ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Tips Membeli-Belah Di Musim Perayaan: Bawa Cash!

Tips Membeli-Belah Di Musim Perayaan: Bawa Cash!

19Jul | 2014

19 July 2014 By ctfand 6 Comments

Tajuk menerangkan segalanya. Tengahari tadi kami shopping di satu pusat beli belah yang terpaksa dirahsiakan. Tempatnya luas, jadi tak terasa sangat walaupun ramai orang. Maklumlah, tinggal seminggu je lagi untuk menyambut Hari Raya..jadi semua orang berpusu-pusu untuk mengejar masa cuti hujung minggu yang ada. Hujung minggu depan, dah kena balik ke kampung pula..

Masa membayar dikaunter, queue boleh tahan panjang..tapi masih boleh diterima lagi. Sebab kaunter bayaran dibuka mengikut department. Aku ke kaunter pakaian dan aksesori wanita.

Selang seorang di hadapan aku ada satu keluarga dalam 5 beranak rasanya. Barang yang nak dibayar, banyak! Semua ada. Ada baju, ada kasut.. Bila dikira, jumlah kesemuanya RM1,609.00. Si ayah pun mengeluarkan kad kredit Visa untuk membayar harga belian barangan. Swipe punya swipe..tak lepas-lepas.

20140720-001301-781148.jpg

Gambar Hiasan

Kemudian aku terdengar cashier bagitahu yang bukan masalah pada kad, tapi masalah pada talian / ‘line’. Lama jugak menunggu. Masih tak lepas. Dah macam tu, cashier cuba pula dikaunter sebelah. Ada 2 cashier kat situ. Kena kira balik barangan yang ada. Aku perhati orang-orang yang beratur semua dah buat muka..tapi nak buat macamana.. Swipe lagi kat situ, tak jugak lepas. Cashier aku tengok dah mula gelabah. Mereka kemudian sibuk menghubungi seseorang guna walkie talkie.

Antara perbualan yang aku dengar, “kredit kad memang ada masalah dah beberapa hari ni, line problem”. Tak tahulah. Mungkin sebab ramai sangat yg pakai kad sampai line jadi sesak..ini aku agak je.

Kesian jugak aku tengok family tu..dorang pun dah nampak sedikit cuak. Mana taknya, panjang masa yang dorang pakai, barisan pun makin panjang. Cashier pun aku nampak dah mula tertekan. Cuba buat panggilan walkie talkie ke kaunter bayaran lain kalau-kalau ada yang barisan pendek, kurang orang. Mungkin untuk bawa family tu ke situ. Yang aku dengar “semua barisan panjang, ramai sangat orang”

Sampai aku selesai bayarpun, mereka tak settle lagi. Tak tahulah apa jadi seterusnya.

Jadi, pengajarannya di sini, bila nak membeli-belah di musim perayaan, standby bawa cash siap-siap. Kita tak tahu masalah seperti talian mesin kredit kad terganggu atau apa-apa juga berlaku. Maklumlah, musim perayaan.. Selain tu, ia boleh juga menjimatkan masa kita dan orang lain.. Dan juga mungkin dapat mengelakkan kita tebal muka.. Manalah tahu, barang-barang yang dah dipilih terpaksa dibiarkan saja sebab kad tak boleh pakai..

Ada satu lagi kisah masa kami semasa shopping di Metrojaya, Mid Valley, pada bulan puasa tahun lepas (2013), jumlah yang satu family ni nak bayar RM8000++!! Fuuhh.. Selamba je dorang bayar cash..jenuh cashier nak mengira note RM100 dan RM50 masa tu.. 😆

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: belanja hari raya, cash atau kad kredit, kad kredit, membeli belah dimusim perayaan, persiapan hari raya, shopping di musim perayaan

Comments

  1. ayu

    20 July 2014 at 8:14 am

    kitorang selalu guna debit card cimb. Sebab encik hubby malas nak simpan cash banyak. pun problem lately.
    sekarang withdraw dulu duit sesiap sebab takut la jadi mcm haritu. serik den nak berkad kad ni. Sistem kat malaysia lum cekap lagi.hehe

    Reply
    • ctfand

      20 July 2014 at 8:23 am

      Betul ayu… Mmg niat asal sbb taknak bawak cash lebih, takut bahaya pulak. Akak sendiri kadang2 pakai kad juga.. Tapi untuk musim2 perayaan macam ni…kena bawak cash juga utk standby..

      Reply
  2. Zaza Abdul Latif

    22 July 2014 at 10:43 am

    ada pro & con nya bawak cash atau CC kan Fand..
    kalau CC tanpa sedar kita sedap swipe je.. kalau cash pulak risiko cicir pulak..
    at least kalau bawak cash kita boleh kawal napsu kalau tgk duit yang menggunung dah tinggal macam tanah rata je.. hahahha

    Reply
    • ctfand

      23 July 2014 at 3:59 pm

      Betul kak zaza, ada pros and cons…

      Reply
  3. Anuar

    24 July 2014 at 9:13 am

    Huh!! Saya pernah alami perasaan ini.. Rasa tertekan bila kita nak bayar guna Kad Kredit tiba-tiba line Off…

    Reply
    • ctfand

      24 July 2014 at 10:46 am

      Pernah juga alami dulu..tapi bukan musim perayaan…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d