Kalau anda perasan, kedai-kedai atau butik baju khas untuk plus size atau badan besar agak terhad di mana-mana. Memang sukar nak mencari yang betul-betul berkualiti, dengan fesyen yang moden tetapi masih sopan dan sesuai digayakan oleh mereka yang plus size dan bertudung. Rasa cemburu melihat mereka yang slim dan kurus yang boleh memakai apa juga pakaian dan mudah pula mencari baju mereka.
Bukan apa, berdasarkan pengalaman aku, pernah beberapa kali aku membeli baju bersaiz M – L di kedai baju biasa atau butik yang bukan khas untuk mereka yang bersaiz plus. Rata-ratanya pilihan pakaian yang disediakan tidak sesuai. Ianya samada pakaian itu ketat di bahagian bahu, lengan atau di bahagian punggung. Kalau sesuai dibahu dan lengan, ketat pula di bahagian punggung. Manakala, kalau sesuai di bahagian punggung, menggelebeh pulaΒ di bahu. Sebab, baju-baju ini hanya didatangkan dengan saiz lebih besar tetapi tidak menepati kondisi badan si curvy women macam aku.

Laman Web MS READ
Keadaan ini berbeza dengan butik atau kedai baju yang memang khas untuk plus size atau badan besar seperti pilihan aku MS. READ. Pilihan pakaian yang disediakan samada seluar, skirt, blouse lengan panjang dan kemeja, semuanya direka untuk keselesaan pemakaian wanita dari kalangan ini. Kena dengan temanya “MS. READ For Curvy Women Sizes 12 – 24”
Aku mula menyedari kewujudan Butik MS. READ ini pada tahun 2010. Sehingga sekarang, boleh dikatakan dalam 80% pakaian aku adalah dari Butik ini. Sangat selesa, cantik dan sesuai dalam apa juga keadaan. Pendek kata menepati citarasa dan keperluan aku, lebih-lebih lagi sebagai wanita Muslimah.
Jadi bagi anda yang menghadapi kesukaran untuk mencari baju plus size yang sesuai dan cantik, boleh lah untuk mencuba pakaian dari Butik MS. READ. Butik MS. READ kini boleh didapati bukan saja di kawasan Lembah Klang dan Selangor, tetapi juga ada dibuka di Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak.
Berikut adalah 3 Butik MS. READ yang biasa aku kunjungi, kerana selalunya, lain cawangan lain stok yang mereka ada:
1. Mid Valley Mega Mall (Lot G69 – G70, GROUND FLOOR. Tel +603 2283 6593);
2. Alamanda Putrajaya (Lot G50-51, GROUND FLOOR. Tel +603 8889 4228); dan
3. The Mines Shopping Mall (Lot L3-21(P), Level 3. Tel +603 8943 8577).
Maklumat lanjut dan gambar-gambar menarik mengenai koleksi pakaian yang dijual di Butik ini boleh anda lihat di laman web MS READ di sini.
Sebenarnya, anda boleh juga membeli secara online di laman web ini. Tapi, aku nasihatkan, kalau anda berada dengan lokasi butik yang berdekatan, elok datang terus ke butik kerana boleh mencuba terus pakaian. Risau nanti kalau beli online, saiz dia pulak tak ngam. Ini kerana, lain design lain saiznya. Contohnya, ada setengah design yang kita boleh muat dengan saiz 12, tapi sesetengah design tu kena pakai pula saiz 14. Perkara ini beberapa kali aku alami semasa memilih pakaian di Butik MS READ.
Maklumat Harga Dan Saiz
Range harga untuk baju-baju MS READ boleh dikatakan sebagai berada di kategori medium. Kebanyakan baju-baju dari keluaran baru didatangkan dengan harga RM100 ke atas. Tapi, pakaian yang dah lama sikit dikeluarkan boleh mendapat potongan sehingga 50%. Itulah gunanya kalau kita membeli terus dari Butik MS READ berbanding online. Boleh dapat baju yang cantik pada harga diskaun.
Saiz pakaian pula paling kecil adalah saiz 12 (M/L) hingga saiz 24 (XXL) bergantung kepada jenis dan design pakaian.
Jadi, dengan MS. READ, mereka yang memiliki badan plus saiz tidak lagi ketinggalan dalam mengenakan pakaian berfesyen (yang sesuai). Tak perlu lagi rasa cemburu dengan si kurus yang boleh mengenakan apa juga jenis pakaian..(macam aku 8 tahun dulu..) π
*Entri ini tidak ditaja.
jalan ke Mines, tak perasan pula ada butik ms read ni…lain kali bolehlah singgah.
Kalau dari main entrance tu, kak ema, sebelah kiri kita, dekat dgn escalator. π
elok jg wujudnya butik plus size ye fand..
at least wanita2 +size x ketinggalan fashion terkini lg sopan π
Kak zaza le tu..buat i jeless..hihi
ok good!sbb mmg susah cari baju plus size..nk cari utk akak niesa nnti..huhu…tq kak!
menabung inti dan nissan kat sini.. π
haa..kat sogo pun ade niesa..tingkat bawah tu.. π
tq sharing…mmng susah klu bdn comel2 ni nk cr baju….msti x selesa kat mane2…
betul ct..akak sedang mengalaminya.. itu yg setia pada butik Ms. Read ni.. π
ui! menarik, sesuailah dengan badan lisa yang semakin hari semakin em em em, haha. lagipun design dia pun lawa.
wahh! tengs cose bagi cadangan. alhamdulillah lepas ni tak susah dah cari baju trend trkini untuk org comel2 ni .
Betul2…no problem… π
jemput tengok baju baju plus size.. dari size 42/44 sampai size 62/64 .. kita dah jual sejak dr 2010.. insyaallah menepati citarasa sopan n bergaya
Assalammualaikum.. sye nk tnye .. di penang ade ke ?blh sye tw di mne ?