ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Laporan Prestasi Murid Penggal Pertama

Laporan Prestasi Murid Penggal Pertama

19May | 2014

19 May 2014 By ctfand 10 Comments

17 Mei 2014 (Sabtu) baru-baru ni, kami ke tadika Kimi untuk menerima Laporan Prestasi Murid Penggal Pertama. Cuak, risau dan bimbang juga mula-mula. Tertanya-tanya macamana agaknya prestasi Kimi di tadika.

Kami sampai dalam jam 10.00..parents pun dah ramai. Aku fikir, mesti kena tunggu turn lama..sebab dah sampai lewat. Setiap kelas disediakan tempat perjumpaan dengan guru kelas masing-masing di bilik yang berbeza. Aku dan Kimi pun pergilah ke kelasnya, terletak di sebelah belakang. Ada kaunter pendaftaran disediakan lagi.

Bila nak rekod kehadiran, aku tengok dah ada 4 murid dan parents yang tengah menunggu giliran. Pembantu kelas bagi aku nombor 5. Aku kata kat pembantu kelas tu, “Wah, mesti lama nak tunggu kan…”. Lepas tu aku tanya, “Sekarang dah giliran ke berapa?” Dia jawab..”Dah keempat dahh..” Sambil tersenyum. “Laa…kalau macam tu takde lah lama nak tunggu..” Aku kata.

Lepas aku ucapkan terima kasih, pembantu tu minta kami menunggu sekejap. Tak lama pun, tak sampai 5 minit rasanya! Kami pun dipanggil masuk.

Sepanjang perbincangan dan penerangan guru kelas Kimi masa terima report..aku hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah, terima kasih Allah.. di depan guru kelasnya. Selain Pendidikan Islam, Kimi cemerlang dalam semua segi. Guru kelas maklumkan yang semua murid pada tahap yang sama untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Subjek ini merangkumi pengetahuan Aqidah macam Rukun Islam, Rukun Iman, Sifatullah, Nabi dan Rasul, amali Solat dan banyak lagi. Yang penting asas dah ada, guru kelas Kimi cakap..

laporan prestasi murid

Prestasi keseluruhan penggal pertama Kimi

Cuma satu je guru kelas Kimi hairan, kenapa buku bacaan Bahasa Inggeris Kimi baru pada buku 5B? Sedangkan, Kimi adalah yang paling advance penguasaan Bahasa Inggerisnya di kalangan rakan sebayanya. Aku pun bagitau, sebab tahun lepas Kimi 3 bulan tak hadir tadika masa aku cuti bersalin..he he. Tak apalah Kimi. Yang penting guru Kimi tahu kemampuan Kimi. Buku Bahasa Inggeris tadika tu, ada 12 siri semuanya. Buku Peter and Jane tajuk dia.

Itulah dia sedikit tentang perkembangan Kimi di tadika. Alhamdulillah..setakat ini usaha dan percaturan menjadi, dengan bantuan dan izin Allah… Yang aku paling lega bila guru kelas Kimi bagitau yang Kimi mempunyai disiplin yang tinggi, mendengar kata dan senang “diuruskan” berbanding anak-anak lain… Moga kekallah begitu..amiin..

prestasi penggal pertama

Catatan keseluruhan prestasi Kimi

 

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Kimi, laporan prestasi murid tadika, laporan prestasi penggal pertama

Comments

  1. Zaza_MyMoon

    19 May 2014 at 11:28 am

    Fuhhh semua keputusan excellent..
    great job Kimi.. keep it up ๐Ÿ™‚
    budak2 skrg bijak2 kan Fand..

    Reply
    • ctfand

      19 May 2014 at 12:47 pm

      Betul kak zaza..kadang2 pening nak jawab soalan2 dorang tu..hihi

      Reply
  2. aku penghibur

    19 May 2014 at 11:40 am

    wahh hebatnya kimi… pandai ^_^ moga jadi anak yang soleh

    Reply
    • ctfand

      19 May 2014 at 12:47 pm

      Amiiinn… Alhamdulillah acik. Moga selalulah Kimi macam ni… ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. ct aman

    19 May 2014 at 1:18 pm

    excellent….sbgai mak msti kite happy bile ank kite membanggakan pncapaiannyekn…

    Reply
    • ctfand

      19 May 2014 at 5:12 pm

      Alhamdulillah…itulah ct.. Moga terus-teruslah kimi begitu.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. niesa

    20 May 2014 at 11:37 am

    wahh..tahniah kimi…byk excellent tu..terbaik ah..

    Reply
    • ctfand

      20 May 2014 at 12:56 pm

      alhamdulillah…terima kasih niesa..

      Reply
  5. ayu

    20 May 2014 at 2:59 pm

    tepuk tepuk tangan utk kimi.
    good boy kimi.

    Reply
    • ctfand

      20 May 2014 at 3:14 pm

      hehe.. alhamdulillah.. terima kasih ayu..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d