ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Pesta Bunga Putrajaya 2014

Pesta Bunga Putrajaya 2014

17Jun | 2014

17 June 2014 By ctfand 17 Comments

pesta bunga putrajaya 2014

Pesta Bunga Putrajaya 2014 atau Floria Putrajaya sedang berlangsung dari 14 Jun 2014 hingga 22 Jun 2014. Aku sekeluarga berpeluang berkunjung ke pesta ini pada hari Sabtu lepas. Kesimpulannya..memang sangat-sangat menarik..

Tahun ini sebenarnya masuk tahun yang ke-7 Pesta Bunga ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Antara kelainan yang dibawakan di Floria 2014 ini adalah “Taman Bertema” iaitu taman bertemakan Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia. Menarikkan?

garden decoration

Gambar wajib.. 🙂

Selain itu, antara tarikan utama pesta bunga 2014 ini juga adalah Taman Di-Raja, Taman Tergantung, Taman Begonia, Taman Orkid, Tea Party Garden dan Taman Inovasi.

Untuk masuk ke dalam kawasan pesta bunga dan taman ini, bayaran sebanyak RM3 dikenakan untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun. Tiket ini akan sah selama sehari, iaitu jika anda masuk sebelah pagi, anda boleh masuk semula ke dalam kawasan pesta bunga pada sebelah malam dengan tiket yang sama.

Waktu program pula adalah bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 malam pada hari Isnin hingga Khamis, dan 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hari Jumaat hingga Ahad.

Lokasi Pesta Bunga

Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, lokasi pesta bunga 2014 kini dialihkan dari tengah-tengah kesibukan Presint2 ke Presint 4. Tapak pesta bunga kini dibuat secara kekal di Presint 4 betul-betul besebelahan jambatan utama di Lebuh Sentosa. Peta lokasi adalah seperti di bawah di mana tapak pesta ditandakan dengan bulatan pink:

lokasi pesta bunga

Seperti anda boleh lihat di atas, koordinat lokasi tapak pesta adalah 2.911811, 101.678742. Atau bagi anda yang tak biasa dengan jalan atau kawasan di Putrajaya, hanya Google atau buat carian Waze dengan kata kunci Masjid Sultan Mizan Putrajaya, memang dah dekat-dekat dengan tapak pesta ini.

Bagi anda yang bercadang nak keluar rumah awal pagi, dan mungkin tak dapat bersarapan atau makan di rumah, jangan risau sebab tapak pesta ni ada menyediakan gerai makanan yang besar dan luas. Cuma, aku nasihatkan agar anda membawa siap-siap air minuman dalam botol untuk dibawa semasa menjelajah seluruh tapak pesta. Takut masa anda atau anak-anak anda betul-betul nakkan minuman, anda berada jauh pula dari gerai jualan.

Maklumat lanjut mengenai Floria Putrajaya atau Pesta Bunga dan Taman Putrajaya 2014, sila masuk ke Laman Web Rasmi Floria Putrajaya ini.

Gambar Menarik

Di bawah ini aku kongsikan beberapa gambar dari Pesta Bunga 2014 yang aku sempat rakamkan semasa berkunjung hari Sabtu lepas. Oh ye, gambar bot berhias belum ada sebab kami sekeluarga belum keluar pada sebelah malam pameran. Insya’Allah hujung minggu nanti.. Selamat menjamu mata.. 🙂

Pesta Bunga 2014

 

daisy

orchid

 

20140617-121241-43961490.jpg

Deep conversation..

20140617-121241-43961974.jpg

baby

Bunga yang paling menyerlah hari tu..he he

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: floria putrajaya, floria putrajaya 2014, lokasi pesta bunga 2014, pesat bunga putrajaya 2014, pesta bunga, pesta bunga 2014, pesta bunga dan taman putrajaya 2014

Comments

  1. Nurul

    17 June 2014 at 2:59 pm

    Waa, bestnya pi sini… Tengok bunga je… ahad ni dah last day yee, nampaknya x dapat pegilah kali ni, hujung minggu ni banyak aktiviti lain pula… Comey sangat bunga yang last tu… 🙂

    Reply
    • ctfand

      17 June 2014 at 3:32 pm

      Hihi..bunga mama dia.. 😀

      Reply
  2. niesa

    18 June 2014 at 9:08 am

    wahhhh..bestnya…mesti cantik2..seronok kalau boleh pg pesta mcm tu…

    menabung umobile,huawei dan volkswagen utk kt ct.. 🙂

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:32 pm

      memang best..akak pegi hari tu pun macam tak puas lagi..hehe..
      maceh ye niesa.. 😉

      Reply
  3. Zaza_MyMoon

    18 June 2014 at 9:53 am

    ada dengar haritu kawan ada kata ada pesta bunga kat putrajaya.. tp tak pergi pun.. kalau sempat ada lah jodoh akak nak kesana nnt 😀
    Suka gambar bunga yg last skali tu.. cute sangatttttt hehehe

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:33 pm

      yg bunga last tu, saya tak pasan pulak baju dia pun munge2 sekali..hihi..
      jom pegi weekend nanti kak zaza..

      Reply
  4. ayu zan

    18 June 2014 at 11:54 am

    tertarik dgn bunga yg last tu ..hihi

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:34 pm

      he he..kiutt sangat kan…

      Reply
  5. Khir Khalid

    18 June 2014 at 3:07 pm

    Wah.. menarik.. seronok utk jenjalan sekeluarga. Tak taulah bila sempat nak pergi ni.. Thanks sharing.. 😀

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:35 pm

      sama2… sempat lagi kalau nak pergi, tuan. 3 hari ni, pesta akan tutup jam 12.00 tengah malam. balik umah bole sambung tengok bola terus..hehe

      Reply
  6. Pha Is

    18 June 2014 at 9:20 pm

    ramai betol yg share gambar payung tu. kat sini rupanya.. hehehe

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:36 pm

      kann..tu sebab akak letak kat situ sebagai gambar wajibuunn…hihi

      Reply
  7. montana

    19 June 2014 at 3:18 pm

    bestnya…bungaaaaa

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:36 pm

      mmg syokk..tenang tengok bunga2 warna warni…

      Reply
  8. zumal

    19 June 2014 at 5:13 pm

    Alangkah bestnyer kalau zumal dapat pergi…

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:37 pm

      hujung minggu ni ada lagi zumal.. 🙂

      Reply

Trackbacks

  1. Kunjungan Malam Di Pesta Bunga | Inspired by Yanie says:
    24 June 2014 at 9:20 am

    […] Bila dah macam tu, suami pun ajak balik je. Kimi pulak tertunggu-tunggu bila fireworks nak keluar. Tunggu punya tunggu sampai jam 10 malam tak ada. Hani pulak dah mula tak selesa. Sebab boleh dikatakan kawasan pesta tu panas..! Lagi panas berbanding kunjungan kami pada sebelah pagi hari pembukaan. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d