Assalamualaikum.. Hari Jumaat dah hari ni. Sekejap je masa berlalu.. Sempena Jumaat penuh berkat ni, sama-sama kita banyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw.. InsyaAllah banyak ganjarannya. Moga kita beroleh syafaat dari Baginda terutama di hari penghitungan nanti.
Dengan matahari hanya pada jarak sejengkal dari kepala, hanya syafaat Rasulullah boleh meringankan keberatan kita disana.. Maaf lah, aku tak dapat nak quotekan hadis Nabi berkaitan perkara ini, hanya ulasan hasil pembacaan aku. Kalau ada tersilap mohon dibetulkan..
Akhir kata..moga kita semua sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang Allah… Amiin… ๐
*Potongan ayat selawat di atas adalah dari bacaan selawat pada tahiyat akhir solat. Moga bermanfaat..
salam jumaat ct,moh kita sama-sama amalkan..insyallah
Salam Jumaat, ct…
Sama2 kita amalkan… ๐
Betul kalo kita amalkan selawat syafaat Nabi Muhammad lah yg akan selamatkan kita disana nti
Terima kasih..In Syaa Allah akan diamalkan pada setiap masa terutamanya pada hari Jumaat..
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga kita dpaat perbanyakkan Berselawat ke atas nabi untuk memperolehi syafaat daripada baginda S.A.W…
T kasih atas perkongsian ini.. semoga Allah sentiasa memberkati… aamiin..
Insya Allah, akan diamalkan selalu. Terima kasih kak ๐
Alhamdulillah..terima kasih buat rakan-rakan yang meninggalkan maklum balas.. sama2 kita amalkan..dan sama2 kita kongsikan perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain…. ๐
perkongsian yg baik.. potongan selawat atas tu bukan sahaja selawat untuk dalam tahiyat akhir. selawat ni (juga disebut selawah ibrahimiah) adalah selawat yang diajar sendiri oleh nabi tatkala sahabat bertanya nabi, “bagaimana caranya kami nak berselawat kepadamu?” dan nabi mengajarkan selawat seperti itu.. (au kama qal)
Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad.
Maklumat berguna.. Terima kasih kerana berkongsi pha is..
InSHaAllah…semoga selawat jadi amalan harian kita.. ๐
Betul2..amalkan juga setiap kali selepas solat 5 waktu…