ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / Kerja Luar Di Batu Pahat, Johor Bahagian 2

Kerja Luar Di Batu Pahat, Johor Bahagian 2

12May | 2014

12 May 2014 By ctfand 9 Comments

Bismillahirrahmaanirahiim..

Dalam entri kerja luar di Batu Pahat yang ni dulu, sepatutnya ada satu event yang dianjurkan oleh pejabat aku pada 26 April 2014. Hari yang sama dengan Hari Sukan Tahunan tadika tempat aku hantar Kimi. Event tu terpaksa ditangguhkan sebab clash dengan kedatangan Obama ke Malaysia.

Nasib baik jugalah tangguh sebab sehari sebelum tu, anak aku Hani di masukkan ke wad kerana paru-parunya dijangkiti kuman. Aku ada sebut di dalam entri Hani di tahan di wad ini.

gambar keluarga

Aku, Kimi dan Hani

Sudahnya, satu event lain akan dibuat pada 24 Mei ini bagi menggantikan event yang ditangguhkan hari tu. Pening juga kepala aku nak fikir sebab kalau diikutkan, aku kena bermalam di Batu Pahat untuk membantu mengendalikan event. Masalah besar bagi aku dan suami..sebab Hani tak boleh tidur malam kalau aku tak ada dekat dia. Maklumlah, Hani masih baby.. Kalau boleh aku nak lah bawa suami dan anak-anak aku sama. Tapi, sehari sebelum tu, Kimi terlibat pula dengan satu program pertandingan mewarna di Balai Bomba. Tak pasti macamana perancangan nanti.

Moga Allah permudahkan perancangan kami…. 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum Tagged With: Hani, Kimi, urusan kerja

Comments

  1. Aqilah Azmi

    12 May 2014 at 1:16 pm

    Amboi. Qila baca pun pening kak fand.
    Banyak event yang clash eh.
    Moga allah permudahkan everything 😀

    Reply
    • ctfand

      12 May 2014 at 1:19 pm

      A’ah..huhu.. Malas akak nak mikionye.. Tengokle nanti macamana heheh

      Reply
  2. ayu

    12 May 2014 at 4:39 pm

    mungkin kena dahulukan mana yg perlu kot. husband,kimi dan hani ikut akak skali. dats better. pertandingan mewarna lain kali ada lg in sha allah. 🙂

    Reply
    • ctfand

      12 May 2014 at 4:52 pm

      begitulah kira-kiranya.. sambil-sambil tu, bole jalan2 kat sana. mana tau ada chance jumpa ayu.. 🙂

      Reply
      • ayu

        14 May 2014 at 9:11 am

        kalau kite balik muar masa tu dekat dah tu kak. hihi

        Reply
  3. Mummydearie

    15 May 2014 at 12:40 pm

    Baru singgah sini so ada sikit kecelaruan. Bekerja di bahagian event management ke, Fand? Ingatkan dah sampai BP tadi. Jangan lupa makan mi racun dan beryani gam kat hospital baru tu ek 🙂

    Reply
    • ctfand

      15 May 2014 at 12:45 pm

      Tak mengapa kak..hehe… Gov ni..event management tak jugak..multipurpose.. 🙂

      Wah, wajar dicuba mi racun dan beryani gam tu.. Nt fand n ofismate serbu kalau sempat..

      Reply

Trackbacks

  1. Wordless Wednesday #16: Sangatt... | Inspired by Yanie says:
    14 May 2014 at 11:12 pm

    […] Wordless sangat.. Letih. Baru balik dari tugas luar di Batu Pahat. Untuk lebih detail, baca entri Kerja Luar Di Batu Pahat Bahagian 2. […]

    Reply
  2. Program Di Batu Pahat Johor Ditangguh | Inspired by Yanie says:
    24 May 2014 at 12:22 pm

    […] Johor ditangguh. Oh, bagi yang tak tahu, hari ini sepatutnya aku berada di Batu Pahat, Johor untuk mengendalikan satu program yang melibatkan pengurusan tertinggi tempat aku bekerja. Walau bagaimanapun, kerana terdapat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d