ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / 10 Entri Pilihan Antara 5 Hingga 11 Mei 2014

10 Entri Pilihan Antara 5 Hingga 11 Mei 2014

12May | 2014

12 May 2014 By ctfand 24 Comments

Bismillahirrahmaanirrahiim…

Aku nak perkenalkan satu segmen baru blog aku ni iaitu mengenalpasti kembali dan merekodkan entri-entri yang menarik pada pembacaan aku sepanjang tempoh tertentu. Ini tak lain adalah untuk menghargai usaha dan penat lelah rakan-rakan blogger yang membuat entri, yang juga untuk dikongsikan kepada rakan-rakan pembaca yang lain.

Kelebihan utama segmen ini hanyalah memberikan backlink kepada rakan blogger yang terpilih dan tentunya untuk rujukan atau bacaan aku di masa depan.. Tak mau cakap banyak, di bawah ini adalah 10 entri pilihan antara 5 hingga 11 Mei 2014, iaitu yang aku baca sepanjang minggu lepas..

1. Dihalau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin oleh Acik – Aku penghibur

Artikel yang menarik dan menginsafkan..bagaimana hakikat pandangan orang miskin pada yang kaya. Macam drama kat tv pun ada..tapi berlaku di alam realiti.

2. Tukar Kerja oleh Kak Zaza – Colours Of Journey

Perkongsian pengalaman Kak Zaza yang dah masuk kerja kembali.

3. Anjer-Anjer Merajuk Lagi oleh Kak HaslizaLizz

Perkongsian ibu-ibu tentang keletah anak-anak. Comel anak kak lizz sorang ni.. aku tertarik dengan rambut saloma anak comel ni.. ๐Ÿ™‚

4. Rojak Orang Lama oleh Ayu Zan

Artikel tentang seorang pakcik penjual rojak. Menurut perbualan Ayu dengan pakcik tu, dia dah buat rojak sejak tahun 1974! Menarikkan..?

5. Apa Kriteria Ranking Alexa? oleh Pha Is

Entri yang mengupas persoalan macamana agaknya Alexa membuat ranking blog. Untuk kisah lanjut, klik entri di atas..

6. Manfaat Jus Cherry Untuk Pengidap Insomnia oleh YobertParai @ SmuaInfo

Blog dimiliki oleh rakan dari negara jiran Indonesia, mengenai amalan minum jus cherry untuk penghidap insomnia..atau masalah tidur..

7. Kerana Minat Cik Akak Sanggup Berhabis oleh Cik Akak

Haa..apa Cik Akak minat tu..? Jom terjah..! ๐Ÿ™‚

8. Entri Khas Cara Nak Dapat Earning Nuffnang oleh mselim3

Entri berupa tips-tips mengenai Nuffnang dari mselim3. Sangat menarik artikel ini. Lepas aku baca dan dan je CPUV masuk…hihi

9. Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut Tempah oleh kak ema

Cerita pengalaman Kak Ema sekeluarga..baca selanjutnya di entri di atas..

10. Authorship dan Trafik oleh AzlanVai

Maklumat mengenai Google authorship dan kelebihannya. Bagi mereka yang mementingkan SEO dan perkara berkaitan search engine..patut baca artikel ini.

Demikianlah 10 senarai entri yang menarik perhatian aku sepanjang minggu lepas. InsyaAllah, dari semasa ke semasa aku akan buat entri sebegini sebagai penghargaan kepada semuaaa rakan-rakan blogger yang tak jemu mengeluarkan idea dan pandangan di dalam blog masing-masing untuk bacaan ringan mahupun bacaan serius..

Sekian.. ๐Ÿ™‚

* Nombor hanya untuk tujuan kiraan sahaja dan bukan ranking terbaik atau tidak entri yang disenaraikan.. ๐Ÿ™‚

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum

Comments

  1. ayu

    12 May 2014 at 5:00 pm

    tak sangka rojak pakteh jadi pilihan juri. hiihihi tq kak.
    memang serius sedap sampai beratur orang.
    yang lain2 tu nanti ayu pun nak singgah baca lah..

