemeriksaan keselamatan sebelum boarding. Macam biasalah, masuk kena tunjuk MyKad dan MyKid..kecuali Hani yang masih pakai Sijil Lahir! Besar gabak pulak tu.. Sebenarnya, suami dah cuba buat MyKid masa minggu ke-2 Hani lahir, tapi tak dapat sebab pembuatan MyKid masa tu diberhentikan sekejap katanya, tak pasti kenapa. Sampai sekarang tak buat-buat lagi….

Happy sebab pengalaman baru..
Dah masuk ke dalam, kami duduk di ruangan menunggu sebelum boarding. Cantik ruang menunggu dia. Maaflah tak sempat nak ambil gambar sebab excited kot nak masuk kapal..he he. Tunggu punya tunggu, flight kami delay ke jam 4.00! Sabar je lah. Rupa-rupanya, punca kelewatan adalah sebab kelewatan berlepas flight tu dari destinasi sebelumnya.

Boarding time..
Tiba waktu menaiki flight. Aku sebenarnya risau campur excited sebab Hani pertama kali naik flight. Alhamdulillah, sepanjang 2 jam setengah penerbangan, Hani tak meragam.. Senyummm dengan semua orang.. sampai ada pakcik tu bagi Hani mafla pray for Gaza ni… 🙂

Free Palestine! Pray for Gaza..!

Nak capture sunset dari dalam flight tapi tak dapat..
Gambar di atas ni aku ambil semasa hampir waktu berbuka dalam flight. Waktu berbuka adalah pada jam 6.50pm. Awal 40 minit dari di Putrajaya. Fly dengan waran, semua complete, tak payah nak beli makanan. Makan yang mereka sediakan masa tu nasi lemak. Serius sedap nasi lemak dia! Kalau korang pernah makan nasi lemak Presint 8 yang sedap tu, haa, lebih kurang begitu rasanya. Isi ayam pun dia letak banyak. Puas hati.
Sekitar jam 7.30 malam kami tiba di Kota Kinabalu International Airport. Gelap dah. Kalau kat semenanjung baru nak masuk waktu Maghrib. Disebabkan dah malam, kami ambil keputusan untuk bermalam di Kota Kinabalu, dan menginap di Tang Dynasty Bay Hotel, Sepanggar. Sebab kalau nak teruskan perjalanan ke kampung aku, makan masa 3 jam perjalanan.. jauh..
Maka berehatlah kami Kota Kinabalu malam tu sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya…
bestnya, mama belum pernah ada pengalaman begini…. syoknya
cuak jugak, mama.. sbb lama tak travel jauh dengan baby..pertama kali pula bagi hani..
Rindunya kakcik dengan Kota Kinabalu …
ada masa, ada rezeki, bole datang lagi kakcik… 🙂
hai hani.. tetap comel even nangis.hehehe
akak dah nak amik tu..suami suh tangkap gambar dulu..mau tak nangis hani..hihi
Salam kak, lama niesa xsinggah sini…susah jugak ye kalau xcheck in web kena beratur bagai…aduh..kena take note ni sbb risau jugak sbb airport baru kan…comeellll je hani..so mcm mna raya tahun ni?mesti seronokkk…
Leceh checkin kaunter..terkejar2..
Raya seronok..dan tak puas balik kampung.. ><
belum ada pengalaman dengan KLIA2.. hehe.. hari tu guna naik MAS..
salam kenal.. sy asal ranau sabah.. 😀
Salam kenal..oh, kita2 jugak ni..
Try pegi nt moon..ada shopping complex jugak dalam klia2 tu.. 🙂
bestnya jalan2 balik kampung..
salam kenal..singgah dari segmen mialiana..