Aku baru selesai kemaskini kisah asal berblog dan update sikit tentang ruang “About Me”. Kisah asal berblog tu aku letakkan di bawah page bertajuk “Inspired by Yanie”..memang terang-terangan asal kewujudan blog aku ni adalah tercetus setelah pemergian Yanie. Aku ingin berkongsi dan bertukar-tukar pandangan… sekurang-kurangnya, bebanan yang aku tanggung dalam merindui Yanie ini dirasai oleh anda yang membaca atau terbaca blog ini. Sesak nafas bila terkenangkan Yanie…
Bila difikir-fikirkan..rasa kesal sebab tidak memulakan blog dari awal.. sejak tahun 2007 aku pernah membuat catatan online..tapi dah berkubur.. nama blog pun tak ingat. Kalaulah masa itu aku teruskan..mungkin lagi banyak catatan dan kenangan Yanie yang aku dapat rekodkan…. tak mengapalah.. semuanya ketentuan Allah. Ada sebab dan hikmahnya.

Kenangan bersama Yanie semasa dalam perjalanan ke MidValey Megamall
Jadi kalau anda ingin mengetahui sejarah blog ini, yang tak adalah terlalu lama pun..boleh baca di page Inspired by Yanie ini. Pengenalan diri aku pula aku letakkan di dalam page About Me. Tak perlu terperinci sangat.. cukup sedikit pengenalan beserta gambar kenangan aku bersama Yanie di situ..
salam..singgah blogwalking and tag soalan..review the liebster award II
Terima kasih.. InsyaAllah akan cuba dijawab dik. Entri akak ni pun kebanyakannya autopublish.. 🙂
sabar ye kak…;)
tima kasih ct..
semua yg jadi ada hikmahnya kan kak..
menabung whisper kt sini..
Betul niesa..timakasih ye..
mungkin ada hikmahnya kenapa Fand dah ingat kan nama blog lama tu..
sebab Allah dah aturkan apa yg terbaik buat Fand dan Yanie.. bukan sebab nak hilangkan terus kenangan bersama arwah.. tp daripada Fand asek meratap kisah lama, lebih baik kita berdoa utkk si Ahli Syurga tu.. 🙂
Couldnt agree more kak zaza..terima kasih..