Nak update aktiviti pada hujung minggu baru-baru ni macam yang aku ceritakan di sini. Kami sebenarnya ke Butik Gene Martino, Plaza Metro, Kajang untuk shopping baju Raya.. ๐ Orang kata, puasa pun tak lagi, dah sibuk nak Raya..hmm.. Kena buat anjakan paradigma tu tuan, puan.. Kita bukannya nak raya sakan..cuma supaya tak berebut-rebut dan tak kelam kabut di akhir-akhir nanti. Seriklah aku asyik buat persiapan akhir..

Antara koleksi sedondon
Menariknya Butik Gene Martino ni, mereka menjual pakaian sedondon untuk sekeluarga. Dari si ibu kepada si ayah, kepada anak lelaki dan anak perempuan..semua ada. Baju size baby pun ada. Dapatlah aku belikan Hani baju kurung sedondon dengan kami bertiga. Apa coraknya? Tungguuu..gambar Raya nanti.. ๐

Koleksi baju kurung
Harga setiap pasang baju pun tak adalah mahal sangat. Sama dengan kos kain dan kos upah jahit baju kat luar. Harga baju kurung bercorak untuk aku tu RM139.00..kira affordable lah..

Baju kurung kanak-kanak perempuan
Jadi, kalau anda susah nak mencari pakaian sedondon sekeluarga, masukkanlah Gene Martino ni sebagai pilihan carian korang. InsyaAllah tak kecewa.
Butik ni banyak cawangannya, dan berada di seluruh Semenanjung Malaysia. Sayang sungguh butik ini belum dibuka di Malaysia Barat.. Untuk mengetahui lokasi dan senarai penuh Butik Gene Martino, anda boleh masuk ke Laman Web Gene Martino ini.

Ruang keseluruhan Gene Martino, Plaza Metro, Kajang

Berkotak-kotak stok pakaian baru sampai..dan modelnya..
Wah, ct… dah shopping raya… nrl pun rasanya berkira2 nak pegi butik gene martino jgk… sbb senang, semuanya sedondon… ๐
Betul nurul…mereka ada satu set lengkap..tak yah pening. Sy pergi awal, takut dah lama2 nanti, stok takde atau dah tak cantik… hehe
Tq sis brlanja di tempat kami GM plaza metro kajang.
Sama-sama dan terima kasih juga.. Masuk tahun ke 3 shopping baju raya di sini ๐
raya dua tahun lepas pakai baju dari gene martino ni..memang kainnya cantik-cantik…
Tu le kena pergi awal kak ema..nanti habiss..hhe
wahh banyak pilihan ni untuk raya tahun nih
Betul2..ni nak war2 pada kawan2 yg berminat.. ๐
tak kisah belum puasa ke belum raya.. janji persiapan awal tu penting kan Fand ๐
Betul kak zaza..selalu dah buat persiapan akhir..pening
Thanks for support Gene Martino.
You deserve it, sir ๐
Ya.. memang best pakai..baju kurung gene nartino…
Betul..tahun ni masuk tahun ke-4 saya beli baju raya di sini..sangat memuaskan.. ๐