ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Percuma Mug Transformers Dengan Pembelian Darlie

Percuma Mug Transformers Dengan Pembelian Darlie

19Jun | 2014

19 June 2014 By ctfand 6 Comments

20140619-172536-62736640.jpg

Siapa sini peminat cerita Transformers, angkat tangan! Andalah target entri ini.. ๐Ÿ™‚ Sempena dengan tayangan cerita Transformers: Age Of Extinction diย  Malaysia pada 26 June nanti, Darlie membawakan kepada anda, peminat-peminat robot legend ini Mug atau Kole dengan lakaran logo Transformers Autobot dan Decepticon.

20140619-172538-62738062.jpg

Bukan itu saja, setiap mug juga mempunya gambar Autobots kegemaran ramai iaitu Bumblebee dan Optimus Prime. Juga terdapat mug dengan gambar Decepticon Lockdown, iaitu watak jahat utama dalam cerita Transformers: Age Of Extinction kali ini. Ketiga-tiga mug ini boleh didapati dengan setiap pembelian 2 pek Darlie Strong Double Actionย  225g.

20140619-172541-62741312.jpg

Gambar di atas adalah perbandingan saiz mug Transformers oleh Darlie (kiri) dan mug saiz biasa yang juga mug kegemaran aku. Besar mug ni.

Sebenarnya ada dua promosi Darlie dan mug Transformers ini. Satu lagi iaitu percuma mug berwarna hitam dengan pembelian Darlie Mild Double Action Enamel Protection. Mug tu seperti di bawah ini.

transformers

Sumber: Facebook Darlie Malaysia

Aku ni penggila mug. Suka kumpul mug dari pelbagai corak dan saiz. Kali ni aku dah dapatkan mug dengan gambar BumbleBee. Tapi Kimi dah declare yang mug tu dia punya katanya.. he he.ย  Nanti nak dapatkan lagi mug dengan gambar Optimus Prime dan dua mug warna hitam tu. Stok Darlie boleh tahan sampai hujung tahun… ๐Ÿ˜†

Jadi bagi anda peminat-peminat Transformers atau anda yang saja nak tambah koleksi mug, cepat-cepat dapatkan mug dengan pembelian Darlie ini dikedai yang berhampiran.. Kena pergi cepat-cepat sebab tawaran ini adalah sementara stok masih.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Darlie Malaysia ini. Oh ya, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket percuma ke tayangan Transformers: Age Of Extinction melalui Facebook Darlie ni. Check it out!!

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: age of extinction, autobots, beli darlie percuma mug, bumblebee, darlie, decepticon, mug transformers, optimus prime, transformers

Comments

  1. Zaza_MyMoon

    20 June 2014 at 11:42 am

    akak bukan peminat transformer.. so tgk mug tu pun mcm tak ada perasaan je hahah.. kalau Danish & bapak dia mesti teruja tgk ni..hehhee

    Reply
    • ctfand

      20 June 2014 at 4:31 pm

      ha, jangan lupa kempen kat dorg kak zaza.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  2. aku penghibur

    21 June 2014 at 11:29 am

    WAHH YANG ITAM TU CANTIK..INI NAK DAPATKAN NIE..

    Reply
    • ctfand

      21 June 2014 at 12:10 pm

      Amboii..ni betul2 acik ni. Siap huruf besar lagi..hihihi

      Reply
  3. Khir Khalid

    21 June 2014 at 9:52 pm

    Wah… anak2 mesti suka ni.. bapak anak pun suka juga ni hehee.. Thanks sharing.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      22 June 2014 at 12:49 pm

      bapak join anak sekali..he he…
      sama-sama..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d