ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / Shopping Sampai Tak Ingat Anak

Shopping Sampai Tak Ingat Anak

23May | 2014

23 May 2014 By ctfand 2 Comments

Apa punya mak bapaklah yang shopping sampai tak ingat anak… Kisah ni berlaku di Alamanda, petang tadi. Semasa kami nak membayar tiket parking, tiba-tiba terdengar suara seorang kanak-kanak lelaki yang menangis dan menjerit-jerit memanggil mamanya. Berlari tanpa arah. Ketakutan. Umur dia dalam 4 tahun rasanya. Kesian..sampai terduduk sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Dia berhenti betul-betul depan escalator.

Mula-mula, kami semua yang berada di sekitar anak ini berpandangan. Kemudian tertoleh-toleh kalau ibu dia terdengar jeritannya dan berlari mendapatkannya. Tapi, hampa. Tiada siapa yang datang.

Anak itu masih menangis, panik.

Kemudian, seorang pakcik menghampiri dia, memegang bahunya, dan mengusap-usap dadanya. Tangisannya reda sedikit. Sedih dan terharu aku tengok. Manalah pergi mak dan bapak budak ni..dalam hati aku berbisik.

Akupun pergi mendapatkan dorg. Masa ni suami di mesin tiket. Anak tu masih tersedu sedan. Aku mencadangkan pakcik tu membawa anak itu ke kaunter utama Alamanda, berhampiran Habib.. Ada juga seorang lagi pekerja kedai yang meminta pakcik tu buat begitu. Salute aku pakcik tu. Dia angguk, pegang tangan anak tu dan membawanya ke tingkat bawah.

Kali terakhir aku nampak anak tu semasa dia dan pakcik tu menuruni escalator..dan terus hilang dari pandangan sebab kami pun nak beransur pulang. Masa tu hampir jam 8..kami belum solat Maghrib lagi. Jadi tak boleh tunggu lama-lama di situ…

Tak tahu apalah nasib anak tu. Tapi instinct aku kata, dia mesti dah berjumpa dengan mak bapaknya dan memberikan pengajaran yang hebat, sehebat-hebatnya buat mereka..

Tolonglah. Peringatan untuk aku sendiri dan anda sebagai ibu bapa. Taulah semalam hari gaji..janganlah shopping sampai tak ingat dunia.. Pastikan anak-anak sentiasa didepan mata kata semasa shopping tu. Nasib baiklah benda berlaku kat Alamanda yang tak delah pack sangat dengan orang… Kalau tak? Wallahu’alam…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum Tagged With: budak hilang, budak hilang di alamanda, kes anak hilang

Comments

  1. niesa

    26 May 2014 at 9:38 am

    mak aih..ni mmg shopping sakan sampai x sedar anak hilang..bahaya..kalau dpt kat org yg jahat..baru nk menyesal kot..hmm..semoga jadi pengajaran kt semua org..

    Reply
    • ctfand

      26 May 2014 at 4:23 pm

      akak yang pandang anak tu masa tu pun nak nangis tengok.. kesian sangat.. janganlah careless sangat wahai ibu bapa.. 🙁

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d