    Reply
    • ctfand

      12 May 2014 at 5:02 pm

      Hehe..juri sangat… Tapi akak kagum sebenarnya kudrat dan azam pakcik tu.. Tak pernah jemu. InsyaAllah kalau panjang umur, akak singgah juga di kedai pakcik tu satu hari nanti.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. aku penghibur

    12 May 2014 at 7:28 pm

    tak sangka entri acik pun ada.. terharunya ^_^

    Reply
    • ctfand

      12 May 2014 at 7:29 pm

      Memang layak, acik..teruskan memberi inspirasi.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. mselim3

    12 May 2014 at 8:53 pm

    Assalammualaikum….

    terharu mselim3 entry yang mselim3 yang mselim3 buat dihargai oleh rakan blogger , terima kasih bebanyak… terharu sesangat..

    mselim3

    Reply
    • ctfand

      12 May 2014 at 9:22 pm

      Waalaikumussalam.. Entri padat dengan tips nuff..wajar di share mselim3.. Terima kasih kembali ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. Zaza_MyMoon

    12 May 2014 at 11:48 pm

    As Salam Fand..
    Alhamdulullah.. tak sangka pulak blog akak terpilih untuk entri pilihan untuk blog ohsem Fand kali ni.. terharu sangattttt ๐Ÿ˜‰ sedangkan cerita2 dari blog akak tu banyak yang merapu2 je dari segi penggunaan ayat.. hehehehe

    Terima kasih banyak2 Fand.. akak akan sealu support Fand dlm dunia blogger ni.. ๐Ÿ˜‰ all the best to you darling =)

    Reply
    • ctfand

      13 May 2014 at 8:36 pm

      Baca blog akak kepala jadi ringan sekejap..natural je cite n flow dia..hehe thank you very much for your support kak zaza..insyaAllah fand pun begitu..support selalu kak zaza ๐Ÿ˜‰

      Reply
  5. Hairul Azni

    13 May 2014 at 1:48 pm

    Menarik jugak segmen ni..dapat memudahkan pembaca lain untuk blogwalking dan baca entri-entri menarik..

    Reply
    • ctfand

      13 May 2014 at 8:37 pm

      Itu jugalah tujuannya, tuan… ๐Ÿ™‚

      Reply
  6. iOSGEAR

    13 May 2014 at 1:49 pm

    Idea yang bagus..senang nak terjh entri menarik dari blogger lain..

    Reply
    • ctfand

      13 May 2014 at 8:37 pm

      Terima kasih.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  7. Hijab Terkini

    13 May 2014 at 1:51 pm

    Saya suka idea ni..selain daripada bantu pembaca lain untuk baca entri menarik dari blog lain, dapat juga membantu blogger tersebut dengan mendapat backlink percuma..

    Reply
    • ctfand

      13 May 2014 at 8:38 pm

      Terima kasih..mana tahu satu masa nanti entri dari blog hijab terkini pula yang tersenarai.. ๐Ÿ˜‰

      Reply
  8. azlanvai

    13 May 2014 at 8:51 pm

    Wahhh.. terima kasey… promote la kerap-kerap lagi ye..

    Reply
    • ctfand

      13 May 2014 at 9:02 pm

      Hihi..boleh je.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  9. ema

    13 May 2014 at 10:24 pm

    lor, takk sangka pasal entri satay, dijadikan pilihan entri ct…terima kasih banyak ct.

    Reply
    • ctfand

      13 May 2014 at 10:31 pm

      No problem kak ema..antara cerita kehidupan tu… Terima kasih juga kerana berkongsi.. ๐Ÿ˜‰

      Reply
  10. shida

    14 May 2014 at 10:36 pm

    akak..suka la cara penulisan akak.. saya baru cuba2 nak ber blogging.
    dah add circle dalam google plus..nak jadikan contoh blog..
    salam perkenalan kak

    Reply
    • ctfand

      19 May 2014 at 10:52 am

      terima kasih dan salam kenal juga..

      Reply
  11. lizz

    15 May 2014 at 3:22 am

    salam…waaa berblingbling mata hakak tau…ema..
    tq2…

    Reply
    • ctfand

      15 May 2014 at 12:38 pm

      Sama2 kak..cute betul ngan rambut saloma dia tu..hehe

      Reply
  12. Mummydearie

    15 May 2014 at 12:32 pm

    Salam,

    First time mai sini dari blog Lizz. Wah, bagus juga idea ni! At least bolehlah terasa diri dihargai oleh rakan-rakan blogger yang lain. Good job nih ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      19 May 2014 at 10:53 am

      terima kasih MD.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d