ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Pengalaman Pertama Membeli Di Tesco Online

Pengalaman Pertama Membeli Di Tesco Online

8Apr | 2014

8 April 2014 By ctfand 12 Comments

imagePada hari Ahad tu, aku dan suami mencuba-cuba untuk membeli barang-barang rumah melalui Tesco Online di http://eshop.tesco.com.my. Mudah rupanya!

Cara Mendaftar / Membuka Akaun

Perkara pertama sebelum pembelian dan pemilihan barang boleh dibuat, anda kenalah berdaftar dahulu dengan Tesco Online Shop di sini. Ini adalah page pendaftaran akaun tersebut:

tesco1Lengkapkan saja maklumat yang diperlukan seperti di atas, dan klik Register untuk pendaftaran selanjutnya. Seterusnya, anda akan di bawa ke page ini:

tesco2 1

Pastikan anda mengisi poskod dengan tepat, kerana setiap poskod yang dipilih telah pun di tetapkan alamat Suburb dan Street tersebut di mana. Contoh di atas, aku memilih 62000 yang merangkumi Presint 14 – Presint 15. Jika 62250 dipilih ia membawa kepada kawasan Presint 10 – 11 kalau tak silap aku. Jika kawasan anda tiada dalam senarai pilihan yang ditetapkan di atas, hanya hubungi 1300-13-1313 untuk pertanyaan lanjut. Kemungkinan besar juga kawasan anda belum termasuk di dalam kawasan penghantaran Tesco.

Sesudah melengkapkan alamat rumah, klik button “Confirm” untuk mengesahkan. Page yang seterusnya anda perlu mengisi nama penuh, dan nombor telefon untuk dihubungi.

Seterusnya, pada peringkat pengesahan pendaftaran seperti rajah di bawah, tick pada “I have read and agree…” dan klik “Yes, Register Me”. Macamanapun , jika anda berubah fikiran dan tak nak berdaftar, klik saja pada “No, I dont want to register”. Ada kot yang buat macam ni.. 😆

TESCO5

Kaedah Pemilihan dan Pembelian

Setelah itu, anda boleh lah memulakan pembelian secara online. Panduan ringkas seperti gambar di bawah ini:

TESCO6

Contoh yang diberikan adalah jika ingin memilih makanan segar, klik saja pada Fresh Food yang tertera pada bahagian atas sebelah kiri. Terdapat pelbagai pilihan Fresh Food yang ada.

Untuk contoh ni, aku memilih Apples & Oranges. Untuk mengunci belian, seperti anak panah di nombor 1, hanya tekan button Add dan item yang kita nak akan tertera pada anak panah bertanda no. 2.

Aku ringkaskan cerita, setelah selesai membuat pembelian, klik pada nombor 3, iaitu Book Slot. Anda akan di bawa ke page di bawah ini:

TESCO7

Peringkat ini adalah yang paling penting dimana kita perlu memilih tarikh dan masa penghantaran yang kita perlukan. Ambil maklum bahawa, biasanya masa yang available untuk penghantaran bukan lah pada hari yang sama anda membuat pemilihan atau pembelian secara online. Ini kerana, setiap satu pelanggan akan diperuntukkan masa 2 jam untuk tujuan penghantaran.  Aku ulang, 2 jam untuk seorang pelanggan. Itu sebab mengapa kemungkinan anda tidak dapat memilih hari yang sama untuk penghantaran.

Macam kes aku, aku membuat pembelian online pada hari Ahad, dan tarikh yang boleh dipilih hanya lah pada hari Isnin, semalam. Nasib baik kebetulan aku cuti rehat semalam. Kalau tidak, memang aku cancelkan pembelian.

Kaedah Pembayaran

Semasa penjumlahan bayaran yang perlu dibuat, kita akan dimaklumkan mengenai kaedah bayaran. Dalam kes aku, aku dikehendaki membayar menggunakan kad samada debit atau kredit. Mereka memaklumkan (melalui catatan dalam pembelian online) bahawa belian yang aku buat tidak boleh di bayar secara tunai. Jumlah pembayaran sebenarnya dalam RM200 lebih.

Jadi begitulah serba sedikit tentang kaedah membeli di Tesco Online. Mudah sangat dan memudahkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang punya anak ramai dan anak kecil yang susah nak keluar dan membeli barang dengan banyak. Yang ni Tesco hantar sampai ke depan rumah. Tengoklah gambar pertama tu..

Cuma, kawasan liputan penghantaran oleh Tesco yang mungkin masih terhad. Untuk maklumat lanjut, anda boleh masuk ke Laman Web Tesco ini.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: tesco, tesco online shopping

Comments

  1. Nurul

    8 April 2014 at 2:03 pm

    Nrl x pernah lagi shopping online kat Tesco… sbb Tesco dekat je ngan tempat keje & dekat juga ngan rumah… bagus juga kan diorang buat camni… 🙂

    Reply
    • ctfand

      9 April 2014 at 2:48 am

      Kalau dah dekat..senang sikit nak keluar kan… 🙂

      Reply
  2. Mizz Aiza

    8 April 2014 at 6:15 pm

    aiza pernah juga berniat nak mencuba beli secara online.. tapi tesco dengan rumah aiza tak sampai 2km jaraknya.. tak jadi nak membeli online.. iklan semua churp2..

    Reply
    • ctfand

      9 April 2014 at 2:51 am

      Hehe..sama mcm kes nurul…

      Reply
  3. Mizz Aiza

    8 April 2014 at 6:17 pm

    lepas refresh dapat 1 iklan inti.. 😀

    Reply
    • ctfand

      9 April 2014 at 2:51 am

      Tak pe aiza..

      Reply
  4. niesa

    9 April 2014 at 11:27 am

    wahhh..senang la kan..nnti kalau dh tau boleh pilih awl tarikh yg kita nak..mudah je sekarang..semua dihujung jari anda..ehehe

    Reply
    • ctfand

      9 April 2014 at 12:22 pm

      berguna untuk yg ada anak2 kecil dan malas keluar rumah macam akak..hehe

      Reply
  5. kadiah

    5 March 2015 at 1:25 pm

    nak tanya.. kalau nak beli online tesco ni, hantar kat kuarters x pe ke?

    Reply
    • ctfand

      5 March 2015 at 1:27 pm

      Rasanya tak mengapa..

      Reply
  6. Tasya

    29 August 2016 at 7:10 pm

    Hi nk tye blh bayar pakai debit card ke?

    Reply
    • ctfand

      29 August 2016 at 7:20 pm

      Boleh..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d