Keputusan yang sangat-sangat mengejutkan..kan. Siapa sangka Germany boleh titik Brazil sampai 7 – 1? Itu pun nasib baik tak jadi 8 bila tendangan Ozil tersasar. Pengulas tv kata, “there are 100++ tv station here in the stadium, i believe no one predicting this”.
Germany is always my favourite team! Aku tak retilah nak mengulas secara teknikal tentang permainan mereka, tapi memang pagi tadi mereka all-out!
Kenapa sampai 7 – 1? Ada yang katakan, kalau Neymar dan Thiago Silva ada mungkin nasib Brazil berbeza. Bagi aku, ada pun 2 pemain ni, Germany tetap menang walaupun tipis. Jangan marah haa… he he.. dan yang berlaku tetap dah berlalu. Tak ada kalau-kalau dah. Worst defeat in the history of Brazillian football..

Kesian peminat cilik ni.. Sumber: FifaTV
Cuma yang paling parah adalah, Brazil gagal menggunakan peluang bermain ditempat sendiri sebagai satu kelebihan. Kita tengok je lah masa Korea tahun 2002 dulu.. Korea gunakan kelebihan bermain di tempat sendiri sampai mereka berada di tempat yang ke-4 bila tewas dengan Turki.
Aku sebenarnya tak sempat menonton first-half. Bangun jam 4.45 pagi, aku tengok Google World Cup Alert dihandphone.. Ger (5) – Bra (0) masa tu! Cepat-cepat aku kejutkan suami. Dalam dia mamai mamai, aku bagi tau, “Germany 5, Brazil 0..bulat terus mata dia..sambil geleng-geleng kepala..
Memang kisah kekalahan ini akan dikenang dalam tempoh yang sangatttttt panjang.. tuan rumah Word Cup, Brazil team pula, kalah teruk 1 – 7..ish ish ish. Nak buat macamana kan..

Semangat setia kawan: Muller menenangkan Dante
Aku ingat lagi, masa Oscar menjaringkan gol tunggal untuk Brazil, pengulas sukan sebut.. “I dont know what should Brazillian supporter do..either celebrating or crying”. Tonton highlight di sini..

Klose mendekati Thiago Silva yang menenangkan rakan sepasukannya..
Kemenangan Germany ke atas Brazil ini menyaksikan Miroslav Klose menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol dalam piala dunia iaitu sebanyak 16 gol, memadamkan rekod yang dicatat oleh Ronaldo (Brazil)..15 gol.
Die mannschaft! Harap-harap DFB, team favourite dapat bawak pulang World Cup. Memang tak ada impak pada aku, cuma tumpang happy je kalau mereka menang… 😉
Leave a Reply