ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Kunjungan Malam Di Pesta Bunga

Kunjungan Malam Di Pesta Bunga

24Jun | 2014

24 June 2014 By ctfand 8 Comments

Aku dan keluarga membuat kunjungan malam di pesta bunga pada Sabtu malam minggu baru-baru ni, iaitu pada 21 Jun, sehari sebelum penutupan rasmi Pesta Bunga Putrajaya 2014. Suasana tak seperti yang aku bayangkan..

Kami bergerak dari rumah kira-kira selepas waktu Isyak. Sampai di sana..ya Rabbi..ramainya manusia. Kereta pula berpusu-pusu. Aku target ramai orang luar dan tak tahu mana nak parking, masuk ke kawasan pesta tu. Memang sesak jadinya.

Tahu tak kami parking kat mana? Dekat Kementerian Pertanian sana! Jauh tu. Tapi memang toksah nak mimpi nak parking dekat-dekat pintu masuk. Sangat-sangat sesak. Parking jauh ni aman sikit, masuk senang, nak keluar pun senang..tak merempuh kesesakan. Dari Kementerian Pertanian, kami menapak je ke tapak pesta. Destinasi pertama pergi ke medan selera dulu.

Besar medan selera yang disediakan. Memang sangat-sangat memudahkan pengunjung terutama yang datang dari jauh. Cuma, kawasan medan selera tu di bawah satu khemah besar, dan tak ada pulak penghisap haba diletakkan. Memang berkumpul asap dan bau masakan dalam khemah. Aliran angin keluar tak ada. Panas jangan cakap. Kipas angin yang besar ada disediakan, tapi haba yang berpusing keluar.. Bolehlah melegakan sedikit..tapi tak cukup untuk menyejukkan. Hani menangis kat sini. Berpeluh badan dia..

Selepas menjamu selera, kami masuk ke kawasan pesta. Ramai sangat manusia. Mungkin sebab dah nak ditutup kan.Niat utama aku sebenarnya nak tengok bot berhias. Tapi salah tempat daa.. Bot berhias dan program Magical Night tu dibuat di Marina Putrajaya..tempat Redbull Air Race hari tu. Punya lah aku ye ye ajak suami dan Kimi pergi ke tebing tasik. Tak ada apa… Ambik je lah gambar jambatan ni..

Bila dah bot berhias tak ada, kami meronda-ronda sekitar pesta. Itupun di sebelah kawasan entrance je. Tak larat menempuh manusia yang maha ramai ni..

Bila dah macam tu, suami pun ajak balik je. Kimi pulak tertunggu-tunggu bila fireworks nak keluar. Tunggu punya tunggu sampai jam 10 malam tak ada. Hani pulak dah mula tak selesa. Sebab boleh dikatakan kawasan pesta tu panas..! Lagi panas berbanding kunjungan kami pada sebelah pagi hari pembukaan.

Satu lagi yang buat kami tak selesa adalah mini konsert yang sedang berlangsung di pentas utama. Haishh…memang ganggu mood betul. Bising! Untuk event malam-malam macam tu rasanya eloklah tak payah adakan mini konsert nyanyi-nyanyi bagai. Memadai kot pihak penganjur pasang muzik instrumental ke..atau gamelan lagi baik, pada kadar bunyi yang sederhana. Baru syok para pengunjung nak menghayati pameran atau nak beli bunga-bungaan. Perbadanan Putrajaya..please take note!

Bila dah macam tu kami cepat-cepat melangkah keluar. Gambar-gambar di bawah ini pula aku ambil semasa dalam perjalanan keluar kawasan pesta bunga. Layankan ajelah.. ๐Ÿ™‚

kunjungan malam pesta bunga

Dari tebing tasik. Maafkan model itu..he he

pesta bunga

Mini bukit..cantik sebenarnya kat luar gambar..

Oops..hampir terlupa nak catat. Kami tiba di rumah jam 10.20 malam. Dan dan je dengar bunyi fireworks..chait.. Tak apalah..tahun depan atau tunggu je lah Pertandingan Bunga Api Antarabangsa nanti..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Kisah Keluarga Tagged With: bunga api, Fireworks, kunjungan malam di pesta bunga, pesta bunga putrajaya, pesta bunga putrajaya 2014, pesta floria putrajaya, pesta floria putrajaya 2014, suasana malam pesta bunga

Comments

  1. niesa

    24 June 2014 at 9:44 am

    Pesta bunga tapi muzik pompangpompang mmg xsyok la kan..teringin lak nk pg pesta bunga tu..

    menabung huawei,promoted content dan rotavirus kat sini.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      24 June 2014 at 10:41 am

      tu la..bingit betul..

      Reply
  2. Nurul

    24 June 2014 at 11:36 am

    Nurul pun nak pegi sini juga tapi beberapa minggu ni en suami kena keje plak… Dah abih pun pesta bunga ni… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      24 June 2014 at 11:57 am

      abih da nurul… tapi tu le..kecewa sbb tak dapat tengok bot berhias tu..

      Reply
  3. Khir Khalid

    25 June 2014 at 11:56 pm

    Hiasan lampu mmg mampu memukau mata & menyeronokkan jiwa bila melihatnya… menarik.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 3:39 pm

      kalau dapat tengok bot berhias tu mesti lagi cantik, kan.. sayangnya kami salah tempat,,

      Reply
  4. ema

    26 June 2014 at 11:32 am

    ada juga pergi sana bawa peserta kursus, tapi macam tak ramai orang jer…maybe dah beberapa hari kan..

    Reply
    • ctfand

      26 June 2014 at 3:41 pm

      masa tengah minggu kot kak ema.. saya pegi tu hujung minggu ya ampuun.. rasa menyesal pun ada datang masa tu..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d