ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Check-Up 9 Bulan Hani

Check-Up 9 Bulan Hani

11Jun | 2014

11 June 2014 By ctfand 17 Comments

20140416-104541-am.jpg

Wahh..cepatnya masa berlalu.. Si baby girl aku tu dah genap 9 bulan hari ni.. Pagi ni juga aku bawa dia untuk ke check-up di klinik Presint 9, Putrajaya. Sekejap je check-upnya.. Kami sampai jam 8.00, jam 9.20 dah habis. Kira sekejap la tu.. Biasanya makan masa setengah hari sebab ramai sangat orang. Pagi tadi ramai jugak, tapi, mungkin mereka dah lebih efisyen sekarang.. Syabas Klinik Kesihatan Presint 9!!! ๐Ÿ™‚

Berbalik kepada check-up Hani tadi, perkembangan Hani, Alhamdulillah, normal seperti biasa dan selari dengan perkembangan bayi 9 bulan yang sepatutnya. Berat Hani sekarang dah 7.6kg.. berat yang ideal. Kedudukan graf pun berada pada kawasan putih. Anda yang punya bayi seperti Hani mesti boleh bayangkan graf perkembangan bayi ni..

Hani sekarang sebenarnya tengah belajar untuk kaki empat! yeay! Makin lajulah nak ke sana sini bila dah pandai nanti. Dan makin nak kena kawal ketatlahh budak comel tu..he he. Hari tu juga dia dah mula nampak “curious” dengan tangga..tak lama lagi nak panjat tanggalah pulak…

Oh ye, check-up tadi tak ada suntikan imunisasi. Dia akan dapat imunisasi seterusnya selepas genap setahun nanti, iaitu MMR. Untuk MMR ni, nurse kata kena bagi Hani makan telur dulu untuk tengok samada Hani alergi atau tidak dengan telur. Sebab, kandungan MMR tu rasanya menyamai telur. Kena buat eksperimen pula dengan Hani nanti.

Itu je perkembangan check-up 9 bulan Hani. Pemeriksaan perkembangan seterusnya, lagi 3 bulan nanti..sekitar bulan September..

Moga Hani sentiasa sihat dan membesar bagai JOHAN..!! ๐Ÿ˜€

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: check-up 9 bulan, check-up bayi, klinik kesihatan, klinik kesihatan presint 9, pemeriksaan bayi 9 bulan

Comments

  1. aku penghibur

    11 June 2014 at 9:03 pm

    aduh kak comelnya dia ^_^

    Reply
    • ctfand

      12 June 2014 at 12:49 pm

      Alhamdulillah…timekasih acik

      Reply
      • fiza

        27 January 2015 at 1:14 pm

        salam sis nk tnya.utk checkup kt kk presint 9 mmg kn register n bt appointment dlu ke.sy br je pndah sini

        Reply
        • ctfand

          27 January 2015 at 1:19 pm

          Salam.. Saya cadang fiza datang ke klinik dulu untuk pendaftaran.. Bagi tau yg baru pindah dr tempat lain. jangan lupa bawak buku pemeriksaan baby utk nurse semak bila lawatan pemeriksaan terakhir dan juga bagi menetapkan bila tarikh yg sesuai utk appoinment seterusnya di situ… Biasanya mereka tanya tinggal kat mana untuk penetapn bilik temujanji. Utk makluman, bilik temujanji ditentukan mengikut alamat kita tinggal…
          Harap dapat membantu…

          Reply
  2. anuar

    12 June 2014 at 12:01 am

    Kejap betul Hani membesar. . Dah 9 bulan sekarang yer. .

    Reply
    • ctfand

      12 June 2014 at 3:19 pm

      alhamdulillah….. masa cepat betul berlalu kan..esok2 dah pergi sekolah..hihi

      Reply
  3. Zaza_MyMoon

    12 June 2014 at 11:31 am

    Rindu zaman2 pergi klinik bawak anak cocok.. hehehe
    apa2 pun semoga Hani sihat yer.. membesar bagai johan ๐Ÿ˜€

    Reply
    • ctfand

      12 June 2014 at 12:50 pm

      Kan kak zaza… Terima kasih… ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. ema

    12 June 2014 at 12:15 pm

    comelnya…moga membesar dengan sihat untuk hani.

    Reply
    • ctfand

      12 June 2014 at 12:50 pm

      Aminn..timekasih kak ema..

      Reply
  5. Nurul

    12 June 2014 at 4:49 pm

    Comey sungguh Hani… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      13 June 2014 at 10:39 am

      maceh nurul…hihi..

      Reply
  6. Mummydearie

    13 June 2014 at 4:11 pm

    Alahai comelnya Hani! Mula-mula berkaki empat dulu nanti bila dah biasa berkaki dua, barulah terasa indahnya dunia (dunia mamanyalah tu…hehehe…)

    Reply
    • ctfand

      13 June 2014 at 7:15 pm

      Betul MD..indah bile terkejar dia ke sana ke mari….hihi

      Reply
  7. Khir Khalid

    15 June 2014 at 1:39 am

    Hihii.. comelnya Hani… ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      16 June 2014 at 8:50 am

      Alhamdulillah..timakasih tuan

      Reply

Trackbacks

  1. Hani Dah 'Kaki Empat'! | Inspired by Yanie says:
    13 June 2014 at 10:33 am

    […] sebenarnya genap umur Hani 9 bulan. Genap-genap 9 bulan, Hani dah pandai ‘kaki […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d