ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Menjejak Coklat Daim Di KLIA

Menjejak Coklat Daim Di KLIA

6May | 2014

6 May 2014 By ctfand 20 Comments

coklat Daim

Coklat Daim kegemaran Kimi

Pada 19 April 2014 (Sabtu) hari tu, kami sekeluarga pergi ke KLIA sebab nak beli Coklat Daim ni. Kat Putrajaya tak tau nak cari kat mana. Sudahnya, aku dan suami putuskan untuk terus je la pergi ke airport. Confirm ada..ye dokk?

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 8.00 lebih. Sampai dekat-dekat jam 9.00. Dah alang-alang sampai ke sini, aku ajak suami pergi sarapan kat KFC di belakang Domestic Departure Hall tu dulu. Sambil-sambil, Kimi boleh main dekat KFC Funland kat tepi tu. Tak de lah hanya semata-mata datang, beli coklat dan balik terus..

Aku sebenarnya sangat..sangat..sangat suka sarapan di KFC. Kenapa? Sebab adanya Cheezy Egg Bun yang pada aku sangat..sangattt sedap..he he.

kfc cheesy egg bun

Cheezy Egg Bun kegemaran..

Tengoklah gambar di atas tu. Di tengah-tengah bun ni ada telur “mata kerbau” dan diletakkan cheese spread. Memang sedap! Oh ye, ada lagi satu KFC a.m yang baru, di panggil a.m Zinger Riser. Yang ni aku belum cuba lagi, dan akan dicuba nanti..

Di bawah ni, 4 lagi gambar semasa kami di KLIA dalam misi menjejak coklat Daim sambil breakfast di KFC.. πŸ™‚

KFC KLIA

Kimi dan Milo kegemarannya

Hani

Budak tecit tak bole makan..makan mainan je..hihi

kfc klia

Macam muka cina eh? Ye lo..MIL aku Chinese.. πŸ™‚

KLIA

Melangkah pulang setelah hasrat Kimi dan aku tercapai..

Nampak padaΒ time stampΒ kat gambar tu, kami bergerak pulang pada jam 10.30 pagi setelah lebih kurang 1 jam setengah menghabiskan masa di KLIA..

Sekian… πŸ™‚

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: coklat daim, kfc, kfc am, kfc cheesy egg bun, kfc funland klia, klia, sarapan kfc

Comments

  1. ct aman

    6 May 2014 at 6:57 pm

    MIL akk chinese? n akk pon nmpak mcm chinese tau…huhu…hani patut la gebus aje..hihihi…suke coklat ni..sedap!

    Reply
    • ctfand

      6 May 2014 at 7:02 pm

      A’ah ct..hehe.. Seblah akak pun ada..moyang akak. Tp dah jaauuh sangat.. πŸ™‚

      Reply
  2. Aqilah Azmi

    6 May 2014 at 8:02 pm

    Lah mana cekolet daim nya? huhuhuhu berapa kak fand dapat?
    wah wah sedapnyaaaa rindu nak makan ekeke.
    <333333

    Reply
    • ctfand

      6 May 2014 at 8:50 pm

      gambar pertama..tak keluar kat browser qila kot.. hehe. akak beli yg besaarr punya. ada lagi separuh tak habis makan.. πŸ™‚

      Reply
  3. kisah si dairy

    6 May 2014 at 8:38 pm

    paling suka coklat nie..

    Reply
    • ctfand

      6 May 2014 at 8:51 pm

      kimi dan suami suka..saya kurang sikit.. πŸ˜€

      Reply
  4. Pha Is

    7 May 2014 at 1:31 am

    selalunya orang cari soklat ni dekat langkawi, bukan kat klia.. hehehe..
    yea, kita geng. pernah jugak sekali makan burger yg ada chese kat atas tu kat kfc. mmg sedap.. πŸ™‚

    Reply
    • ctfand

      7 May 2014 at 12:34 pm

      Sedap kan..kena pula kalau dorg banyak letak cheese tu..meleleh masa makan..hihi

      Reply
  5. ayue

    7 May 2014 at 3:55 am

    aaaaa….sedapnye daim!! lama btol xmkn…tbe2 rase teringin jgk nih! huhu

    Reply
    • ctfand

      7 May 2014 at 12:36 pm

      Hehe..bole geng ngn kimi ni..

      Reply
  6. Zaza_MyMoon

    7 May 2014 at 9:12 am

    fuhh semata2 nak cari coklat daim kat KLIA Fand?? hehehe
    kat alamanda kan ada.. selalu ada jual kat Famous Amous.. πŸ™‚

    Reply
    • ctfand

      7 May 2014 at 12:38 pm

      Ada kat alamanda eh kak zaza! Muahaha.. Tak pe le..sambil jenjalan makan angin..(sangat..) πŸ˜†

      Reply
  7. niesa

    7 May 2014 at 11:36 am

    niesa hari tu nk singgah beli coklat kat airport..sekali sampai lambat gilaaa…terus rushing tkt kena tinggal.. πŸ™ kat sini mahal gilaaa….

    menabung darlie dan whisper utk akak..hee..

    Reply
    • ctfand

      7 May 2014 at 12:39 pm

      Takpe2 lain kali datang lagi insya Allah akak beli siap2 utk niesa πŸ˜€

      Reply
  8. Nurul

    7 May 2014 at 5:07 pm

    Sedapp coklat ni…
    Patut family ct semuanya chinese look… πŸ™‚

    Reply
    • ctfand

      10 May 2014 at 10:58 am

      kena tempias kat anak2..hehe

      Reply
  9. Mimie

    8 May 2014 at 6:17 pm

    Coklat nih sedapkan…

    Reply
    • ctfand

      9 May 2014 at 10:11 am

      sedap kot..tapi saya tak minat..kimi dan suami je minat makan coklat ni.. πŸ™‚

      Reply
  10. ayu

    9 May 2014 at 8:59 am

    patutla hani cina look.
    hihi
    ayu nampak daim kat giant ritu.
    ayu pun teringin nak makan beger telor kfc tu.

    Reply
    • ctfand

      9 May 2014 at 10:15 am

      hehe..kuah tumpah ke nasi. haa..yang egg bun tu, wajib cuba. memang sedap sangat dan akak tak jemu nak makan dan makan lagi..hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com Β· Sitemap Β· Powered by WordPress Β· Built on Genesis Framework

%d